rendang-pucuk-daun-ubi

Rendang Pucuk Daun Ubi Untuk Beginner

Resepi rendang pucuk daun ubi ini pertama kali saya teringin nak buat. Carilah resepinya di blog kesayangan, Azie Kitchen. Dalam hati, mesti boleh jadi punya.

Sebab nak realisasikan impian tu, tanyalah Anja, kalau-kalau pokok ubi dekat kebun abah ada lagi ke tak. Mak kata abah dah buang separuh pokoknya, sebab ubinya tak begitu menjadi.

Adalah tinggal beberapa batang. Tapi dalam mak kata beberapa batang tu, rupanya bila dah dikumpulkan dapatlah sebekas plastik besar daun ubinya.

Bila dah banyak macam itu, berilah sedikit daunnya dekat jiran saya, Ina. Daun ubi ini ambil yang berdaun lembut. Yang dah keras tu saya tak ambil.

Pertama Kali Cuba Rendang Pucuk Daun Ubi

Hajat hati naklah teruskan niat memasak resepi rendang pucuk ubi yang terkenal dekat Negeri Sembilan tu. Maka, saya pun basuh dah rendamlah daunnya dengan air garam.

rendang-pucuk-daun-ubi

Siapkan bahan-bahan macam biasa,

rendang-pucuk-daun-ubi

Dan masaklah tapi itulah.. saya derhaka sikit pada resepi.

rendang-pucuk-daun-ubi

Bila dah siap kejadiannya, postlah gambar masakan itu di facebook sendiri. Tapi tak tau lagi rasa rendang pucuk daun ubi ini yang sebenar-benarnya macam mana.

Jadi, tak tau nak kata masakan saya tu menjadi ke tak.

Tak lama itu, Ina diam-diam masakkan juga rendang pucuk ubi. Dan dia beri saya rasa satu bekas. Beri kat anak-anak rasa. Masing-masing terus layan kesedapannya.

rendang-pucuk-daun-ubi

Waktu rasa rendang saya masak itu awal-awal Mirza kata, “ibu.. abang surrender tau.”

Hahaha.. nampak sangat rendang pucuk ubi yang saya masak tu gagal sebenarnya. Maka, setelah difikir-fikir dapatlah saya buat kesimpulan.

rendang-pucuk-daun-ubi

Sebab Ini Saya Gagal Masak Rendang Pucuk Ubi

Antara punca saya gagal masak rendang pucuk ubi nogori ini;

  • Saya campur santan kotak dan santan original (dah itu je yang ada kat rumah.. hahaha)
  • Gagal buat tahi minyak waktu proses mula-mula masuk santan.
  • Masukkan pucuk ubi awal sangat. Patut tunggu jadi tahi minyak baru masukkan pucuk ubi.
  • Rupanya letak kerisik lagi sedap.
  • Sesungguhnya saya belum pas lagi guna teknik masak rendang darat ini. Susah betul!

Hasilnya, rendang daun ubi saya tu jadi agak basah. Walaupun saya cuba panaskan berkali-kali. Rasanya sudah ada. Cuma teknik memasaknya salah.

Baca juga : Rendang ayam simple, campak-campak jadi

Cara Betul Masak Rendang Pucuk Ubi Nogori

Alhamdulillah, Ina sudi kongsi dengan saya cara masak resepi rendang pucuk ubi negeri sembilan yang betul.

Saya copy paste di sini dari facebook Sarina Mohd Som.

Resepi rendang negori pucuk ubi. Kalau pucuk paku masak macam ni pun sedap tau…tapi kena banyaklah, sebab pucuk paku akan mengecut. Nanti sikit sangat kuantiti.

Bahan-bahan

  • Pucuk ubi (tak reti nak bagi tahu banyak mana, memang banyak)
  • 1/2 kg santan
  • Cili api (ikut suka nak banyak atau tak) – hancurkan
  • Kunyit hidup – hancurkan
  • Bawang putih 3 ulas – hancur
  • 2 labu bawang besar sedang – di mayang.
  • Asam keping
  • Ikan bilis
  • Kerisik (ikut suka)
  • Serai dua batang diketuk
  • Garam

Baca : Pucuk ubi kukus telur masak lemak ala Medan

Cara Masak Resipi Rendang Pucuk Ubi

  1. (MASUKKAN SEMUA BAHAN dalam kuali kecuali pucuk ubi. Masak hingga pecah minyak. Api jangan besar, nanti hangus. Perlu kacau selalu)
  2. Bila dah pecah minyak baru masukkan pucuk ubi. Masak hingga kering.
  3. Cuma kali ni saya tumis dulu serai… Garing sikit, letak cili, bawang, kunyit, bilis.
rendang-pucuk-daun-ubi

Atas ini rendang pucuk ubi yang Ina beri saya itu. Rasanya garing dan terasa serdak rendang tu. Tak rasa pahit pun.

Jadi, untuk beginner masak rendang unik dedaunan ini kalau nak cuba masak rendang pucuk ubi itu bolehlah ikut resepi jiran saya ini ya.

Yang nak cuba resepi rendang pucuk ubi kak Azie, boleh tengok sini. Bukan salah resepi kak Azie, tapi saya yang gi derhaka lepas tu buat-buat pandai masak. Hahaha..

Macam yang saya sebut sebelum ini, tak ada salah atau silap pun dalam bab memasak ini. Nanti dapat pucuk ubi, kita cuba lagi sampai jadi.

Good luck! (untuk diri sendiri jugak)

CUBA RESIPI LAIN :
- Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja
- Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat
- Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC
- Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi
- Cara cepat cairkan santan kotak beku, yang berbulan simpan freezer
- Mudahnya masak rendang ayam, campak-campak jadi
- Masak nasi lemak dalam periuk spherical bowl

One Response

  1. azni July 12, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!