Rangupnya Telur Goreng Crispy, Macam Kulit Ayam

Telur goreng crispy rangup ini first time saya tengok dekat video TikTok. Macam senang je nak buat. Kacau-kacau telur, celup tepung dah siap.

Maka saya pun memalam tu cubalah buat sendiri. Sebab nak tahu betul ke yang dikatakan rangup macam kulit ayam itu.

Sebab ini first time cuba, maka kejadiannya tidaklah sempurna betul. Ada yang tebal lah, ternipis sampai serap minyaklah.

Memang beginner betul ini.

Hahaha.. dah alang-alang sebut beginner ini, saya ada share juga resepi rendang pucuk daun ubi untuk beginner. Kalau rajin boleh terjah tengok.

Tip Nak Bagi Telur Goreng Crispy Menjadi

  • Dan satu lagi, saya tak ada pan goreng telur yang rata itu. Yang ada pun kuali lejen je. Jadinya, kalau nak betul-betul menjadi,
  • Memang kena ada pan yang betul, lebih baik non stick pan rata untuk jadikan telur itu betul-betul leper dan nipis.
  • Cara celup tepung itu pun kena betul juga. Barulah masa digoreng nipis dan rangup.

Baca juga : Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi

Resepi Telur Goreng Crispy

Bahan-bahan

  • Telur ayam gred A – 2 biji
  • Tepung goreng rangup serbaguna Bestari GARLIC
  • Sedikit air.
telur-goreng-crispy

Cara Membuat Telur Goreng Crispy

  • Pecahkan telur, masuk dalam mangkuk.
  • Tambahkan sedikit air dan pukul sekata (gambar 1).
Saya tak tambah garam, sebab nanti telur ini akan disalut tepung bestari. Tepung ini dah siap ada perasa yang sedap.
  1. Tuang bancuhan telur dalam non-stick pan yang rata. Untuk dapatkan hasil telur yang leper dan nipis.
  2. Goreng sampai garing kedua belah.
  3. Potong telur dalam kepingan (gambar 2).

Macam kes saya, saya tak ada non-stick pan. Jadi terpaksa goreng dalam kuali. Dia tidaklah nipis sangat jadinya.

Bentuknya pun tak jadi kepingan cantik. Bentuk bawah kuali tu kan separa bulat, jadi masa nak angkat tu. Adeh! ada telur yang terpecah.

Tapi takpe. Kita buat diakan. Okey je.

Baca juga : Resepi daging bakar lembut, panggang atas api dapur

Goreng Telur Bersalut Tepung Dalam Kuali

  • Buat bancuhan tepung bestari (gambar 3).
  • Tak cair sangat tak pekat sangat.
  • Masukkan tepung bestari yang tak dibuat apa-apa dalam pinggan (gambar 4).
  • Panaskan minyak menggoreng dalam kuali.

Part Menggoreng Ini Kena Buat Betul-betul

  1. Mula-mula celup kepingan telur dalam bancuhan tepung.
  2. Lepas tu, golek-golekkan telur celup tadi dalam tepung.
  3. Dan bersalut rata tu, goreng dalam minyak yang panas.
  4. Minyak kena panas ya.. kalau tak nanti dia serap minyak.
  5. Goreng cepat-cepat guna api sederhana.
  6. Dah garing tu angkat dan hidang.

Telur Crispy Sedap, Rangup Macam Kulit Ayam

Rasa telur goreng crispy yang dah jadi ini memang kriuk-kriuk. Rangup macam makan kulit ayam tu.

Haa.. tak payah dah nak beli kulit ayam crispy kat KFC tu.. sebab boleh je try resepi telur goreng crispy sedap ini.

Tapi kan, kalau teringin sangatlah nak makan kulit ayam KFC itu. Pergi jelah beli.

Tak payahlah nak tahan-tahan hati sebab dah ada telur crispy ini. Kekadang, kita kena rasa juga masakan orang lain. Barulah ceria hidup.

Saya juga pernah kongsi resepi telur goreng belacan versi ‘hantu’ belacan. Hahaha.. apa tu. Bacalah ya kalau nak tahu.

Leave a Comment