Resepi Telur Goreng Belacan Batu Laut Melimpah

Resepi telur goreng belacan guna Belacan Hitam Batu Laut ini serius sedap. Saya namakan ‘melimpah’ itu sebab belacan saya guna banyak betul.

Hahaha.. jadi resepi ini sesuai amat untuk ‘hantu’ belacan.

Yang ala-ala ada resdung, atau alahan, kegatalan. Boleh letak sikit saja belacan itu ya. Saya ini memang dari kecil dibesarkan dengan belacan.

Mak sampai sekarang kalau masak sayur, mesti campur belacan. Dah macam cerita P Ramlee pulak. Cuma, saya tak letak belacan dalam sayuran.

En Yem kan gout. Dia mana boleh makan. Tapi isteri dia tetap juga masak ikut suka. Hari itu buat isi kerang tumislah, sambal udang petailah.

Bak kata en Yem, makan je. Dah alang-alang sakit.

Gituh!

Kenapa Alah Dengan Belacan

Ada orang memang alah dengan belacan. Boleh terbersin atau gatal-gatal badan. Mungkin sebab belacan itu sendiri diperbuat dari udang geragau.

Atau isi udang laut yang kecil saiznya. Lepas itu diperam lama jadi penyedap makanan.

Kata adik ipar, Belacan Hitam Batu Laut ini mak sedaranya yang jual. Tempoh hari dia beri saya 2 bungkus.

Memang lama dah request dari adik ipar saya, Zyra. Sebab belacan ini special. Belacannya dihasilkan daripada udang geragau hitam. Rasa dia pun lemak-lemak.

Homemade buatan muslim lagi.

Kalau buat goreng belacan memang terbaik. Lagi pula masak pedas-pedas.

Baca juga : Cepatnya masak sardin tin, guna 3 bahan

Resepi Telur Goreng Belacan Batu Laut

Bahan-bahan Telur Goreng Belacan

  • 1 inci Belacan Hitam Batu Laut
  • Segenggam ikan bilis
  • Setengah bawang besar – hiris
  • 1 sudu besar serbuk cili / 5 tangkai cili padi

Cara Masak Telur Goreng Belacan

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Goreng ikan bilis sampai garing. Ketepikan.
  3. Dengan minyak yang sama, goreng bawang besar hiris.
  4. Kemudian masukkan belacan dan serbuk cili. Masukkan bilis.
  5. Gaul sekata sampai kesemua masak dan garing.

Nota : Saya guna serbuk cili tu sebab cili padi dah habis dekat rumah. Ada banyak lebihan serbuk cili Babas waktu buat kimchi sebelum ini. Kalau guna cili padi pun boleh saja.

Cara Simpan Belacan

Begini cara saya simpan belacan mentah. Alhamdulillah, tahan lama dan selamat digunakan.

  • Kalau beli belacan disertakan sekali plastikkan. Saya tak buang plastik tu. Itulah jadi pembalut belacan.
  • Kalau tak nak guna pembalut suratkhabar yang ada pada belacan, boleh tukar pembalut suratkhabar baru.
  • Masukkan dalam bekas tipuware. Tutup kemas.
  • Simpan dalam peti ais bahagian bawah.
  • Macam arwah mak mentua pernah ajarkan pada saya. Cara dia, mak mentua akan sangai dulu belacan dalam kuali.
  • Dah garing tu, dia simpan dalam botol. Tak masuk peti ais pun. Tahan lama, tak busuk dan masih kekal kualiti sedap dia.
  • Tapi saya kan sejenis menantu ‘rajin’ amat. Saya buat step mula-mula tu je. Kih..kih.. kih.

2 thoughts on “Resepi Telur Goreng Belacan Batu Laut Melimpah”

  1. Eh dulu arwah mak mentua kite jual belacan ni, sepotong 50 sen jer murah giler dia jual. Belacan ni memang sedap… kalau bakar tu wangi giler… kadang gatal tangan dok suap kemulut, Batu laut ni yang dekat Bantingkan! Kampung suami dan mak mentua sebelah tu jer Kg Kundang.

    Reply
    • Murahnya waktu tu Bonde. Yg adik ipar bagi ni tak tau pulak harga dia berapa. Memang harum, sedap dia lain macam. Tak silap adik sebut kat area tulah mak sedara dia. Sejak dah rasa tu terus teringat-ingat kalau belacan ni habis.. kiki.

      Reply

Leave a Comment