sos thai khairulaming

Kerang Bakar Sos Thai Khairulaming Memang Love ‘Teruk’

Resepi kerang bakar cicah sos thai Khairulaming ini memang paling sedap. Asal beli kerang, mesti saya akan buat menu mudah ini. Dalam 20 minit dah siap masak.

Bakar kerang guna kuali ikea besi karbon yang dah lama saya beli. Sebelum ini bila buat kerang bakar, saya guna pemanggang ajaib. Rupanya, bakar guna kuali je pun mudah. Asalkan tahu caranya.

Resepi sos thai Khairul Aming ini saya suka sungguh, sebab boleh jadi pencicah bukan saja kerang bakar, malah sotong bakar, ayam bakar malah daging bakar sekalipun. Saya kongsikan cara membuatnya di bawah ini.

Resepi Kerang Bakar Sos Thai Khairulaming

Durasi memasak : 20 minit.

sos thai khairulaming

Bahan-bahan Sos Thai 

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 biji cili padi merah – dicincang
  • Daun ketumbar secukupnya – dicincang
  • 11/2 sudu besar jus limau nipis
  • Gula dan perasa (optional) secukupnya

Cara Buat Sos Thai Khairulaming

  1. Masukkan sos tiram, sos ikan, bawang putih cincang, cili padi cincang, daun ketumbar, jus limau nipis dalam mangkuk.
  2. Gaul sekata dan perasakan.
  3. Bolehlah dituangkan sos thai khairulaming ini atas kerang bakar.
sos thai khairulaming

Bahan-bahan Untuk Kerang Bakar

  • 1 kilo kerang segar – cuci dan bersihkan
  • Sedikit garam

Cara Membuat Kerang Sos Thai Khairul Aming

  1. Masukkan kerang yang dah dibersihkan ke dalam kuali besi. 
  2. Taburkan sedikit garam kasar.
  3. Hidupkan api, kemudian tutup kuali dengan penutup. 
  4. Selepas seminit, boleh buka penutup api.
  5. Bakar lagi dalam seminit dua, apabila kerang dah terbuka boleh tutup api. Jumlah masa ini bergantung pada saiz kerang. Proses masak kerang ini tak lama dalam 3 minit dah boleh tutup api sebenarnya.
  6. Sedia untuk dinikmati bersama resepi sos thai khairulaming.

Tip

  • Boleh gunakan kerang biasa atau kerang bulu untuk membuat resepi ini.
  • Jika mahu kurangkan pedas, boleh tukar cili padi kepada cili besar merah.
  • Untuk menambahkan rasa enak pada sos thai khairulaming pedas, boleh gunakan gula kabung thai (gula somtam) yang boleh dibeli secara online.

Baca juga : ayam bakar dalam oven lembut lagi juicy

sos thai khairulaming

Beza Kerang Bulu Dengan Kerang Biasa

Kerang ini ada dua jenis, iaitu kerang bulu dan kerang biasa. Jenis kerang bulu ini pada kulit kerang ada bulu-bulu kasar berwarna hitam. Manakala kerang biasa tiada bulu. 

Proses mencuci kerang bulu lebih rumit. Sebab perlu ambil masa untuk bersihkan bulunya. Ada bermacam petua untuk mencuci kerang bulu ini, ada yang gunakan asam keping, pelepah pisang malah hampas kelapa. Beza dengan kerang biasa, boleh cuci dengan berus dengan mudah.

Macam saya sental guna berus dawai je. Memang ambil masa yang lama lah. Sebab itulah, kerang bulu ini cara masaknya lebih mudah dibakar saja. 

Dari segi perbezaan rasa pula, ada yang kata kerang bulu lebih manis isinya. Namun, sepanjang saya membeli dan makan kedua-dua jenis kerang ini. Pada citarasa saya, kerang biasa lebih sedap lagi berbanding kerang bulu. 

Apa pun setiap orang citarasanya tak sama kan. Raikan sajalah.

Read More

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!