Resepi Sambal Pedas Berapi Guna 3 Bahan

Masak resepi sambal pedas berapi pulak kome. Serius! pedas, padu sampai bersulam minum susu. Nak bagi hilang pedas mulut. Paling penting, senang nak buat, cuma guna 3 bahan.

Kelmarin saya buat sambal tomato cili padi simple paling sedap. Sebelum sebelumnya pulak, saya masak ayam sambal tomato ala penyet guna cili kering.

Haa.. sambal pedas semua nya. Jangan memulas sudah. Apa pun, bukanlah masak hari-hari. Berselang hari dan minggu sebenarnya.

Pesan Abah, Kurangkan Makan Pedas

Apa pun abah saya pesan elakkan makan pedas selalu. Tak bagus untuk perut dan usus. Gitulah abah pernah pesan kat saya.

Sebab saya dok mengadu sakit perutlah apa kan kat abah. Abah saya ini dulu tukang urut urat. Memang ‘terer’lah. Dah berusia ni, abah lebih pada rehat-rehat saja.

Pesan abah ada betulnya. Sebab bila terlebih makan pedas, mudah juga jadi cirit-birit tak terkawal ni. Tapikan, percaya tak cili tu sebenarnya sumber makanan yang kaya vitamin C.

Okay, tutup dulu kisah cili. Jom kita masak.

Resepi Sambal Pedas Berapi Cili Padi

  • Durasi memasak : Cepat je, 20 minit siap!

Bahan-bahan

  • Segenggam Cili padi – campur cili merah dan cili hijau
  • 4 biji Tomato ceri
  • 4 ulas Bawang putih

Baca juga : Cepatnya masak sardin tin guna 3 bahan

Goreng Dulu Bahan-bahan Sambal Pedas Berapi Padu

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Masukkan cili padi, tomato ceri dan bawang putih dalam kuali. Cili padi tu boleh meletup-letup waktu di goreng (sebab tak hiris). Jadi, saya tutup kuali dan kecilkan api.
  3. Bila nampak bahan dah layu, sedia untuk diangkat.
tumbuk-sambal-pedas-berapi

Masukkan 3 Bahan Dalam Lesung Batu

  • Masukkan semua bahan dah siap goreng tu dalam lesung batu. Kalau ada lesung ala Indonesia tu, lagi bagus. Boleh gesek-gesek je nanti.
  • Takpe jika terceduk sekali minyaknya.
  • Bila dah masuk semua, tambah garam, gula, perasa Knorr ayam.
  • Saya tak tumbuk. Gesek-gesek anak lesung je. Bahan dah lembut sebenarnya. Gesek sikit pun dah lumat. Kalau tumbuk, mau merecik ke mata nanti.
  • Ikut anda nak tahap lumat macam mana. Saya buat kasar-kasar je.
Nota : Kalau nak blender pun boleh. Ikutlah keselesaan anda macamana. Saya guna lesung, sebab nak dapatkan tekstur sambal yang kasar. Nampak seketul dua cilinya. 

Siap! nikmatilah dengan nasi panas-panas.

Baca juga : Resepi telur goreng Belacan Batu Laut melimpah

Kenapa Guna Tomato Ceri Buat Sambal

  • Tomato ceri ini memang stok yang ada kat rumah ini. Saya suka makan macam tu je.
  • Satu lagi, tomato ceri ini manis buahnya. Jadi, lebih sedap kalau buat sambal berapi ini.
  • Manis-manis buah gitu. Tomato pun kaya dengan Vitamin C juga.
  • Nampak tak khasiat sambal berapi yang kita masak ini rupanya kaya dengan vitamin. Cuma, kenalah makan berpada. Terlebih makan macam saya, bukan vitamin yang datang. Lain jadinya. Hahaha..

Leave a Comment