Tetiba teringin nak buat jeruk bawang merah. Maka, mencarilah resepi jeruk bawang merah menggunakan bahan mudah jumpa di dapur.
Kebetulannya ada beberapa ketul bawang merah saya beli di pasaraya yang kurang elok. Buang mana kulit bawang merah yang tak elok tu.
Ambil saja yang cantik kita jadikan jeruk. Rasanya seakan jeruk bawang merah murtabak tu. Lada hitam buatkan peraman jeruk bawang ini lebih harum baunya.
Resepi Jeruk Bawang Merah
Saya gunakan dalam dua biji bawang merah yang saiz besar itu. Kalau nak buat lebih pun boleh ya. Ikut citarasa. Sebenarnya, saya lebih pada agak-agak saja ini sukatannya.
Bahan-bahan
- 2 biji bawang merah besar – dihiris sedang
- 2 cawan air
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar cuka
- Sedikit lada hitam
- 1/2 biji bawang putih
Cara Buat Jeruk Bawang Merah
- Rebus air, gula dan cuka. Masa merebus ini sebaiknya anda adjust sendiri rasanya. Kalau kurang manis, tambahlah gula lagi dan begitulah sebaliknya.
- Sukatan saya itu agak-agak saja.
- Bila dah menggelegak tu, matikan api.
- Masukkan hirisan bawang merah, lada putih dan lada hitam dalam bekas kaca.
- Tuang air rebusan tadi di dalam bekas kaca berisi bawang merah tadi.
- Biarkan dalam semalaman, pastu masukkan jeruk bawang merah ini dalam peti sejuk.
Cara Makan Jeruk Bawang Merah
Peraman bawang merah ini memang sedap kalau dimakan dengan nasi putih. Macam saya, tambahkan kicap manis dan kacau sebati.
Makan pula dengan nasi panas, rasa dia macam lauk berpantang tu.
Campur dalam burger, mee goreng basah, bihun pun sedap juga. Saya ini memang gemar buat jeruk. Macam-macamlah jeruk dah saya cuba.
Ada yang saya dah kongsi di blog ini. Antaranya, jeruk kulit nangka. Jangan tak tahu, cara buat jeruk maman pun saya kongsikan juga.
Cuma, saya belum pernah lagilah buat jeruk bawang putih yang viral itu. Yang mana, selepas diperam beberapa hari warnanya bertukar menjadi hijau. Sangat terkenal dalam mukbang pun iya cuka bawang putih ini.
Mungkin lain kali saya boleh cuba.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Wahhh menarik ni nett. akk mmg suka buat mkn nasi jeruk masam gini. selalu timun. boleh try bawang lak.
Mcm best je buatnya nettt, nnt try