Maggi goreng mamak resepi ala Sheila Rusly ini saya cuba hidang dekat anak-anak dan suami baru-baru ini. Sedap, memang tak mengecewakan.
Memandangkan saya tak habis tengok video maggi goreng mamak kak Sheila, jadi tidaklah sebijik jadinya. Namun, resepi maggi kari, maggi goreng mamak Sheila Rusly ini memang sedap ya.
Kalau ikut betul-betul cara masak maggi goreng macam air tangan kak Sheila lagi sebijik macam restoran kedai mamak gamaknya.
Resepi Maggi Goreng Mamak Sheila Rusly
Durasi memasak : 20 minit
Bahan-bahan Tumis
- 5 pek maggi perisa kari – rebus asingkan perencah maggi kari
- 3 biji bawang merah kecil – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dihiris
- 5 biji cili padi – ketuk (saya belah dua, malas nak ketuk)
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos tiram
- Kicap manis – ikut citarasa
Bahan Sampingan
- 3 batang fish cake – dihiris
- Kubis – dihiris untuk semangkuk kecil
- Sawi – dua tiga tangkai potong kecil
- 5 biji tomato ceri – belah dua
- 2 biji telur
Cara Memasak Maggi Mamak Macam Kedai Mamak
- Rebus maggi sekejap, jangan sampai terlalu kembang (dalam seminit tu ok dah sebenarnya.)
- Angkat dan lalukan bawah air sejuk. Biar sampai maggi tu tak panas dah.
- Cara ni nak hentikan proses pemanasan maggi yang dah siap direbus daripada mengembang. Saya kirai-kirai lembut guna tangan, bagi maggi tak melekat teruk.
- Tos dalam bekas berjaring.
- Air maggi tu memang saya buang tak ambil.
Proses Menumis Maggi Goreng Dalam Kuali
- Kemudian, tumis bawang merah dan putih hiris sampai naik bau.
- Masukkan cili kisar, tumis sampai cili kisar masak naik bau. Masukkan cili ketuk dan rencah maggi.
- Kacau kejap masukkan sos tiram dan kicap.
- Masukkan fish cake dan sayuran.
- Kacau kejap masukkan maggi tadi.
- Gaul sekata, pecahkan telur dekat tepi (dalam kuali).
- Biarkan sekejap, kemudian kacau semua bahan dalam kuali tu bagi sekata.
- Siap.
Tip : Nak lagi sedap masa makan resepi maggi goreng mamak ini perahkan limau kasturi atau lemon. Untuk membangkitkan rasa masam-masam maggi tu.
Video Air Tangan Resepi Maggi Kari Sheila Rusly
Di sini saya sertakan video resepi maggi goreng mamak Sheila Rusly. Sebenarnya, bahan-bahan maggi goreng saya ini campak-campak guna bahan dapur dalam peti sejuk rumah ini.
Selalunya, mak-mak memang macam itu kan. Dia akan masak ikut mana bahan yang ada. Berkreatif di dapur sendiri. Kalau nak tengok cara sebijik maggi goreng Sheila Rusly buat, boleh tengok video saya kongsikan di bawah ini.
Baca : Cara masak bihun goreng simple gerenti lembut
Cara Masak Maggi Goreng Tersempoi
Selain mencuba resepi maggi goreng Sheila Rusly ini, saya masak juga maggi goreng simple yang cukup mudah teknik masakannya.
Sebenarnya maggi goreng yang saya buat ini ala maggie goreng mamak. Siap nanti akan jadi menu bekal sekolah anak saya, Qaseh. Jadi, tidaklah pedas.
Satu lagi sebab, maggi goreng ini terpaling cepat saya boleh masakkan untuk anak saya.
Jadi dengan menggunakan tagline cepat dimasak sedap dimakan, saya cubalah buat resepi maggi goreng simple ini.
Bahan-bahan Maggi Goreng
- 3 bungkus maggi – Nak guna maggi kari ke maggi ayam pun boleh. Untuk anakkan, buatlah maggi goreng tak pedas.
- 2 ulas bawang putih – ketuk dan cincang
- 2 sudu besar sos kuetiau makchun (kalau takde tukar sos tiram pun ok)
- Sedikit kicap cap Kipas Udang manis
- 2 biji telur
- Sayuran (kalau ada lobak merah atau kubis hiris nipis). Saya buh daun sup je tu.
Cara Buat Maggi Goreng Mamak
- Rebus maggi separuh masak. Biar dia masih kenyal. Angkat dan toskan. Saya lalukan mi bawah air paip sebab tak nak bagi maggi tu jadi terlalu masak.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih cincang. Guna api perlahan saja.
- Bila dah naik bau masukkan 1 pek perencah maggi, sos kuetiau dan kicap. Kacau kejap matikan api.
- Masukkan maggi tadi, kacau bagi sekata. Memula memang akan nampak macam rempah tu berketul ya. Tapi jangan putus asa terus kan mengacau hingga sekata. Masa ini api dimatikan dah.
- Masih dalam kuali, ketepikan maggi. Pecahkan telur hidupkan api perlahan. Biarkan telur menggebu baru pecahkan dia.
- Masukkan sayuran dan kacau sekata semua bahan.
- Siap.
Baca juga : Sedapnya maggi kari chili oil versi sup
Rahsia Maggi Goreng Mamak Sedap Perlu Anda Tahu
- Jika guna 2 pek maggi kari, cuma perlu masukkan 1 pek perencah sahaja. Jangan masuk semua. Nanti terlebih masin.
- Gunakan kicap manis agar sebati dengan bahan perasa yang masin itu. Guna sedikit saja. Untuk 2 pek maggi tu anggaran sesudu besar kicap manis.
- Masukkan sayuran dahulu barulah masukkan mee maggi.
- Maggi goreng mamak ini kalau tak ada telur bukan resepi maggi goreng mamak lah. Telur ini adalah pelengkap hidangan sepinggan maggi mamak yang sedap.
- Perahan limau menambah rasa kick maggi goreng mamak.
- Nak masak resepi mamak maggi goreng yang sedap lagi enak macam kedai mamak, guna perasa maggi kari. Sama ada perencah kari dari jenama Maggi atau mi segera Numee Gardenia pun boleh.
- Kedua-duanya mempunyai rasa megi kari yang tak jauh beza. Cuma pesan saya, bila nak membeli bungkusan mi segera kari di pasaraya perhatilah betul-betul. Sebab packagingnya lebih kurang saja warnanya.
Kenapa Tak Digalakkan Makan Maggi Hari-hari
- Untuk sepinggan maggi goreng mamak mengandungi 461 kalori.
- Jika anda sedang berdiet, perlu ambil berkadaran. Sebab, nak bakar kalori sebanyak itu anda perlu melakukan senaman berjalan selama 3 jam 22 minit, berjogging atau berbasaikal hampir 1 jam. Dan berenang selama sejam lebih.
- Malah, ada keburukan makan mi segera secara kerap ini. Salah satunya ia boleh mengganggu pencernaan. Yang mana, ia akan mengambil masa berjam-jam lamanya untuk diproses dan dicerna. Berkemungkinan terjadinya masalah sembelit.
Thanks 4 da resepi!
Sama-sama SR.. terima kasih sudi baca.
Terbaik resepi .. time kasih kongsi
simple je ..boleh bagi pada tamu lagi2 kawan anak2 kalau datang rumah.
Sama-sama..memang mudah pun campak-campak jadi.
Nampak sedap. Kat tempat gee jarang masakan mamak. Boleh try nanti
Sila-sila.. semoga bermanfaat.
Alahai, baca resepi pun dah boleh imagine macam mana bentuk masakannya, and terbayang2 sedapnya masakan.
Aduh-aduh.. biasa saja kak Pip. Nanti jangan lupa cuba ya.
Ohh wow that’s a good idea to have this maggi goreng mamak, I’m gonna try this recipe for lunch today la
Cheers Siennylovesdrawing
Haa.. don’t forget to try ya.
ya ampunn…terliur nyaa ..boleh lah try buat nanti
Tak rugi mencubanya Yong.
Bila nampak petang-petang terus lapar maggi nanti nak try buat resepi nih
Petang-petang hari memang sedap makan maggi goreng ni.. hihi
Hadoiiiii sedapnye…
Bila nampak petang-petang terus lapar maggi nanti nak try buat resepi nih
Sila-sila Bonde..