Kerepek daun kaduk ini bukan saja rangup dan sedap. Malah, kaya khasiat sebagai ikhtiar rawat sakit gigi, sembelit, batuk dan lemah badan.
Bahan hendak membuat resepi kerepek kaduk goreng ini pun mudah sungguh nak jumpa. Cuma perlukan tiga bahan saja.
Dah boleh jadi kudapan rangup untuk anak-anak dan suami.
Daun kaduk yang dah jadi kerepek ini, ada rasa sedikit pahit. Tetapi disebabkan kerangupannya rasa pahit itu tidaklah sampai menjejaskan rasa.
Macam saya, nak bagi hilang rasa pahit kaduk itu. Cicahlah dengan sos mayonis.
Memang hilang rasa pahit gorengan kerepek daun kaduk celup tepung tu. Dalam saya buat resepi kerepek kadok yang simple ini.
Rakan Fb ada juga berkongsi resepi apa yang boleh dibuat dengan daun kaduk ini.
Resepi Kerepek Daun Kaduk
Bahan-bahan :
- 3/4 sudu besar tepung goreng rangup Bestari (jenis pedas)
- 20 helai daun kaduk
- Minyak untuk menggoreng.
Cara Buat Kerepek Daun Kaduk
- Bancuh tepung goreng Bestari dengan air secukupnya. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair. Cukup untuk membuatkan daun tercelup merata dengan tepung. (boleh tengok gambar di atas)
- Panaskan minyak yang mencukupi dalam kuali. Bila dah panas goreng daun kaduk. Buka helaian daun kaduk jangan bagi dia terlipat. Nanti dia jadi tebal, rangupnya kurang.
- Balik-balikkan. Dah garing bolehlah diangkat.
- Sedia dinikmati dengan sos pencicah kegemaran keluarga. Saya cuba cicah kerepek daun kaduk dengan sos mayones. Kalau nak cicah sos cili pun sedap juga. Cicah dengan sambal kicap style Johor pun sedap juga.
Cara Buat Kerepek Daun Kaduk Yang Rangup
Tipnya mudah saja.
- Semasa menggoreng pastikan minyak betul-betul panas.
- Jangan guna api perlahan. Guna api sederhana atau kuat. Kalau guna api kuat, kena pantaslah tangan tu waktu menggoreng ya.
- Semasa menggoreng pastikan daun kaduk tidak bertindih antara satu sama lain. Nanti terhasillah kerepek daun kaduk yang crunchy. Krup krap dimakan.
Khasiat Daun Kaduk Yang Menjalar
Daun kaduk ini sejenis tumbuhan menjalar yang mudah merebak. Malah, mengeluarkan cabang yang banyak.
Rupanya seakan daun sirih. Tetapi bukanlah pokok sirih ya. Cuma daun sirih ini lebih bujur lagi bentuknya. Kalau tak biasa memang boleh tersilap.
Dekat rumah mak saya, mak tanam pokok kaduk dengan pokok sirih ini dekat-dekat.
Kalau tak tanya mak, memang boleh tersilap ambil jawabnya. Bunga daun kaduk ini warna putih. Tapi taklah rupa bunga pun lebih pada sekumpulan biji benih warna putih yang berhimpun dekat area pucuk dia tu.
Pokok kaduk ini, dulu mak tanam dari keratan batang. Cucuk saja dekat tanah. Alhamdulillah, hidup dengan suburnya.
Ini yang saya jumpa berkaitan khasiat daun kaduk :
- petua merawat sembelit, sakit gigi dan lenguh.
- sebagai petua meredakan batuk dan menghilangkan asma.
- air rebusannya digunakan secara tradisional untuk petua meredakan selesema dan sakit pinggang.
- daunnya ditumbuk sehingga lumat untuk mengurangkan masalah kulit berpanau ataupun bisul.
Banyakkan khasiat daun kaduk baik untuk lelaki, wanita mahupun anak-anak ini.
Baca : Kerepek pisang ‘rare’ tak buang kulit, sedap rangup
Resepi Lain Guna Daun Kaduk
Bila ada banyak daun kaduk dalam peti sejuk mulalah terfikir nak buat macam-macam. Tapi tak tahu resepi apa yang sesuai untuk masakan daun kaduk ini.
Buat kerepek daun kaduk celup tepung pun sudah.. jadi hendak buat apa lagi dengan daun kaduk ini.
Sewaktu berkongsi di facebook, rakan-rakan mencadangkan agar mencuba lain-lain resepi daun kaduk ini.
- Jadikan ulam daun kaduk – celur daun kaduk buat ulam makan dengan cabai picit air asam campur isi ikan.
- Kerabu daun kaduk – jadikan kerabu yang dicampur tauge dengan kerang. Boleh juga letak kacang panjang dan daun kesum.
- Campur dalam sambal tempoyak daun kayu Negeri Sembilan. Saya pernah cuba resepi ini, memang sedap hasilnya.
- Nasi ulam daun kaduk – jadikan nasi ulam yang sedap.
- Bahan sampingan bubur – letak dalam bubur lambuk Terengganu.
- Goreng daun kaduk – buat bancuhan macam nak buat rempeyek.
- Daun kaduk cicah dengan sambal belacan.
- Masak lemak daun kaduk – campur dalam masak lemak cili api ikan.
- Jadikan Miang Kham sajian pembuka selera dekat restoran masakan Thailand. Saya pernah rasa air tangan Kak Na (orang Thailand) memang sedap dijadikan kudap-kudapan.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
tak pernah pun makan daun kaduk ni..orang buat ulam ke selalu?
Ada yang jadikan ulam.. sedap campur dalam sambal tempoyak.
Biasa buat bayam brazil jer. belum pernah try buat daun kaduk camni. kena try jugak ni.
ya allah,tengok punt terliur walau tak pernah makan daun kaduk gini..actually yong pun 1st time makan daun kaduk tu haa kawan bawa miang-kham tu..sedap eh makan ..selalu kalau gini buat daun bayam brazil..anak yg tak makan sayur pon belasah makan
Menarik nya, boleh buat kudap2. Sambil makan sambil dapat khasiat yg baik dari daun kaduk.
Ohh wow….I love this tasty delicious recipe, saved it & I’m gonna do it for festive celebration this weekend. Thanks! Cheers Siennylovesdrawing
Ur welcome