penyakit-asma-anak

Merawat Penyakit Asma Anak Kedua

Zarif, anak kedua saya ini terlalu sering diserang penyakit asma. Penyakit asma anak saya ini agak mencemaskan saya dan suami.

Pernah sekali waktu kami balik kampung, batuk mula dikesan, nafasnya berbunyi kuat dan tidak lancar. Kejadian dekat nak maghrib ketika di kampung Lenggong sungguh mendebarkan.
 
Paling berdebar, sebab kami memang kena balik kerana esoknya saya perlu ke satu tugasan menemuramah seseorang. Lama dia duduk di wad kecemasan dekat Klinik Lenggong.

Sampaikan pegawai klinik terpaksa berikan satu ubat paru-paru yang cukup kuat untuk dia. Mujurlah tak ditahan dalam wad. 

Alami Penyakit Asma Di Kampung

Mungkin juga sebab Zarif bukan warga Lenggong, kalau tidak mahu selamat ibu dan Zarif naik ambulans ke Hospital Grik. Dalam tempoh terdekat Zarif pasti diserang asma lagi.

Seram bila nafas Zarif turun naik. Lebih seram bila nafasnya turun naik di tengah bulan. Sekali sedut gas itu bukan sedikit RMnya. Pastilah en Yem yang paling kasihan, kerana part itu dia yang perlu bereskan.

Jerebu baru ini, sekali lagi menyeramkan hati. Bimbang pula andai diserang penyakit asma anak saya ini dengan kroniknya. Tapi langkah awal telah dibuat, siap-siap beri Zarif dan Mirza suplemen setiap hari.

Bagi ubat batuk lelah siap-siap dan alhamdulillah, Zarif cuma letih sedikit-sedikit. Sejak amalkan suplemen memang dah nampak perubahan yang baik dekat penyakit asma anak saya, si Zarif.

Saya pun amalkan sama makan suplemen ini. Kadang-kadang berkongsi juga dengan kawan-kawan.

penyakit-asma-anak

Alhamdulillah Penyakit Asma Anak Berkurangan

Sekarang umur Zarif dah 15 tahun. Alhamdulillah, penyakit asma anak saya ini dah berkurangan. Tiada lagi episod bermalam-malam sedut gas di klinik.

Cuma, dulu waktu dia sekolah rendah. Zarif pernah jatuh motor dan tercucuk kayu dekat hidungnya.

Bawa ke hospital Klang, selepas buat pemeriksaan doktor kata tiada apa pun yang serius. Bila dia masuk usia remaja ini, Zarif kerap pula alami hidung berdarah.

Kalau demam atau panas, sure keluarlah darah itu.

Masa awal dulu saya berilah ais dekat batang hidung tu dan suruh dia duduk diam. Selepas darah tu berhenti baru bergerak. Tapi, dah besar ni mana maunya dia nak dengar.

Sudahnya dia settle sendiri.

Selalu kalau jadi, dia diam saja.

Baca : Rawat penyakit kayap mak guna ubat Acyclovir

Minum Air Kosong Dan Jaga Makan

Dan disebabkan itu jugalah, Zarif sekarang ini lebih menjaga kesihatan. Suka makan tomato, buah dan tak lagi minum air gas atau air manis macam dulu-dulu.

Dalam peti ais, ayahnya siapkan satu botol hijau besar berisi air kosong untuk dia minum. Mungkin juga ini jadi faktor penyakit asma anak saya berkurangan.

penyakit-asma-anak
Kredit foto : PhotoMIX Company via Pexels

Banyak minum air kosong dan jaga makan.

Anak-anak yang lain, saya tak perlu sediakan air kosong pun. Sebab diaorang memang suka dan akan minum air kosong. Kalau ada buah dan sayuran hijau pun tak perlu nak suruh, diaorang makan saja dengan baik-baik.

Alhamdulillah, mudah diurus budak-budak ini.

Fahami Penyakit Asma Anak Kedua

Menurut MyHEALTH KKM, asma ini sejenis penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Ia juga dikenali sebagai lelah, semput mahupun penat.

Penghidap asma ini mempunyai saluran udara yang senditif pada sesetengah bahan yang dihidu. Keadaan ini dipanggil hiperresponsif.

Patutlah kalau Zarif hidu perfume atau terhidu asam rokok dia akan jadi tak selesa.

Mulalah dia minta dijauhkan dari bau-bauan itu. Mujurlah dalam keluarga saya ini tiada yang merokok. Malah, antara syarat suami pilihan saya pun tidak merokok.

Tapi, Zarif tetap juga kena asmakan.

Mungkin dia ikut abah. Abah saya pun ada penyakit asma juga. Dan asma ini pun ada kaitan dengan penyakit keturunan juga. Orang asma ini tak boleh batuk, atau terlalu sejuk.

Mulalah lelah tu datang.

Baca : Klinik kulit Shah Alam rawat muka ‘breakout’ disebabkan jerawat

Ini Jadi Bila Diserang Penyakit Asma

  • Saya ingat dulu, setiap kali diserang asma nafas Zarif akan berbunyi kuat. Sampai boleh dengarlah. Manalah tak seram kan.
  • Kemudian, penyakit asma anak saya ini akan buat Zarif susah hendak bernafas.
  • Dia juga sebut sakit dada.

Dan disebabkan itulah, dalam rumah ini sentiasa ada bekalan inhaler sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun dia dah lama tak alaminya.

Tetap jugalah ayah dia sediakan.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 28 Jun 2013 dan diupdate.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!