Cara Buat Jem Mulberi Paling Senang, Siap Jus

Ini cara buat jem mulberi serentak dapat jus mulberi. Buat sekali masak je, tak perlu nak pindah-pindah periuk. Resepi buat jem yang kakak ipar saya ajar.

Sebelum ini, saya pernah masak jem mulberi ini. Google resepi, ada yang kena letak lemon, tepung bagai.

Menjadilah juga, tapi masih tak dapat rasa jem mulberry yang saya nak.

Waktu balik ke kampung Sira Putih dekat Lenggong itu, tanyalah pada kakak ipar, Kak Huda. Macam mana cara dia buat jem.

Walaupun resepi kakak ini untuk buat jem roselle, namun tekniknya boleh diguna pakai untuk buat jem buah-buahan yang lain.

Okay, jom tengok macam mana nak masak dan cara buat jem mulberry ikut resepi kakak ipar saya ini. Senang betul, yang penting manisnya kena dengan citarasa.

Resepi Jem Mulberry, Siap Jus

Bahan-bahan

  • Buah mulberi
  • Gula
  • Air secukupnya

Cara Buat Jus Mulberry

  1. Saya petik buah mulberi yang masak dan ada yang ranum dari pokok rumah mak.
  2. Bersihkan mulberi bawah laluan air paip. Toskan.
  3. Masukkan buah mulberi dalam periuk.
  4. Tambahkan air, lebihkan dalam seinci dari paras buah mulberi tadi.
  5. Rebuslah macam biasa.
  6. Bila dah menggelegak, saya masukkan gula dalam sesudu dua.
  7. Kacau seketika. Nampak buah tu dah masak dan gula pun dan sebati. Matikan api.
  8. Biar kan kejap. Tapiskan buah yang dah masak tadi.
  9. Airnya ambil jadikan jus.
Jusnya ini nanti boleh simpan peti ais. Kalau nak minum terus tambahlah air gula kalau tak rasa manis. Tambah ais pun sedap.

Baca juga : Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat

Cara Buat Jem Mulberi

  1. Buah yang ada dekat penapis tadi masukkan blender (pastikan dah sejuk ya. kang rosak pulak blender tu.)
  2. Tambahlah sedikit air nak bagi pengisar tu boleh bergerak.
  3. Dah halus, masukkan balik dalam periuk.
  4. Tambahkan gula ikut tahap manis yang anda mahukan.
  5. Saya memang pakai banyak gula, sebab suka manis kan (bahaya betul aku nih.)
  6. Masukkan sikit garam, nak bagi seimbangkan rasa. Sikit je.
  7. Kacau sampai buah mulberi kisar tu benar-benar pekat dan likat.
  8. Sejukkan. Dan sejuk boleh masuk bekas atau botol, simpan dalam peti sejuk.

Baca juga : Rendang ayam simple, campak-campak jadi

Berapa Lama Jem Mulberi Boleh Tahan Simpan Peti Ais

  • Ikut pengalaman saya, jem yang saya buat ini lebih dua minggu masih tahan.
  • Mungkin sebab gula dan garam tu yang buat dia tak berkulat.
  • Masa nak ambil itu, guna sudu bersih. Jangan campur-campur.
  • Kadang tu terlupa, terletak juga jem ini dekat luar. Alhamdulillah, rasa dia tak berubah.
cara-buat-jem-mulberi

Tip Hilangkan Gatal Bulu Buah Roselle, Asam Susur

Kebetulan dekat rumah kakak ipar banyak betul buah roselle. Cuma pokok roselle kakak ini tak macam pokok roselle yang selalu saya jumpa. Buahnya kecil-kecil dan bulat.

Lebih kurang macam inilah buahnya. Rupanya nama lain roselle ini, asam susur.

Atas ni gambo google. Macam ni lah buah roselle dekat rumah kakak tu. Nak petik pun mencabar. Ada bulu-bulu halus tajam macam bulu rebung. Kena hati-hati.

Kalau tertusuk bebulu asam susur tu, kak Huda beritahu sapu pada rambut. Nanti bebulu tu tanggal. Sebenarnya, waktu dicuci bawah air bebulu tu akan hilang dengan sendirinya.

Jem roselle yang saya buat dalam gambar itu guna resepi kakak beri.

4 thoughts on “Cara Buat Jem Mulberi Paling Senang, Siap Jus”

Leave a Comment