cara-meredakan-ulser

Cara Meredakan Ulser Mulut Guna Bahan Dapur

Cara meredakan ulser I Pedihnya bila ada ulser di dinding pipi. Kadang ulser di gusi atau lidah. Rasa tak selesa nak buat apa pun.

Berdenyut-denyut sakit kepala sama. Dengan pedih nak kunyah, telan makanan lagi.

Allahu.. itulah yang sedang saya alami. Jadi ulser lidah. Dok fikir, macam mana lah cara hilangkan ulser lidah dalam mulut ini. Kerap juga saya alaminya.

Maklumlah.. bila gigi geraham dah banyak dicabut, asyik saja gigi tergigit pipi.

Apa lagi, jadilah luka. Ulser di dinding pipi pun terbentuk. Kadang itu, sambil berus gigi pun boleh terluka. Hahaha.. macam-macam betul lah netty ni.

Bila dah jadi itu, bukan sehari dua boleh baik. Mau berhari-hari. Stress rasa tak tentu arah. Paling lemah, dan dan je darah tinggi pun naik sama.

Cara Meredakan Ulser Guna Bahan Alami

Musim PKP pandemik ini, kalau takat ulser, idok le ku gigih nak gi ke klinik. Kalau ada gel Bonjela itu, boleh je sapu kat bahagian luka.

Haa.. kejap je baiknya.

Tapi, bila tak ada tu nak tak nak kenalah cari petua hilangkan ulser lidah guna cara semulajadi. Guna saja bahan yang boleh jumpa di dapur.

  • Guna garam kasar – kalau ikut petua mak, dia suruh buh seketul terus garam kasar kat ulser tu. Adoi! ku boleh bayang pedihnya. Tak gamak pulak nak buat. Hahaha..
  • Buat air garam suam – buhlah setengah sudu kecil garam, masukkan air suam dalam gelas. Kemudian, kumur-kumur.
  • Ikhtiar guna madu – kebetulan memang ada madu kat rumah ini. Jadi, ambil sajalah madu sesudu. Bukan ke madu tu penawar segala penyakit. Cubalah kan.. baca bismillah, niatkan nak baik. Saya gunakan madu sebagai cara merawat ulser lidah ni. Tak adalah macam terseksa sangat.
  • Makan limau – macam saya ambil buah oren sunkist. Buah oren ini kaya vitamin C dan menyembuhkan luka.
  • Minum air kosong banyak-banyak – ni pun bagus dipraktikkan sebagai cara merawat ulser mulut. Sebaiknya ikutlah jumlah air yang badan kita perlukan untuk sehari. Jangan berlebihan pula.. kang lain jadinya.
  • Doa sakit ulser mulut – saya terbaca, ada rupanya doa sebagai ikhtiar rawat penyakit. Cara hilangkan ulser di lidah dengan doa, baca surah Al An’aam ayat 67. Kadang tu sambil-sambil bolehlah juga zikirkan Ya Salam banyak-banyak. Selepas solat pun bagus untuk diamalkan. Ianya bermaksud memberi kesejahteraan.
doa-cara-meredakan-ulser-mulut

Merawat Ulser Ikut Saranan Doktor

Ada juga terbaca di Harian Metro, nak bagi lega ulser mulut ini, boleh cuba makan aiskrim. Cara ini lagi bestkan. Sejuk-sejuk aiskrim itu boleh meredakan kesakitan.

Malah dapat kurangkan tekanan pada bahagian mulut atau lidah yang sakit itu.

  • Bersihkan ruang mulut lepas cuci gigi. Boleh guna ubat kumur selepas gosok gigi.
  • Saranan guna ubat oral untuk kecutkan luka ulser. Paling mudah nak jumpa, gel Bonjela lah ya.

Baca juga : Doa lindungi dari wabak, mak pesan hafalkan

cara-meredakan-ulser-mulut-dengan-madu
Rumah saya insyaAllah, sentiasa ada stok madu. Boleh digunakan sebagai cara hilangkan ulser mulut. Masalahnya, selalu lupa nak makan.

Punca Ulcer Mulut Terjadi

Menurut Root of Science punca ulser lidah ini, disebabkan pelbagai faktor. Antaranya;

  • Tergigit bahagian dalaman pipi
  • Pemakaian pendakap gigi (braces)
  • Kecederaan semasa memberus gigi
  • Menggosok gigi yang tidak sejajar, tajam atau patah secara berterusan
  • Mulut melecur disebabkan makanan panas
  • Iritasi daripada ubat antiseptik seperti ubat kumur
  • Jangkitan virus (Herpes Simplex Virus)
  • Reaksi terhadap ubat-ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit dan ubat darah tinggi (Beta-blocker)
  • Perubahan hormon semasa kehamilan, akil baligh atau menopaus
  • Stress
  • Faktor genetik
  • Kanser mulut

Sebilangan individu mungkin mengalami masalah ini disebabkan masalah kesihatan atau kekurangan nutrisi seperti:

  • Chron’s disease (penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan pada saluran pencernaan)
  • Kekurangan vitamin B12 atau zat besi
  • Kelemahan sistem imun badan seperti kencing manis dan HIV/AIDS

Hmm.. patutlah kan. Punca pertama tu kerap betul jadi kat saya. Lagi-lagi bila saya dah cabut gigi atas paling belakang.

Dia punya sakit kena ulser ni, rasa nak demam pun iya ni. Itu yang mencari macam-macam cara meredakan ulser guna mana bahan dalam rumah ini.

Baca : Jangan hilang ikhlas jaga ibu sakit tua

nettyahhiyer.com

Dia macam tak ada penahan dah. Kalau tak lidah.. sure dinding pipi yang tergigit masa makan. Isk.. isk.. isk.

Dah masa kena muhasabah diri ni Netty oi!

Untuk anda yang sedang berusaha mencari cara meredakan ulser ini semoga dipermudahkan agar hilang ulser lidah dengan cepat.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

10 Comments

  1. abam kie October 15, 2021
    • nettyahhiyer October 22, 2021
  2. ZAIDALIFAH HUSSIN October 19, 2021
  3. Nana Marzuki October 21, 2021
    • nettyahhiyer October 22, 2021
      • Myzan August 11, 2022
        • nettyahhiyer August 11, 2022
  4. wawa azwa August 11, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!