Ajar anak kemas meja makan di kedai ini satu habit yang sudah dibentuk dari anak-anak kecil lagi. Kita sebagai orang tua kenalah mulakan dulu.
Bagus sebenarnya bila ada kebiasaan anak kemas meja lepas makan dekat restoran atau kedai makan ini.
Memudahkan pekerja kedai. Dalam masa sama mudahkan pelanggan seterusnya. Habit kemas meja selepas makan ini sebenarnya perlu juga dipupuk dari anak kecil lagi.
Sebelum memupuk kebiasaan anak mengemas meja lepas makan di kedai, kami berdepan juga dengan struggle sendiri.
Tak mudah sebenarnya nak bawa anak-anak kecil makan di kedai makan. Alhamdulillah, lama-kelamaan kesukaran itu jadi kemudahan.
Pengalaman sendiri bawa anak kecil makan di kedai makan ini, saya dan suami ada macam-macam kisah lucu, seram, sadis yang melibatkan anak-anak.
Pengalaman Bawa Anak Kecil Ke Kedai Makan
Dulu waktu anak-anak kecil, belum bersekolah pun. Kami cukup seram sejuk nak bawa anak-anak makan di kedai mahupun restoran. Sebab anak kedua saya, Zarif sejenis tantrum tak hengat.
Pernah Zarif waktu kecilnya tantrum entah sebab apa sampai terbalik meja makan gerai, berterabur pecah habis cawan. Mujurlah gerai tu guna pinggan plastik.
Dan kitaorang pun dah habis makan.
Ada juga masanya, Zarif meronta-rontak di restoran mamak sampai terpelanting sebelah kasutnya lalu masuk ke dalam tray lauk panas-panas yang baru diletakkan.
Saya terkedu, suami tergamam. Mamak yang baru meletakkan lauk lagilah entah apa emosinya ketika itu. Boleh saja dia nak marah, tapi dia tak marah.
Bila en Yem nak bayar lauk yang rosak itu, mamak itu tak mahu terima duit.
Aduh! tepuk dahi dibuatnya. Kerana kenangan-kenangan seram itulah berdebar sungguh setiap kali nak bawa anak-anak kecil kami makan di restoran atau kedai makan.
Tak sanggup nak bayangkan huru-hara itu nanti.
Sekarang ini, bila nampak anak-anak kecil tantrum di kedai makan, kami relaks saja. Dalam hati kata, ‘belum boleh lawan tantrum Zarif lagi tu’ Hahaha.
Dulu Anak Tantrum Di Meja Makan, Sekarang Dah Behave
Seiring dengan perubahan masa, anak-anak pun dah besar panjang. Masing-masing tiga ketul itu makin boleh diatur bila makan di kedai. Nak kata tak bercakaran tu tak jugaklah.
Sesekali, walaupun dah besar ada juga adegan usik abang adik bila makan di gerai. Cuma lebih terkawal.
Barangkali masing-masing dah faham, kalau buat perangai orang luar tengok. Tak manis kan sikap bising di meja makan itu.
Alhamdulillah, tak susah dah emosi ibu macam waktu anak kecil dulu.
Tip Ajar Anak Kemas Meja Makan Di Restoran
Kami tidaklah mengajar secara formal agar anak kemas lepas makan di kedai makan. Cuma, anak-anak faham setiap kali makan bersama-sama di kedai,
- Kena makan sama-sama, mulakan dengan baca doa makan.
- Kemas meja lepas makan di restoran. Susun pinggan, kumpulkan jadikan setempat. Kalau situasi tak mengizinkan, sekurang-kurangnya pinggan cawan saling berdekatan.
- Bila nak gerak keluar, tolak kerusi rapat ke meja.
Benda itu jadi secara semulajadi. Agaknya, kami pun secara spontan terbuat macam itu juga.
Anak-anak tengok, dan diaorang pun mula buat.
Bukan apa, bila kemas pinggan cawan atas meja makan sebaik selesai nanti lebih mudah untuk pekerja membersihkannya. Kerja dia pun lagi cepat siap.
Bolehlah orang seterusnya guna meja dengan segera. Lagi pun sekarang ini, saya perhatikan pekerja dekat kedai makan dah tak semeriah dulu. Macam berkurangan sudah.
Tentulah seorang pekerja itu, terpaksa membuat berganda-ganda kerja. Angkat makanan, kemas meja, ambil order lagi.
Kalau restoran ada robot penghantar, mungkin mudahlah sikit bebanan pekerja manusia.
Tak Kemas Meja, Pinggan Makan Akan Didenda
Beruntungnya orang Malaysia yang makan di kedai makan.
Sebab apa saya kata beruntung, sebab kalau di negara kita ini sebaik makan di kedai. Kita boleh terus pergi meninggalkan meja makan tanpa dikemas.
Tetapi tidak di Singapura. Kalau pelanggan tak kemas meja makan, tunggulah masa untuk dikompaun.
Di Singapura sudah ditetapkan bermula 1 Januari 2022, pelanggan foodcourt dan kedai kopi akan dikompaun. Jika mereka tak membersihkan meja makan sebaik selesai makan dan pergi macam tu saja.
Tak boleh ya tinggalkan tisu terpakai ke, straw ke, pembungkus, tin minuman, botol plastik waima sisa makanan sekalipun.
Dendanya bukan sedikit. Kalau pelanggan tak bersihkan sisa makanan dan pulangkan semula alatan makanan ke tempat sepatutnya, denda S$300 akan dikenakan.
Kalau tukar duit Malaysia mahu RM900 plus plus nilainya.
Budaya Kemas Meja Makan Orang Jepun
Masyarakat Jepun tentunya boleh dijadikan contoh yang baik apabila membicarakan soal tertib di meja makan. Mereka bukan saja kemas meja, membersihkan peralatan makanan sebaik selesai makan.
Malah, tidak meninggalkan sisa makanan di dalam pinggan. Dengan kata mudahnya, makan bagi habis. Sebab bagi mereka, tidak beretika jika tinggalkan sisa makanan dalam pinggan yang dihidang.
Baguslah macam itu kan. Mak-mak kita pun, kalau makan sama-sama, mesti mak pesan suruh habiskan makan.
Bebudak ini pun macam gitulah juga. Kalau makan di kedai, mesti bagi habis. Jaranglah tinggal bersisa. Sebab en Yem ini, kalau makan di kedai, makanan yang tak habis.
Walaupun sedikit, dia akan minta orang kedai bungkuskan. Kadang tu dekat restoran besar pun dia buat gitu juga. Hahaha.
Tapi itu terpulanglah pada amalan keluarga masing-masing. Kalau tak habis, tak nak bawa balik pun. Bukan boleh dipaksa-paksa. Kalau bawa balik tapi sudahnya tak makan buang ke tong sampah, satu masalah juga kan.
Jadi, kita ikut cara apa yang keluarga kita selesalah.
Sama juga bab kemas meja makan dekat kedai ini. Itu amalan yang baik bila dapat dilakukan. Jika tak buat pun, janganlah dikeji mereka itu.
Kerana, di Malaysia ini belum meluas lagi amalan sedemikian kemas meja pinggan mangkuk di restoran. Tidak lagi menjadi satu kesalahan.
Cuma, jika pergi makan di IKEA kita boleh kemas meja, kenapa tidak di gerai biasa.
Begitulah.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
bagus,amalan yg patut diterapkan dari awal..yong pun anak sulung dah darjah 4,memang kalau ke kedai train selalu..lantak la org kata buat hamba ke anak ka apa..biaq dia biasa,jadi habit tak da la tinggal meja bersepah
Hihi.. betul tu biarlah orang nak kata pun.
Sy susun pinggan mangkuk elok2 di atas meja utk waiter dtg ambik. Tp x la sampai angkat ke sinki utk dibasuh.
Betul-betul.. kalau sampai basuh kat sinki terus kita jadi staff. Hahaha..
Inilah namanya jauh perjalanan luas pemandangan. Sekarang tak perlu lakukan perjalanan pun, boleh baca macam mana budaya di tempat orang kan. Mungkin tak semua rasa ini common sense sebab tak pernah tengok sendiri @ dibiasakan sejak kecil.Tapi begitulah kita manusia, terus belajar baiki diri.
betul sangat nett .. bab ni kena ajar dari kecik . kalau kat rumah mmg iman yg kena siapkan meja dan kemas meja. selalu ckp ingat ko anak tunggal ko boleh berlagak jadi anak raja ? hehehe
Wow…Really love the ways you’ve educated your kids on dining manners, very good to train them simce young. Learnt the tips & gonna apply on my little niece. Cheers Siennylovesdrawing
Bagus kat malaysia ni kemas meja sendiri lepas makan tiru singapo..