Doa memudahkan sakaratul maut perkongsian Ustaz Kazim Elias | Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Malah mengingati kematian boleh menjaga hati dan tindakan agar lebih berhati-hati.
Hati-hati maksudnya di sini, bila nak berbuat sesuatu kita akan ingat, nanti tindakan kita itu Allah marah ke tidak.
Kalau Allah marah, tidak lah kita teruskan.
Saya guna bahasa mudah saja ya. Sebab nak guna bahasa tinggi-tinggi ni tak berapa pandai. Cuma tergerak hati nak berkongsi amalan doa memudahkan kematian ini.
Sebab, sebaik selesai solat saya akan baca doa ini. Rupanya bila terjumpa perkongsian doa Ustaz Kazim Elias di instagramnya, itulah doa memudahkan sakaratul maut iaitu, agar mudah saat nyawa kita berdepan dengan malaikat Izrail nanti.
InsyaAllah.
Doa Memudahkan Sakaratul Maut
AMALKAN DOA INI , NIATKAN MOGA ALLAH SWT MUDAHKAN SAKARATUL MAUT KITA NANTI.
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Rabbana la tuzigh quloobana baAAda ith hadaytana wahab lana min ladunka rahmatan innaka anta alwahhab
(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)”.
(Surah Al Imran , Ayat 8)
Bila Waktu Disarankan Baca Doa Memudahkan Kematian
- AMALKAN SETIAP KALI BANGUN TIDUR. ( Amalan Nabi Muhammad saw )
- AMALKAN BACAAN DOA INI SETIAP KALI DI DALAM SOLAT MAGHRIB PADA RAKAAT YANG KE-3 SELEPAS MEMBACA SURAH AL-FATIHAH. ( Amalan Saidina Abu Bakar )
RUJUKAN : TAFSIR IBN KATHIR.
Baca : doa lindungi dari wabak, mak pesan hafalkan
Doa Agar Allah Bantu Menghadapi Sakaratul Maut Dari Perkongsian Ustazah Asma’ Harun
Menurut ustazah, ini doa yang diamalkan diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda sudah menghampiri keadaan sakaratul maut, diceritakan oleh Saidatina Aisyah, Baginda SAW meminta kepadanya air lalu dibacakan satu doa:
Daripada Aisyah r.anha, Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّهَا قَالَتْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ بِالْمَوْتِ وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ وَهُوَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْقَدَحِ ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ يَقُولُ
Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW sedang nazak. Baginda mempunyai cawan berisi air di dalamnya, baginda meletakkan tangannya ke dalam cawan kemudian menyapu mukanya dengan air itu, lalu baginda berkata:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَسَكَرَاتِ الْمَوْتِ
“Ya Allah! Tolonglah aku dengan derita kematian dan penderitaan kematian.”
(HR Tirmizi, hadis hasan)
Doa ini juga boleh diamalkan ketika menjaga keluarga yang sedang sakit dan nazak, sunnah dibacakan doa ini lalu disapukan air ke wajah dan anggota badannya. Moga dengan air yang sifatnya menyejukkan dapat meringankan rasa panasnya ketika menghadapi sakaratul maut. Ketika itu hanya Allah SWT yang dapat membantu keadaan kesakitan hambaNya, AllahuAkbar.
Mudah-mudahan Allah Ya Mujib memakbulkan doa kita dan dikurniakan pengakhiran khusnul khotimah.
Demikian perkongsiannya menerusi laman facebook rasmi milik ustazah.
Hikmah Mengingati Kematian
Kematian setiap yang bernyawa ini tidak pernah sesekali diketahui oleh sesiapa pun. Itu rahsia Allah. Muda ke tua, bila sudah sampai masanya untuk kembali.
Akan pergi juga menghadap Ilahi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.” (Riwayat Ahmad)
Baca : Ganti puasa walau berbuka awal kerana azan radio.
Jadi, bilamana mengingati mati kita akan,
- Bersungguh-sungguh dalam melakukan amal kebaikan dan memperbaiki diri.
- Mendorong seseorang untuk menetapkan matlamat yang jelas akan hidupnya di dunia mahupun di akhirat.
- Membuatkan kita sentiasa sedar, bahawa Allah sentiasa lihat kita. Jadi, berhati-hati dalam tindakan.
- Memperbanyakkan istighfar kita, sebab tahu sebagai manusia yang lemah ni. Kita sentiasa terdorong untuk berbuat kesilapan baik disedari ataupun tidak.
Sentiasalah berbuat baik ya. Semoga istiqomah amalkan doa dimudahkan sakaratul maut dengan membaca doa kematian yang dikongsikan.
Semasa berdoa pun ada cara dan tertib yang anda perlu lakukan. Apabila seseorang faham akan tatacara berdoa maka anda juga sebenarnya sedar bagaimana mustajabnya satu-satu doa.
Di sini saya tertarik dengan perkongsian blogger Nina Mirza tentang cara berdoa yang betul. Semoga anda juga dapat manfaat membacanya.
Doa Mudahkan Urusan
Boleh juga amalkan doa memohon agar dimudahkan urusan di kehidupan ini daripada perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: “Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.”
Noted, sama-sama amalkan terima kasih reminder saya part doa memudahkan sakaratul maut… Salam Jumaat Netty…
Pernah baca doa tu cuma tak tau doa untuk mudahkn sakaratul maut. Tq share
Terima kasih awak atas perkongsian ini
Alhamdulillah .. mati itu pasti. Tapi jika ada cara yang boleh kurangkan sakaratul maut maka tak rugi kita amalkan.
Alhamdulillah dan terima kasih utk perkongsian, sama sama lah kita amalkan.
Thanks Net.
Kak pip amalkan baca doa ni sejak sekolah menengah. Ustaz ustazah la yg ajar, so setiap hari akan baca doa ni. Tapi x tahu doa ni utk memudahkan sakaratul maut, ingatkan dulu diajar utk ajar diri selalu nak jadi yg baik2, dan memudahkan urusan sahaja . Almaklumlah budak2 remaja kan rebel tak habis2 , hahaha. Semoga mengalir pahala buat ustaz ustazah yg mengajar kami doa ni juga.
Tq share ya Net.
Terima kasih kak atas perkongsian.. Salah satu tazkirah yg sy tengok utk semasa azan kita tidak dibenarkan utk berkata apa-apa sebab boleh menyebabkan suul khotimah (kematian mengejut).. Semoga pengakhiran hidup kita adalah pengakhiran yg baik.. Aamiin
Terima kasih atas ilmu yg sgt bermanfaat ni. Insyallah akan dihafal
Betul kak Net, kalau kita ingat mati, kita sentiasa melakukan amalan yang baik sebaiknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Moga pengakhiran kita pengakhiran yang baik². InsyaAllah.
Ooo.. Baru tahu.. Terima kasih kongsi.. Memang duk amal baca doa ni tiap kali lepas solat.. Semoga sampai masa nanti kita dijemput dengan baik dan dipermudahkan..