Ibu Belajar Erti Syukur Melalui Anak-anak

Ibu Belajar Erti SYUKUR Melalui Anak-anak

Belajar erti syukur melalui anak-anak | Sejak berpindah ke majalah Keluarga, sibuk benarkah? Walhal deadlinenya lebih panjang.

Semakin hilangkah motivasi untuk menulis? Atau anak-anak semakin pandai minta dilayan sebelum mereka beradu.

Sudah beberapa malam ini, Mirza, Zarif dan Qaseh akan bertanyakan pelbagai soalan yang kadangkala tidak masuk akal pun untuk menjawabnya.

Tapi anak kecil memang begitulah kan. Mereka akan bertanya dan terus bertanya. Selagi belum ada jawapan, habis ibu dicium mahupun dipeluk-peluk. Ok, Itu kalau cerita dari sudut reaksi lembut.

Kalau timbul perangai menggedik, ibu pun tak sanggup nak cerita dalam ini. Sama ada anak-anak ‘mengerjakan’ ibu atau ibu ‘dikerjakan’ anak-anak. 

Semenjak dua menjak ini juga hati saya seringkali ‘pecah’ berderai.

Kasihan dengan anak-anak yang selama ini jarang diberikan perhatian. Entah apalah yang ibu sibukkan. Deadlinelah, kerja hujung minggulah.

Pelukan Qaseh Penawar Kepenatan

Bila saja ibu dan ayah sampai depan rumah nenek, Qaseh akan mendepa tangan menjerit kegembiraan. Itu penawar kepenatan yang sukar diterjemahkan.

Zarif dan Mirza dengan kisah-kisah harian mereka. Layankan saja. Selalunya Zariflah yang paling kerap kena marah.

Hm, dari kecil sampai sekarang, manja tahap agung. Kalah Qaseh yang anak bongsu. Barangkali disebabkan sifatnya yang sukakan perhatian itulah dia jadi semacam itu.

Zarif itu ‘pelawak’ semulajadi dalam rumah kecil ini. Semakin dia membesar, nakalnya semakin berkurangan. Keprihatinannya sedikit bertambah.

Mirza juga semakin rajin membantu. Walau lelaki, dia tak segan silu tolong menyapu rumah (inilah akibatnya kalau dapat ibu pemalas sedikit.. kikiki).

belajar erti syukur

Kata ibu, anak perempuan ibu kecil lagi. Yang ada dua hero, tapi tak bermakna tak boleh buat kerja-kerja mencuci, mengemas macam orang perempuan.

Yeay! Di hujung perkhidmatan, Mirza akan sebut “Ibu.. takpe abang ikhlas!” Bermakna dia sudah merelakan membantu ibu tanpa perlu diberikan upah.

Zarif tetap mahukan upah. Sebabnya dia mahu isi tabung haji dengan jayanya. Mungkin, bila Mirza ada misi dia sedikit berkira.

Kata en Yem, Mirza simpan duit selama dua tahun mahu beli Roboquad. Robot yang bentuknya semacam Wall E. Hm, Mir… ibu pun tak segigih kamu.

Melalui Anak-anak Ibu Terus Belajar Erti Bersyukur

Waktu mula-mula kahwin dulu, saya belikan en Yem robosapien (Itulah pembelian yang pertama dan terakhir pun).

Robotnya masih elok cuma remote controlnya saja yang perlu diperbaiki. Zarif mahu robot itu bertukar tangan menjadi miliknya pula. Berkali ditanyakan bilakah hari lahirnya. 

Ibu kata, bulan 11 nanti hari lahir Zarif. Balas Zarif, “Esok tak boleh ke hari jadi Zarif ibu.” Sanggup tu sambut hari lahir awal semata-mata mahukan hadiah.

Itulah Zarif yang penuh lucu.

Mirza dan Zarif seringkali mengadu teman-temannya sudah pandai berjualan. Kadangkala kalau datang rajin ibu, ibu belikan anak-anak material untuk mereka jual.

Dulu mereka pernah menjual kapal terbang berlampu. Selepas itu, ibu tak pula rajin melayan. Insyaallah, bila anak-anak dapat kumpul modal, ibu akan fikirkan bisnes yang ‘best’ nanti.

Walaupun hati ibu ‘pecah’, anak-anak sentiasa membahagiakan. Doa ibu untuk anak-anak terus belajar hidup sebagai hamba.

belajar erti syukur
Atuk, nenek dan cucu-cucunya.

Biar setinggi manapun pangkat kita, kita tetap hamba pada Yang Esa. Dan anak-anak ini adalah pinjaman untuk menjadikan ibu terus belajar erti syukur dengan nikmat yang sementara ini. 

  • Sambil saya menulis ini, di langit malam terus berdentum dentam bunyi mercun. Sesekali bunyi semacam roket pun ada. Owh! Barulah saya ingat, masyarakat Cina mahu meraikan sambutan Cha Goh Mei. Tapi kalau ikut kalendar 5hb Mac nanti. Habis itu. Yang meletup-letup malam-malam hari ini sambutan apa ya?

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 26 Februari 2015

- ‘Rajin suamiku di dapur’ ini pun tips bahagia dengan pasangan
- Rutin kental mak, rupanya melatih sifat kepimpinan
- Duit gaji berilah mak ayah, InsyaAllah rezeki mencurah
- ‘Bersedekah tak perlu tunggu kaya’ Rahsia Sedekah

Leave a Reply

error: Content is protected !!