Bagaimana mahu memulakan bicara syahdu kehilangan entri di awal pagi ini ya? Perlukah saya menangis kesedihan?
Perlukah saya membiarkan sahaja lara hati ini menguasai emosi? Atau saya perlu mencari solusi? Mengapa begitu pilu saya bermain dengan kata-kata di pagi hari ini?
Selepas beberapa entri, barulah saya tersedar banyak entri saya sebelum ini sudah menjadi tinggalan sejarah yang sukar untuk saya jejaki isinya.
Oh! Pilunya rasa. Entri yang saya usahakan selama bertahun-tahun itu hilang kerana saya tidak begitu mahir dalam dunia berblogging.
Saya kira dengan menukar nama blog pada ruangan setting-link sudah mencukupi. Rupanya ia menuntut pengorbanan lebih dari segalanya.
Apabila saya mengambil keputusan begitu, entri sebelum ini pun sama sekali terkubur dengannya. Sayangnya terlalu banyak cerita yang telah saya kongsi untuk saya jadikan panduan diri sendiri kelak.
Jiwaku Luluh Kehilangan Entri Di Blog
Kalau ditanya peristiwa paling menyedihkan dalam dunia berblogging, inilah jawapannya. Kehilangan posting sendiri gara-gara tidak begitu celik IT. (Oh! Siapa tahu tolonglah bantu).
Sebab itulah, saya perlu lebih giat menyimpan momen-momen indah di ruangan yang baru ini. Mungkin ada hikmah yang tidak saya ketahui tentangnya. Sama ada baik atau sebaliknya, saya serahkan sahaja pada Yang Esa.
Kerana saya percaya, setiap sesuatu ada sebabnya. Sob… sob… Bukankah tidak akan bergerak sesuatu zarah itu melainkan dengan izin dan kekuasaanNya.
Pasti kesilapan itu akan memberi ruang terbaik untuk saya muhasabah diri. Buang segala riak kerana tiada yang lebih hebat melainkan Yang Esa. Saya tetap hambaNya yang perlu melaksanakan sesuatu atas perintahNya.
Pengasas Color Of Our Life
Bercakap tentang tanggungjawab ini saya teringat tentang seorang kenalan lama. Dahulu, dia junior saya semasa di blok Seroja 3, UiTM.
Anies Suzana ini antara wanita istimewa yang petah berkata-kata. Setiap butir bicaranya penuh makna malah pengisian diksinya mampu membangkitkan semangat buat jiwa-jiwa yang walang.
Beberapa hari sebelumnya, saya telah menghubunginya, menemurah Anies untuk sebuah ruangan personaliti.
Berbual lama dengannya barulah saya tahu Anies adalah pengasas Color Of Our Life (COOL) iaitu memotivasikan seseorang menggunakan terapi warna. Bermain dengan warna, ada baiknya.
Warna Menentukan Ciri Diri
Yang menarik, setiap kita mempunyai warna tertentu yang menentukan ciri-ciri diri kita sendiri. Mengenali warna diri membolehkan seseorang meningkatkan motivasi dan aura dalaman.
Ia bukan sahaja bagus untuk diri sendiri malah pasangan suami isteri serta anak-anak.
Paling utama, kenali diri untuk kita mengenali orang lain.
Kata Anies, kita tidak mampu mengawal sekeliling kita. Ia di luar kawalan (samalah dengan hilangnya entri saya sebelum ini.
Ia di luar kawalan dan batasan kemampuan saya) tapi saya masih boleh mengawal diri saya sendiri. Sama ada mahu memaki hamun diri sendiri kerana terlalu ‘bijak’ membuat keputusan atau bertindak positif dan menerima setiap sesuatu dengan tenang dan tabah.
Belajar Kawal Diri Dan Persekitaran
Justeru, belajarlah untuk mengawal diri sendiri dan dengan sendirinya persekitaran itu akan menjadi positif dan terkawal untuk kita.
Dalam bab-bab menguruskan peribadi, perkara yang baik sebegini sayang jika tidak digunakan dengan bijak. Anies yang baik hati itu juga telahpun melancarkan ebook ‘Panduan Pilih Warna Pakaian 365 Hari’.
“Dari buku ini, akak boleh tahu how to heal…what colour to wear… why should pakai kaler kaler everyday, cara mudah ringkas dengan pilih warna setiap hari dan tambah tenaga aura diri,” saya quote kata-kata Anies sewaktu kami berbual menerusi facebook.
Jika ada di kalangan pembaca yang mahu mengenali warna diri boleh saja berhubung dengan Anies di ruang facebook miliknya, Anies Suzana (Kaklong) Anies juga ada video youtube tentang dirinya.
Dia juga kendalikan seminar untuk sesiapa sahaja yang mahu kenal tentang warna diri mereka dan bagaimana menggilap potensi diri berdasarkan 7 warna ini.
Sebenarnya banyak seronoknya jika kita kenal diri sendiri. Kalau tak percaya, cubalah gali dan anda akan tahu maksud tulisan saya ini.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
berita baik! dari entri yang cikpuan tulis, dapat saya bayangkan tahap kekecewaan itu… 🙂