Headphone Bluetooth Murah Bawah RM50, Mudah Anakku Ber’Google Meet’

Headphone Bluetooth Murah Bawah RM50

Cerita yang sampai terbeli, ya memang terbeli headphone bluetooth ni bila maknya ternampak Mirza pakai earphone mur mur waktu kelas online Google Meet dia.

Rasa sebak pulak tiba-tiba. Udah le tahun ni dia nak periksa PT3 (walaupun tak tau ada ke tak tu).

Tetap hati mak rasa hiba. Berkira betul kau Netty Ah Hiyer. Makanya, mak ini pun mulalah panic buying. Minta en Yem carikan headphone bluetooth murah harga bawah RM50.

Masa tu tak terfikir pun pasal ada bluetooth ke tak.

Maklumlah.. maknya kan old skool manalah nak reti pasal gajet-gajet ni. Harapkan en Yem jelah yang arifnya.

Malam itu, mak ayah ni sama-samalah menebeng depan PC, cari headphone terbaik bluetooh murah bawah harga mampu (bawah harga mampu tau.. hahaha). Dengan syarat, kualiti yang bagus.

Over betul kan.. hahaha.

4 Tip Sebelum Beli Barang Di Lazada

Saya ni tak biasa dengan Lazada, kalau shopee tu handallah maknya. Tapi rasanya prinsip membeli online ni tetap sama.

  • Pertama : kena baca description produk betul-betul.
  • Kedua : kena baca review dari yang paling tinggi sampai paling tak puas hati tu.
  • Ketiga : klik diskaun yang kedai offer. Selagi ada amik je.
  • Keempat : tengok Lazada bagi tak diskaun, misalnya voucher penghantaran.

Ada lagi kot. Tapi empat ni asaslah.

Kalau kat shopee lak. Hati-hati dengan scammer. Kalau ada perkataan “iklan” kat gambar saya memang takkan klik atau beli.

Hati saya sejenis cuak.

Kalau di Shopee ini ada cik Shopie yang akan bantu bila ada masalah.

Dan ada juga term return and refund shopee sangat membantu user.

Okay, berbalik pada pembelian tadi. Bila dah selesai belek, maka bandingkan pula dengan headphone bluetooth yang bagus dengan harga mampu milik yang lain-lain.

Baca : Syukur itu nikmat yang perlu diinsafi

  • Beginilah kotak headphone bluetooth yang saya beli untuk anak-anak.

Maksud Barang Made In P.R.C

Dekat kotak ni dia tulis Made in P.R.C. Apa bendalah tu maknanya kan? Rupanya penjelasan mudah dia, P.R.C tu People’s Republic of China.

Dengan kata lainnya, spare part yang ada pada headphone ini terdiri daripada komponen yang original.

Bukan semua, tapi adalah satu dua yang original. Walaupun tak dibuat di kilang rasmi, tapi komponen dalam tu ada yang original.

nettyahhiyer.com

Beza antara produk original dengan original P.R.C ini juga disebabkan oleh tempat di mana produk tu dibuat.

Katanya, kualitinya juga tak jauh beza.. dan harga dengan yang asal pun tak jauh beza juga. Gituh!

  • Kata pembeli yang dah review pulak sound dia bagus.
  • Harga pun murah.
  • Seller pantas.
  • Apalagi, teruslah rembat dua ketul.
  • Sebab kalau beli dua ketul dapat diskaun lagi.

Baca : Galeri telefon penuh gambar, sudahnya kena format

Rujuk Sini Harga Headphone Bluetooth Murah Di Kedai Online

Ini detail tentang harganya masa saya beli.

UPDATE : harga semasa itu ikut kedai tu nak bagi diskaun berapa.

  • Satu RM47 (harga waktu saya beli)
  • Beli 2 – dapat penghantaran percuma.
  • Diskaun kedai : RM3
  • Total kosnya : RM91
headphone-bluetooth
  • UPDATE : (kedai ini sudah tiada di lazada. Barangkali stok sudah habis)

Seminggu Selepas Headphone Bluetooth Sampai

Bila dah settle pembelian tu. Dalam masa tiga hari dah sampai barangnya. Cepat betul. Patutlah kedai tu tip top.

Betul.. memang berbaloi beli headphone ni. Sedap bunyinya. Bluetooth dia pun laju je. Selepas seminggu penggunaan pun masih terasa berbaloi membelinya.

En Yem yang cerewet tu pun puji.

Bagusnya Headphone Bluetooth Bawah RM50

Kat sini Zarif review headphone murah tanpa wayar ni : Gaya dialah, laka-laka je.

headphone-bluetooth-anak
  • Keterangan gambar : Qaseh boleh fokus dengar cikgu cakap apa.

Nampaknya Qaseh pun berbahagia guna headphone bawah RM50 ni waktu Google Meet. Kalau tetiba dia haus nak minum, dia lari je gi dapur.

Masih dengar suara cikgu dia dalam talian.

Tak risau lah lost connection ke apa. Okaylah, panjang pulak reviewnya. Kotlah Lazada bagi free periuk ke apa.. syoklah. Eh! Tiber.

Baca : Stay tech & wellness connected with the last additions of the Realme AIoT family

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:,

Leave a Reply

error: Content is protected !!