universal-studio-singapore

Ke Universal Studio Singapore Bersama Alfio Raldo

Bercuti ke Universal Studio Singapore bersama team Leny dari Alfio Raldo awal Disember merupakan jemputan percutian membahagiakan.

Siapa yang tidak mahukan? Hilang akal andai saya menolak peluang keemasan ini. Kali ini bilangan wartawan yang turut serta lebih ramai berbanding trip ke Vietnam dahulu.

Cerita tentang trip ke Universal Studio Singapore ini pernah saya muatkan dalam majalah Mingguan Wanita bilangan 1577, keluaran Februari 2014.

Tak lama pun kami ke sana. Dua hari 1 malam saja, tapi jadualnya sudah padat dengan pelbagai acara.

Sebaik menjejak tanah seberang, tidak sah jika tiada segmen ‘mari berbelanja sampai lebam’. Ini trademark ‘Leny’ yang cukup memahami ‘kami-kami’ ini.

Memandangkan matawang di sana lebih dua kali ganda duit Malaysia, tidaklah saya berbelanja sakan. Cuci-cuci mata sahaja.

Tapi saya tak nafikan, waktu ‘sale’ menjelang hari Krismas itu barangan berjenama lebih murah sedikit harganya berbanding di negara kita.

Berjalan Keliling Orchard Road Shopping Mall

Tapi perlu bijak berbelanja. Mujurlah saya berjalan dengan wartawan majalah Nona, Ayien yang memang pandai bab-bab membeli belah barang ‘branded’ ini.

Di tambah pula dengan kak Maizan dari majalah Keluarga yang juga sekepala dengan Ayien. Tak adalah saya macam rusa masuk kampung.

Walhal saya ini, jenis asal sedap mataku memandang.

Berjenama atau tidak, bukan soal utama. Sekurang-kurangnya dapatlah berjalan-jalan keliling Orchard Road Shopping Mall yang bukan sahaja di atas tanah, dalam tanah pun boleh tersergam indah kedai-kedainya.

Sememangnya saya kagum dengan sesiapa sahaja baik pelancong Malaysia atau orang luar Singapura yang tiba-tiba boleh saja jadi baik bila masuk ke negara itu.

Kalau memandu di Malaysia bagaikan ‘lipas kudung’ masuk sahaja sempadan Singapura pemanduan terus bertukar sopan dan santun.

This image has an empty alt attribute; its file name is bercuti-ke-universal-studio-singapore5.jpg

Singapura Negara Bersih Dari Sampah

Putung rokok pun elok sahaja dibuang di tempat yang sepatutnya.

Bayangkanlah, kawasan pelacuran ‘halal’ di sana pun bersih dari sampah sarap.

Tertanya-tanyakan?
Macam mana saya boleh tahu… Syhhh… ini rahsia! Kalau tak, tak wartawanlah namanya!

Sesekali seram juga masuk ke Singapura ini. Bukan seram dengan jenayah atau apa, bimbang disaman pihak berkuasa.

Sememangnya itu antara kebimbangan orang ramai yang ada di sana. Dendanya bukan sahaja mahal, tapi pelaksanaannya membuatkan ramai orang tidak sanggup mahu melalui seksaan disaman.

Kenderaan pun bukannya boleh masuk sesuka hati.

Hanya kenderaan jenis tertentu dan ada had tahun di atas jalan raya sahaja lulus melalui jalanrayanya.

Kenderaan lebih dari 5 tahun, jangan berangan-anganlah mahu merayap-rayap di Kota Singa ini.

Lori-lori yang masuk ke situ pun hanya yang tertentu sahaja. Ia menjalankan dua fungsi sekaligus. Siang mengangkut barang, selepas itu fungsinya bertukar mengangkut orang pula.

Baca : Tanah Aina Farrah Soraya kaya sumber oksigen

Sebelum Ke Universal Studio Singapore, Singgah Marina Bay Sands

Petang itu sempat kami ke Marina Bay Sands (mahu menyaksikan Wonderful Show katanya) sebelum ke Universal Studio Singapore.

Di sana ada pertunjukan pancuran air dan pancaran laser yang cukup mengagumkan.

Walaupun cuma 15 minit, tapi berbaloi untuk lepak-lepak di atas dataran kayu pusat membeli belah bertaraf antarabangsa yang menghadap lautan.

Ada juga suara-suara teman di sebelah yang samar-samar menyebut, “Eh! Macam dekat New Yorklah.” Feeling-feeling luar negara sangat!

Sebelum menyaksikan Wonderful Show

Waktu menyaksikan ‘Wonderful Show’ ini jangan lupa, ambil tempat duduk depan-depan ya.

Supaya terasa sampai ke muka percikan airnya dan bila tayangan pelari membawa obor, terasa bahang kehangatan obor itu.

Akhirnya sampai juga kami ke Universal Studio Singapore (USS) pada hari kedua.

Kiranya, seharian jugalah di sana. Memang tak cukup waktu hendak bermain semua permainan dicampur dengan bilangan pelancong yang agak ramai.

Saya, kak Maizan, Leny dan dua orang lagi wakil dari Alfio Raldo hanya sempat bermain beberapa permainan yang ‘selamat’.

Konsep roller coaster saya tolak ke tepi. Cuma sekali sahaja tertipu dengan makhluk hijau di Far Away.

universal-studio-singapore
Barisan wartawan media cetak dan elektronik yang menyertai trip santai Alfio Raldo ke USS.

Bercuti Ke Universal Studio Singapore

Masing-masing membayangkan ia adalah persembahan magik.

Sebaik sahaja sampai sahaja di barisan hadapan, barulah kami sedar itu adalah roller coaster. Apalagi menjerit-jerit sakanlah mak-mak orang ini.

Taubat!
Selepas itu langsung kami memilih saja permainan yang berkonsepkan simulator atau menyaksikan persembahan yang mampu merehatkan seketika minda yang ‘stress’.
 
Memang tak rugi ke sana, walaupun tiketnya lebih kurang RM170 (harga waktu itu tahun 2014) sekali masuk, ianya berbaloi.

Tak rugi sebab permainannya bertaraf Hollywood.

Netty! Memangpun bertaraf Hollywood, dah sah-sah sebahagian besar tenaga kerjanya pun diimport dari sana. Heh!

universal-studio-singapore
Gambar yang cantik-cantik belaka ni, hasil tangkapan, abang Nik Ramzi Nik Hassan. Superbkan!

Game Wajib Cuba Di USS

Okay, saya cadangkan beberapa permainan untuk orang-orang dewasa yang mahu menikmati ‘mood’ santai-santai saja.

Maksudnya ‘game’ itu tak sampai membuatkan jantung anda bergegar kencang.

Antaranya,

  • simulator transformer (saya Q sampai dua kali. Persembahan 3Dnya membuatkan saya berangan menjadi Megan Fox untuk 5-10 minit itu),
  • persembahan stunt di water world (wajib tonton. Super best! Awas jangan salah memilih tempat duduk, atau anda basah lencun!),
  • panggung wayang Shrek yang penuh misteri dan merasai pengembaraan di alam Madagascar (oh! ini sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke atas).

Ini antara yang sempat saya turut serta. Hm.. tak banyak ‘game’ rupanya saya main. Hehe..

universal-studio-singapore
Posing tak hengat depan Marina Bay Sand

Sebenarnya tidak begitu sukar untuk sampai ke USS ini. Ada train, bas yang efisien perkhidmatannya.

Jika ada kewangan yang mengizinkan, bawalah keluarga ke tempat-tempat keseronokan begini. Saya yang sudah cukup tua ini pun teruja, anak-anak kecil apatah lagi.

Barangkali disebabkan kita dari kecil sudah didedahkan dengan cerita-cerita dan watak-watak kartun dari Hollywood ini membuatkan lain macam sahaja keterujaannya.

Bayangkan jika saya dedahkan anak-anak saya dengan kehebatan pahlawan-pahlawan dan pejuang-pejuang Islam mahupun kesedaran mencintai Rasulullah SAW ketika mereka masih kecil lagi.

Apabila mereka dewasa kelak, pasti gelombang keterujaan itu akan sama (malah lebih lagi) bagaikan  menelusuri USS ini.

universal-studio-singapore
Sampai lentok-lentok yang dekat belakang tu.

Diclaimer : Catatan ini bertarikh 20 Januari 2014

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis


 

2 Comments

  1. Amerjaya` April 25, 2022
    • nettyahhiyer April 25, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!