anak kedua

Sindrom Anak Kedua, Ibulah Kena Kawal Emosi 365 Hari

Kata orang anak kedua degil sifatnya. Kalau dihimpun perangai adik-beradik yang lain, perangai anak kedua paling susah hendak dikendalikan.

Saya kata, “Betullah tu.” Pengalaman bersama Zarif banyak yang memeningkan kepala. Itu fikir saya waktu dalam keadaan marah. Bab juara gaduh, Zariflah juga.
 
Pernah satu ketika, bila tiba hari cuti saya sanggup hantar anak kedua saya ini ke rumah mak semata-mata tak tahan dengan karenahnya yang kuat meragam, manja tak bertempat dan mengamuk tak tentu hala.

Betullah Sindrom Anak Kedua Tu Wujud

Kalau saya tengok kembali video Zarif waktu kecil (yang saya rakam), saya mengucap sendiri. Nakal sungguh anak saya yang satu ini. Betullah sindrom anak kedua tu wujud.
 
Seperti selalu, saya akan ambil anak-anak di rumah mak dahulu barulah saya pulang ke rumah. Hari ini saya sengaja tak masuk rumah bersama en suami.

Saya menyorok di luar rumah.

Anak-anak seperti selalu akan mengejar kepulangan kami dan berkongsi bermacam-macam cerita yang mereka lalui hari itu.

Ragam Anak Kedua

Dekat lima minit saya menyorok di balik pintu. Saya dengar anak-anak leka bercerita dengan ayahnya. Tiba-tiba saya dengar suara Zarif,
 
Ayah.. ibu mana?” En suami terus melayan cerita Mirza dan Qaseh.
 
Saya dengar pintu terkuak. Saya menyorok lagi dalam bagi anak-anak tak nampak. Pintu di tutup perlahan. Sekali lagi saya dengar suara yang sama.
 
Ayah.. ibu tak balik ke?” Tak lama pintu dibuka sekali lagi. Zarif melangkah keluar, mencari saya dengan hati yang resah. ‘Hah!’ Saya sergah ‘baby’ comel saya itu.
 
Zarif! Zarif sorang je yang tanya ibu balik ke tak? Seronoknya, Zarif memang sayang ibu sangatkan?” Tanya saya sambil memeluknya.
 
Macam selalu, Zarif budak yang tinggi egonya. Dia marah dan terus merajuk. (Saya tahu dia sebenarnya malu bila kelemahannya saya ketahui.)

komik anak kedua
Punyalah bersepah buku-buku di PBAKL 2014, akhirnya buku bola ini juga yang saya beli untuk anak-anak; untuk Mirza sebenarnya.

Sepinggan Nasi Berlaukkan Telur Dadar

Hari ini saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kesempatan menyerahkan hadiah untuk pembeli majalah mingguan wanita di kaunter ‘redeem’ saya gunakan seketika untuk mencari buku anak-anak.
 
Berjalan-jalan di tingkat 4, saya terjumpa buku-buku comel yang sesuai dengan anak-anak yang minat sungguh dengan cerita berkaitan bola. Saya tahu buku itu memang untuk Mirza.

Sebabnya, Zarif walaupun sudah masuk darjah satu, dia masih belum tahu membaca. Akhirnya, petang itu saya pun membeli tiga buah koleksi buku cerita kanak-kanak (rajawali) berkaitan bola sepak dari penerbit Ana Muslim.
 
Selepas solat maghrib di rumah mak, saya serahkan pada Zarif dan Mirza. Zarif cepat bosan dengan buku.

Baru baca isi kandungan saja, matanya sudah melilau ke sana-ke mari.

Saya pula tak ada skill mengajar anak-anak yang begini. Memang macam langit dan bumilah. Tak bersatu. Nasib baik tak jadi seteru.

Baca juga : kertas peperiksaan bm Zarif & ibu kena game

Ibu Kena Kawal Emosi Tips Tangani Anak Degil

Tak lama kemudian, mak bawa sepinggan nasi dan telur goreng. Suapkan Qaseh. Lepas itu mak suapkan pula Mirza.

Saya tunggu suapan seterusnya, mak masih tak berikan pada Zarif. Mak kata, “Pergi bawa anak makan kat dapur

Tiba-tiba saya jadi sayu. Saya tak mahu ‘syaitannirajim’ pengaruhi hati saya.

Cepat-cepat saya bawa Zarif ke dapur. Beri dia makan dan cakap “Zarif ni budak hebat tau! Abang dengan Qaseh nenek suap. Tengok… Zarif hebat makan sendiri. Zarif memang hebat.”

Tiba-tiba mak lalu sebelah saya.
 
‘Aiyo! mak dengar ke apa aku merepek kat anak aku ni?’ Bimbang mak terasa hati saya cepat-cepat ubah topik perbualan. Cerita pasal kenduri kendara pula.

Mungkin mak tahu Zarif ini memang sejenis nakkan perhatian saya. Jadi, cara itulah mak nak didik hati saya pula.
 
Zarif barangkali ada sindrom anak kedua.

Tak mahu dengar kata dan sedikit kepala angin. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini dia boleh saya percayai. Ada yang istimewa dalam dirinya.

Tapi walaupun dia ‘special’ saya tetap garang dengan dia. Sebabnya, anak kedua ini kena pandai ‘handle’ hatinya supaya bila dia besar, dia akan menawan hati kita pula.
 
Bak kata en suami. Kalau anak-anak degil, ibulah yang kena kontrol emosi.

Bila pemikiran ibu stabil, anak-anak pun jadi seimbang. Alhamdulillah, ada perubahan yang baik pada mereka berdua.

Walau bagaimanapun kami ini serba kekurangan di mana-mana sudut sekalipun kerana kami ini lemah dan sentiasa mengharap pertolongan dariNya.

Baca juga : Si perahsia zarif, akhirnya dedah akaun TikTok dekat ibu

Aksi-aksi Anakku Zarif

anak kedua
Zarif ada tulisannya yang tersendiri. Bila datang ‘mood’nya keluarlah tulisan yang macam orang Eskimo tu
anak kedua
Masa ini kenduri rumah Cik Nok. Baru sudah makan aiskrim yang atuk belanja (baju merah).
anak kedua
Macam-macam perkara bermain-main di fikiran Zarif. Super bikin ‘perkara baru’ ikut selera sendiri.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 26 April 2014.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

2 Comments

  1. Sii Nurul April 2, 2022
    • nettyahhiyer April 4, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!