moon's-kitchen

Ke Moon’s Kitchen Makan Lobster Murah

Ke Moon’s Kitchen | Ahad lepas, 22 Mei 2011 en Yem bawa kami ‘dinner’ di Moon’s Kitchen, Jalan Pandan Indah, Kuala Lumpur. Yang bestnya, malam itu en Yem cukup teruja. Sebenarnya dah dekat seminggu dua teruja pun.

Sebab kami sekeluarga akan menikmati hidangan yang paling dia teringin sangat-sangat nak makan malah dah berbulan-bulan en Yem luahkan keteringinannya yang melampau itu.

Hampir setiap hari (sebelum hari kejadian ya!) en Yem akan kata ‘bestnya kalau dapat makan lobster (udang kara). Dulu, waktu remaja, lobster tu dah jadi makanan ruji dia. Hahaha..

Apa taknya, tinggal di Felda Purun, Pahang membolehkan abang en Yem menjala udang kara dengan senang hati.

Pahang kan terkenal dengan sungai yang kaya udang galah.

Lepas menetap di Perak dan berkahwin, en Yem dah tak pernah nak merasa udang kara lagi. Uiks! Sedih plak cerita ni.

Patutnya bila cerita bab makan penceritaannya kena bersemangat dan penuh keterujaan. Betul tak?

Tapi itulah falsafah di sebalik pemergian kami anak beranak ke Moon’s Kitchen ~ en Yem orang Pahang; en Yem terkenang sungai Pahang, en Yem rindukan zaman kanak-kanak sehingga membawa keinginan ke tahap melampau, mengidam makan udang kara selama bertahun-tahun.

Dahsyat betul teori saya ni.

Pujukan Demi Pujukan Ajak Makan Lobster

Akhirnya setelah diucap berkali-kali tanpa saya sedari, saya pun turut terpesona. Setelah puas mencari dan menelaah, tercapai juga hajat en Yem menikmati udang kara yang cukup dirindui itu.

Tapi en Yem tak nak makan sendiri.

Mungkin juga en Yem tahu yang saya pun sebenarnya tak pernah merasa apatah lagi melihat dengan mata kepala sendiri betapa enak dan besarnya udang kara itu.

Sebolehnya en Yem pujuk saya selama berhari-hari agar saya bersetuju dengan cadangannya untuk dinner bersama lobster.

Sebenarnya bukan saya gerun dengan lobster atau alah makan seafood, tapi aku alah bila keluar makan di restoran dengan anak-anak.

Sesungguhnya Mirza dan Zarif amat menduga kesabaran apabila berada di meja makan kedai makan.

Terlalu banyak kenangan ‘tak best’ yang telah aku lalui sebelum ini. Anak-anak sayalah satu-satunya kanak-kanak kecil yang berjaya menterbalikkan meja makan sampai bersepai gelas kaca di gerai kecil dekat Saujana Utama.

Seb baik toke kedai menolak bila kami mahu membayar ganti rugi, malu jangan cerita ya.

Anak-anak saya jugalah yang telah meronta-ronta tanpa alasan yang kukuh sewaktu makan di sebuah restoran mamak di Taman Tun Dr Ismail sehingga melayang kasutnya lalu masuk ke dalam sebekas tray kari daging yang masih berasap-asap itu.

Saya malu tapi dah hampir terbiasa.

Kenangan-kenangan itu membuatkan saya amat berbelah bagi malah lebih rela menapau makanan untuk kami meratahnya sahaja di rumah.

Ternyata mereka cukup bersopan dan disiplin sekali bila makan di meja makan rumah kami.

Saya pun tak tahulah kenapa bila kami makan di luar, anak-anak saya boleh berubah laku.

Adakah kerana dia mahu memberitahu pada orang ramai yang mak ayah diaorang ni rajin ya amat membawa mereka makan di luar atau sengaja mahu menguji kesabaran kami.

Entahlah… (saya rasa saya patut rakamlah aksi diaorang ni…barulah bila besar dema ni sedor skit..ekekeke).

moon's-kitchen

Sampai Juga Hajat Ke Moon’s Kitchen

Setelah ditolak, campur dan bahagi, saya setuju jugalah dengan rancangan en Yem ke Moon’s Kitchen. Lagipun bukan saya kena keluar sesen duit pun.

Cuma duduk dan bertahan dengan perangai anak-anak saya yang ‘special’ itu.

Betullah pun, sampai di Moon’ Kitchen dua beradik dah tak boleh duduk diam. Sampai saya tengok family Cina kat sebelah meja kami, sekejap-sekejap pandang ke arah meja kami.

Tak pe saya dah biasa dengan semua itu. So, tak de hal. Saya terus bersabar demi nak makan lobster yang didamba en Yem itu.

Dalam lima minit kami duduk di meja makan, isteri toke kedai, Lin datang menyapa. Tak lama lepas itu, kami dihidangkan salad. Oh… oh… dia sudah mula… Zarif nak main pisau yang tajam itu pulak… ah sudah, bertekak sekejap dengan Zarif. Dia merajuk yang bukan kecil-kecil ya… Mirza pun sama, aduh… menjerit sudah… darah saya sudah menyirap, en Yem jadi mangsa… huhuhu.

nettyahhiyer.com

Saya kata, lain kali kalau nak bawa saya menikmati makanan macam ni kita gi berdua je. Budak-budak tinggal dengan nenek.

Titik!

Keraskan bunyinya… sabar…cerita tak habis lagi ni.

moon's-kitchen

Tak lama lepas itu, Lin datang lagi bawa sup tak tahulah namanya, tapi rasa creamy dan masam-masam tomato yang bersatu tu membuatkan sup ni rasa enak sekali.

Zarif & Mirza tak layan sup ni, tapi saya dah habiskan satu mangkuk.

Hmm… budak-budak ni lidah Melayu, tak layan taste-taste western omputih ni…huhuhu.

moon's-kitchen

Sampai Tak Reti Nak Sebut Nama Menu Udang Galah Ni

Tak lama lepas itu, Lin hidang pula ‘Half Grilled Lobster Thermidor with Lemon Garlic Hollandaise and Argentinean Ribeye‘ (nama ni pun saya ambil dari fb Moon’s Kitchen) Nanti kome tengoklah sendiri camane rupanya dalam gambar atas ni.)

Yang ini memang ‘mabelous’ sampai saya bisik kat en Yem, ni kalau kat rumah nih dah lama kaki-kaki udang kara tu selamat dikerjakan.

Malu kat orang punya pasal, kami makanlah macam ala-ala orang kaya makan. Berhemah sungguh rasanya.

Masa ini Zarif dan Mirza dah boleh makan udang kara, jadi tahap ke’hero’an diaorang pun dah berkurangan. Dapatlah saya makan dengan tenang.

Alhamdulillah, so kata-kata agar bawa saya sorang-sorang makan tu saya tarik balik ya. Rasanya lepas ini dah boleh kot handle budak-budak ni… cuma perlukan sedikit skill dan lebih-lebihkan kesabaran. (Harap aku boleh bertahan ya!)
 
Pastu kami order jugalah french fries sebab budak-budak ni tak berapa nak menikmati lauk-pauk itu.

Lega saya bila budak berdua tu senyap je meratap french fries tu… oh terlupa sebelum itu kami dapat juga makan creamy mussel yang enak di Moon’s Kitchen ini.

Dalam lima minit kami duduk di meja makan, isteri toke kedai, Lin datang menyapa. Tak lama lepas itu, kami dihidangkan salad. Oh… oh… dia sudah mula… Zarif nak main pisau yang tajam itu pulak… ah sudah, bertekak sekejap dengan Zarif. Dia merajuk yang bukan kecil-kecil ya… Mirza pun sama, aduh… menjerit sudah… darah saya sudah menyirap, en Yem jadi mangsa… huhuhu.

Sambung semula ya, hidangan seterusnya payah benar lidah saya nak menyebutnya. Kome bacalah sendiri ya: Half Lobster Thermidor with Spinach Fettucine Aglio e Olio Peperoncino.

Kata Lin, isi udang itu dimasak dengan keju kemudian dibakar. Saya rasa sesudu, Fuh! Sedappppp…sangat-sangat. Tapi masa ini perut kami dah betul-betul kenyang dan tak larat nak masuk apa-apa lagi dah.

Baca : Hatiku tertinggal di Kota Kinabalu, Negeri Di Bawah Bayu

Tersandar Kekenyangan, Bawa Balik Pun Masih Besar Lobsternya

Bayanglah berapa banyak hidangan dah kami makan. Budak-budak tu bukan makan sangat masakan macam ni pun (dah lebih dua kali saya cakap benda nikan…) Sudahnya kami tapau.

Dalam perjalanan balik itu, saya terfikir. Kalau bawa balik rumah, pasti esok pagi baru kami makan; panaskan dalam microwave… hmmmm…dah tak sedap. “Apa kata kita bagi mak dengan abah bang..”.

Cadangan saya en Yem terima. en Yem pun drive ke arah rumah mak dan syukurlah mak masih belum tidur. Waktu saya beri kat emak, saya perhati mak terus buka dan makan lobster yang besar itu.

Saya tahu mak suka sebab mak ni kalau yang dia tak suka mesti dia cam jual mahal sikit. Yang ni terus bawa ke dapur letak atas pinggan dan makan.

Yeay! Saya suka bila mak suka.

Alhamdulillah, tercapailah sudah hajat en Yem mahu makan lobster. Saya pun dapat tumpang sekali. Syukur kerana kami masih diberi rezeki dan nikmat untuk merasai makanan yang lazat itu.

Manfaat Air Yang Dibacakan Ayat Al-Quran

Tiba-tiba saya teringat kisah mengenai kajian yang dijalankan di Jepun tentang air yang dibacakan ayat suci al-Quran membentuk molekul seakan bintang/berlian bercahaya berbanding air yang diperdengarkan dengan muzik heavy metal.

Bayangkan jika air itu (yang bercahaya ya) diminum dan memasuki tubuh kita. Bukankah dalam tubuh kita pun 70 peratus adalah air.

Bayangkan ya, setiap kali hendak minum, hendak masak nasi, hendak membasuh sayuran dan sebagainya dan kita menyebut ‘bismillahhirrahmannirrahim‘.

Dan air itu akan melalui saluran darah kita, subhanallah…pasti bercahaya-cahaya tubuh kita. Islam dan sains itu amat saling berkait.

Keimanan dan kefahaman juga menjadi semakin kukuh dengan adanya bukti saintifik sebegini. Dan akhirnya, pengkaji Jepun itupun memeluk agama Islam. Subhanallah.

Baca : Nostalgia rumah kayu berdindingkan papan lapis

Ini Yang Menarik Di Moon’s Kitchen

Sesuatu yang menarik tentang Moon’s Kitchen.

  • Kedai makan ini sebenarnya biasa-biasa je, kalau orang tak tahu ingat kedai makan biasa sebab kelilingnya gerai jual nasi campur, roti canai dan sebagainya… yalah lauk pauk Malaysia.
  • Tapi yang bestnya, makanan di sini dihidang dengan gaya yang tersendiri; ada yang dalam pinggan sizzling tapi makanan western dan lain-lain. Persembahan hidangannya memang taraf lima bintang.
  • Dan yang paling penting sekali, rasa makanannya tersangatlah bertaraf lima bintang. Terima kasih Chef Bob sebab berjaya menyajikan kami dengan makanan yang sedap sekali.
  • Harga untuk hidangan lobster plus air cincau special plus french fries yang yummy itu juga cukup berbaloi. Lebih-lebih lagi bila diukur dengan saiz lobster yang mencecah ke 1.5 kilogram (RMnya jauh dari jangkaan awal kami…alhamdulillah, semoga murah rezeki).
  • Bonus lain adalah, kebersihan Moon’s Kitchen ni tip top.
  • Rupanya kedai makan Lin ni dah beroperasi lebih 10 tahun.

Moon’s Kitchen Sudah Beroperasi Di Restoran

Kini, Moon’s Kitchen sudah pun beroperasi di restoran. Terbaru adalah saya singgah makan di sana. Cuma tidaklah makan lobster. Kami makan biasa-biasa saja.

Kebetulan en Yem repair komputer Chef Bob. Itu yang singgah sana hantar komputer, makan sekali. Cuma nasihat saya, kalau nak makan di restoran Moon’s Kitchen ini lebih baik buat tempahan awal.

Bersusun kau orang nak masuk makan. Cuma lepas PKP ini tak taulah macam mana. Sebab tak lagi makan di sana.

Ini alamat barunya :

  • Moon’s Kitchen, Putra Heights, 42A, Jalan Putra Mahkota 7/6a, Putra Point Commercial Centre, 47650 Subang Jaya, Selangor

Tetap, kualiti rasanya terbaik dan sama sedap macam yang pernah kami nikmati dulu.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

4 Comments

  1. cek chun May 28, 2011
  2. sHutDoWN September 22, 2013
  3. Unknown September 26, 2014
  4. Netty Ah Hiyer October 1, 2014

Leave a Reply

error: Content is protected !!