Satu masa tu Highway Temiang Pantai ini pernah viral satu Malaysia. Disebabkan view nya yang cantik macam dekat New Zealand.
MasyaAllah cantik pemandangannya. Bergunung-ganang sekelilingnya. Bila mana secara tak sengaja terlalu di Temiang Highway Negeri Sembilan ini.
Sampailah en Yem kata, “inilah highway Temiang viral tu. Orang ramai sanggup berhenti tepi ambil gambar dan video.”
Saya pun, terkesima dan cepat-cepat ambil gambar dan buat video sama. Hahaha.. kengkonon nak ‘done into scene’ lah tu. Tapi kan sekarang dah ada larangan berhenti di tepi highway jalan Temiang Pantai tu.
Kalau berani jugak, alamat kena samanlah dengan pak polisi. Makanya, cuma dapat sekeping dua sajalah gambar dan video Highway Temiang Pantai yang berjaya disnap.
Sekurang-kurangnya adalah juga kenangan untuk diceritakan di blog. Yang saya, pernah lalu Temiang Highway viral ini.
Ke Tempat Kenduri Lalu Highway Temiang-Pantai
Tujuan asal ke Negeri Sembilan tu sebab nak memenuhi jemputan jiran saya, Ina Mohd Som ke majlis kenduri di rumah ibunya di Jelebu. En Yem guna Google Map untuk ke Simpang Durian, Jelebu.
Nak masuk Pantai itulah termasuknya Highway Temiang Pantai.
Teringat kata-kata sorang kawan dekat majlis Ina. “Inilah satu-satunya highway yang nama Pantai tapi tak ada pantai.” Sungguhlah kan.. kiri kanan pepokok sesaja.
Bukan sebarang pokok tau, tapi ada pokok bakau. Kongsi abang Ina, dulu-dulu memang kawasan laut dan ada pantai.
Sebab itulah, pokok-pokoknya ada jenis paya bakau.
Highway Temiang Pantai ini panjangnya lebih kurang 8km ke 12km. Jalan pintas dari Kampung Temiang ke Kampung Pantai. Saya guna lebuhraya LEKAS itu yang berjumpa Jalan Temiang Pantai ini untuk ke Jelebu.
Selepas menempuh highway Temiang Pantai yang cantik itu, maka bermulalah episod melalui jalan Negeri Sembilan yang berliku. Hahaha.. berpusing-pusing kau.
Kalau tak berpusing, tak sah ya. Saya kira itu pun trademark Negeri Sembilan.
Unik sungguh.
Baca juga : Rentas negeri, jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh
Cuma disebabkan sekarang musim hujan, kena berjaga-jaga sedikit dengan beberapa spot yang ada tanda tanah runtuh. Janganlah bawa laju-laju.
Selepas itu kan melalui jalan kampung dekat Pantai. Haa. nikmatilah pemandangan cantik di sepanjang melalui kampung-kampung sebelum sampai Jelebu.
MasyaAllah jatuh hati betul dibuatnya.
Beli Ole-ole On The Way Balik Lalu Temiang Highway
Waktu hendak balik dari rumah kenduri itu, niatnya nak lalu jalan lain.
Tapi disebabkan seronok dengan suasana dan pemandangan alam semulajadi dekat sepanjang kampung-kampung menghala ke jalan Temiang Pantai tu, kitaorang ikut jalan yang sama.
Adalah nampak gerai roti boom tempayan. Tapi tak pulak suruh en Yem berhenti kat situ.
Rupanya itu gerai sepupu, mantan editor Rasa, Kak Yati Rahim. Tak mengapalah, kalau ada rezeki melalui highway Temiang Pantai bolehlah singgah.
Baca juga : Makan-makan di kebun dalam suasana renyai hujan
Cuma, ada satu gerai jual bahulu di tepi jalan. Dan kitaorang berhenti dekat situ. Sebab mak nampak durian dekat sebelah gerai itu. Hajatnya nak beli durian untuk mak buat tempoyak.
Sudahnya, saya yang buatkan tempoyak untuk mak. Tak tahulah mak dah makan ke belum itu. Hahaha.
Gerai bahulu itu dia masak panas-panas dekat situ. Boleh pilih mana kita nak. Anggaran 40 biji (ini saya ingat-ingat lupa tau) dalam RM20.
Lucunya, masa membeli memang kena kira kuat-kuat. Sebab boleh terlupa.
Mak Fokus Kira Bahulu
Macam mak, dah dekat 30 biji bolehnya dia lupa. Hahaha.. terpaksa keluarkan kira balik.
Saya pulak, masa tengah kira dalam hati tu memang fokus mengira sajalah. Sampai mak tanya pun saya tak hirau. Habis kira, barulah dapat melayan cakap mak.
Saya suka bahulu yang agak garing. Sebab bila dimakan panas-panas, luarnya crunchy, dalamnya lembut.
Baca juga : Jerung Char Kuey Teow sedap di Penang & Perlis
Dulu, arwah wakTi dan adik-beradik abah memang gemar buat bahulu. Sedap betul bila masa dibakar itu. Mak pun pernah ada juga acuan tembaga untuk bakar kuih bahulu tu.
Sekarang tak buatlah bak kata mak ‘susah nak kemblok’. Maklumlah dulu mana guna mixer. Pukul dalam tempayan pasu tu guna batang kayu yang ada spring tu. Jenuh!
Tapi hasilnya sedap betul.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis