belajar-matematik-dengan-game-online-calculatorsorg

Mudahnya Belajar Matematik Dengan Game Online Calculators.org

Jangan tak tahu dengan bermain game online, anak-anak boleh belajar matematik dan logik dengan mudah. Malah, pengalaman menyeronokkan.

Orang kata kalau nak mahir matematik, kena selalu berlatih. Betullah itu kan. Kena ada buku kerja matematik dan selalu buat latihan. Sebab nak asah skill matematik itu biar berkembang.

Cuma budak-budak ini kan nak bagi fokus lama-lama dekat buku kerja itu tidaklah mudah sebenarnya. Ada saja gangguan yang buatkan anak-anak hilang fokus.

Sebagai alternatif, boleh saja mencuba ajak anak bermain game online Calculators.org. Menarik betul website ini, bukan sekadar port main game. Malah, belajar matematik dengan cara menyeronokkan.

Sesuailah dengan namanya ‘Math & Logic Games : Have Fun Learning Math

Belajar Matematik Di Math Games Calculators.org

Tak perlu lagi nak bawa anak-anak ke arked permainan video sebaliknya boleh saja bermain video arked secara online tanpa download malah secara percuma.

Kata mudahnya, dapat belajar matematik dengan seronok.

Ini yang menarik : Pada segmen Games anak-anak boleh mencuba permainan game operasi TAMBAH, TOLAK, DARAB dan BAHAGI.

Ada lebih 54 jenis permainan game online yang menarik. Dan setiap permainan diberikan ranking atau tahap kesukaran. Jadi, anak-anak boleh pilih ikut kemampuan masing-masing.

Saya kira, kalau nak main sesama anak-anak pun menarik. Kemudian, bolehlah tawarkan hadiah siapa jawab paling pantas atau siapa paling banyak betul.

Dalam pada bermain tu, boleh belajar matematik sama. Antara permainan yang ditawarkan dalam segmen ini adalah :

  • Math Boy
  • SignalGameTrue Number Operator
  • Crazy Math Game
  • Quick Math Practice – ini antara game yang sukar. Tahap difficultynya 8 bintang.
  • Math Test
  • Math Speed – ini game paling mudah. Tahap difficultynya 1 bintang.
  • Kids Math Quiz
  • Educational Math 4 Kids
  • Math For Kids Game
  • Multiple Choice Math Quiz
  • Arithmetic Game
  • The Operator
  • Memory Math
  • Math Plus Puzzle
  • Math Pop
  • Math Balls
belajar-matematik-dengan-game-online-kanak-kanak

Seronok Qaseh Belajar Matematik Dengan Math Speed

Nama saja game math speed, tapi ini antara game yang tahap kesukarannya paling rendah. Ada operasi tambah, tolak, bahagi dan darah yang Qaseh boleh cuba.

Setiap operasi math itu diberikan masa beberapa saat untuk menjawab.

Sekiranya, dalam tempoh masa yang diberikan gagal memberikan jawapan. Markah tidak akan dikira. Sesuai untuk anak-anak belajar mencongak dengan laju.

Mudah pun mudah, sebab boleh terus buka website game ini dan main di situ. Percuma pula.

Kalau main banyak kali, mahu mahir mengira budak Qaseh ini. Permainan ini basic sahaja. Cukup bagus untuk menajamkan skill mencongak laju anak-anak.

Baca : Seronoknya belajar matematik di Math Monkey Malaysia

Arked Game Online Yang Lebih Menarik

Selain belajar matematik di Math Games, anak-anak juga boleh menerokai arked permainan game online di Free Online Games for Kids : Student Game Arcade.

Terbahagi kepada dua bahagian permainan game online yang menyeronokkan. Iaitu Educational Games dan Additional Games. Kesemua 18 permainan online belajar matematik di Calculators.org ini boleh terus dicuba tanpa perlu install aplikasi.

Menarikkan, tentunya tiada iklan pelik-pelik yang akan keluar sewaktu anak bermain dalam masa sama belajar matematik.

Belajar Matematik Melalui Permainan Educational Games

  • Math Games – dalam ini ada operasi tambah, tolak, bahagi, darab ditambah dengan beberapa permainan logik asas matematik.
  • Word Games – teka silang kata, cari ayat, susun perkataan dan sebagainya.
  • Games for Preschoolers – permainan online asas untuk anak-anak kecil.
  • Quiz Games – belajar sains dan topik berkaitan secara kuiz online percuma.
  • Puzzle Games – menyelesaikan teka teki dengan gambar.
  • Logic Games – game online menyelesaikan masalah secara logik dan termasuk permainan online logik matematik.
  • Memory Games – Betulkan susunan dan mengingat kad tersembunyi.
  • Health Games – mengenalpasti makanan, menghalang penyebaran virus, memperbaiki kesihatan alam sekitar melalui kitar semula.
  • Physics Game – platform permainan online sains dan fizik.
  • Music Games – Bermain instrumen seperti drum atau piano.

Selain game yang memfokuskan pada pembelajaran, anak-anak juga boleh bermain permainan popular lain yang menyeronokkan di Additional Games.

Dalam segmen ini ada Holiday Games, Classic Kids Games, Board Games, Art Games, Arcade Games, Sport Games, Free Game Sitemap dan Card Games.

Baca : Habit semua nak buat sendiri, penat tapi bahagia

belajar-matematik

Game Online Kenangan Zaman Kanak-kanak

Ada juga beberapa permainan game yang ada di Calculators.org ini yang mengimbas nostalgia zaman kanak-kanak. Misalnya, kalau dulu disebut dam ular.

Baling dadu dan gerakkan dam ikut nombor dadu yang kita lempar itu. Kalau kena kat kepala ular tu, walau nombor dah tinggi terpaksalah turun semula. Kalau dapat kat tangga, untung besar.

Sebab boleh naik tanpa lempar dadu.

Haa.. dalam ini pun ada game semacam itu. Nama permainan online itu Chutes and Ladder dan Snakes and Ladders. Sesekali nak perkenalkan pada anak-anak pula.

Cuma ini lebih interaktiflah. Sebab boleh tekan-tekan button atau klik mouse saja. Tentunya lagi seronok sebab bergerak-gerakkan. Anak-anak lebih berimaginasi nanti.

Ini tips bermain game online : Apa pun dalam memperkenalkan permainan online kepada anak-anak, mak ayah perlu juga meletakkan panduan dan tetapan masa semasa bermain.

Misalnya bermain game online semasa cuti sekolah sahaja dan seumpamanya.

Memang tak dinafikan dalam zaman anak-anak terlalu advance gajet ini tidak mudah untuk melakukannya. Namun, jika dapat melakukannya itu lebih baik lagi.

Sekarang ini segalanya lebih mudah. Semua di hujung jari saja.

Tags:

5 Comments

  1. Myzan August 31, 2022
  2. Sofian August 31, 2022
  3. azni September 1, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!