Mingguan Wanita dari tabloid bertukar majalah | Setiap hari, kalau saya bawa bekal makanan ke tempat kerja di Mingguan Wanita pasti saya tak lupa menjerit nama Kak Pah.
Manja-manja saya melaung nama Kak Pah tanya dia sudah sarapan atau belum. Paling tidak, saya bertanya tentang makanan tengaharinya.
Kak Pah itu penolong editor Mingguan Wanita. Nama penuhnya, Siti Arfah Abdul. Dia orang lama yang banyak pengalaman.
Antara individu terawal yang membentuk majalah Mingguan Wanita bersama Kak Sri Diah dan teamnya (ketika itu).
Khamis lalu, saya bawakan lontong dan ungkep yang dipesan teman meja sebelah Zaiton.
Katanya mahu buat shooting resipi Hari Raya. Dia minta mak saya masakkan. Sebabnya tempohari saya ada bawakan lontong dan kuah lemak waktu sarapan.
Sedap Dan Lembut Lontong Emak
Kata kawan-kawan lontong mak saya sedap, lembut dan cantik warnanya. Sebab itulah Zaiton mahu emak saya buatkan lontong yang sama. Cuma lauknya ditukar kepada ayam masak ungkep.
Bila emak tahu lontong air tangannya mahu diambil gambar, emak jadi seronok. Saya pesan lima batang tapi punyalah seronok emak masak lebih siap tumiskan sambal udang.
Dapatlah saya bawa lebih untuk dijamu kepada kawan-kawan.
- Bersama Kak Mirie (Penolong Editor majalah Keluarga), Zaila (Sinar Harian), Kak Pah dan saya.
Kak Pah Kongsi Sejarah Mingguan Wanita
Tengahari itu, saya panggil Kak Pah mahu beri rasa pula lauk ikan patin tempoyak yang saya bawa untuk makan tengahari. Sejak GST ini saya sebenarnya lebih senang bawa bekal sendiri.
Tak adalah nak membazir duit bayar 6% tu ke kerajaan. Rasa tak berbaloi pun ada.
Dalam pada menikmati lontong berkuahkan ungkep dan sambal udang, Kak Pah yang seronok menghirup kuah ikan patin tempoyak mula bercerita tentang sejarah pembikinan Mingguan Wanita.
Kata kak Pah, Mingguan Wanita ini dulu asalnya bersaiz tabloid.
nettyahhiyer.com
Waktu kak Nuri menjadi editor Mingguan Wanita, majalah ini sudah bersaiz sebagaimana sekarang. Contentnya yang diperbaharui menjadi kegemaran ramai.
Sekarang majalah Mingguan Wanita pun sudah tidak dicetak lagi. Dek penangan PKP dan pandemik Covid-19 sekitar tahun 2021.
Tetapi, contentnya sudah berubah ke arah online iaitu majalah digital yang lebih mudah diakses oleh semua orang.
UPDATE : Ini adalah cerita yang dikongsi dari blogspot. Tarikh saya menulis artikel ini tak dapat saya nak recall. Tak lama selepas saya berhenti kerja, Kak Pah dijemput Ilahi. Kerana kanser arwah Kak Pah pergi. Al Fatihah.. semoga Allahyarham Siti Arfah Abdul ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis