Jadual perjalanan PLUS 2022 (TTA) untuk elak kesesakan balik kampung beraya | Minggu ini saya kira dah ramai yang plan nak balik kampung.
Maklumlah 1 Mei tu kan cuti Hari Pekerja yang jatuh hari Ahad.
Bermakna Isnin, 2 Mei itu cuti Hari Pekerja. Mesti ramai pakat balik kampung beraya waktu-waktu puncak itu. Tak boleh imagine dia punya sesak macam mana. Lagi dah 2 tahun tak balik beraya.
Nak elak kesesakan boleh ikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory – TTA ) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar musim perayaan Aidilfitri yang PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ini cadangkan.
Ini bagi perjalanan di Lebuh Raya bermula 29 April hingga 9 Mei 2022 nanti.
Kenapa PLUS Cadangkan Jadual Waktu Perjalanan Balik Kampung Ini
Kongsi PLUS, tujuannya :
- Untuk mengagihkan trafik.
- Elakkan kesesakan daripada semua kenderaan memasuki lebuh raya secara serentak. Lagi-lagi dekat laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat (R&R)
TTA ini bukan saja-saja dicadangkan tau. Tapi PLUS dah kaji pola perjalanan trafik ikut musim perayaan dan cuti panjang yang lalu.
Mudah, insyaAllah dengan panduan yang PLUS sediakan ini. Bayangkan akan ada lebih 2 juta kenderaan akan memasuki Lebuhraya Itara-Selatan nanti.
Macam saya akan balik ke Lenggong, Perak. Kalau hari tak jammed tu ikut pemanduan en Yem, dapatlah sampai selepas 5 jam.
Kalau sesak tu dalam 8 jam. Mohon doakan kami dapatlah elak kesesakan tahun ini. Amin.
Guna Aplikasi Ini Untuk Elak Kesesakan
- Download Aplikasi PLUS
- Muat turun Aplikasi Waze
- Download Google Map
Downloadlah mana yang selesa dan sesuai untuk anda. Boleh tengok trafik dan estimated time of arrival (ETA) sampai ke kampung.
Baca : Cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank
Cara Guna Jadual Perjalanan PLUS 2022 (TTA) Balik Kampung Beraya
Jadual Balik Kampung Beraya Pada 29 April Hingga 2 Mei 2022
- Dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor – masuklah ke lebuh raya lebih awal sebelum jam 10 pagi.
- Yang ke lokasi lebih dekat atau ke negeri-negeri lain – masuk ke lebuh raya selepas jam 1 petang.
Jadual Perjalanan PLUS Pulang Ke Bandar Pada 5 Mei – 9 Mei 2022
- Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri – masuklah lebuh raya sebelum jam 9 pagi.
Baca : Senarai ATM Maybank boleh tukar duit raya 2022
Jika Enggan Ikut TTA, Ini Yang Akan Terjadi :
- Ikut pola trafik perjalanan balik dari Utara ke Lembah Klang jadi lagi panjang kalau tak ikut TTA yang dicadangkan.
- Boleh cecah 10 jam atau dua kali ganda panjang masa tu. (Kalau masuk highway lepas 9 pagi)
- Manakala dari Selatan ke Lembah Klang boleh mencecah 7 jam atau dua kali ganda lamanya atas jalan raya.
Nasihat PLUS
- Patuhi peraturan lalulintas.
- Memandulah secara berhemah, bukannya main ikut suka potong Q memandu di lorong kecemasan walaupun tak sesak sangat.
- Pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik. Pergilah buat servis kenderaan dulu sebelum balik kampung ya.
Semoga sampai ke destinasi kampung halaman dengan selamat dan dapatlah meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga tersayang.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis