Jerung Char Kuey Teow tersedap di Penang dan Perlis. Haa.. kalau singgah ke dua negeri ini rugi tak jejak restoran Jerung Char Koey Teow.
Restoran char kuetiau yang menjadi tumpuan masyarakat setempat malah orang luar juga. Bukan sekadar berkongsi keenakan rasa char koay teow sedap. Malah, sos char kuey teow nya juga diakui sedap oleh pelanggan.
Di Jerung Char Kuey Teow, pelanggan boleh menikmati masakan char kuetiau dengan lamb grill. Padu teruks dah ni.
Menariknya lagi, di restoran ini menghargai para pelanggannya dengan pelbagai cabutan bertuah malah contest yang membolehkan pelanggan memenangi wang tunai.
Sudahlah dapat makan sedap, dapat hadiah lagi.
Terima Kunjungan Selebriti
Bukan saja pelanggan setempat datang untuk menikmati keenakan char kuetiau nya yang istimewa. Jerung Char Kuey Teow Penang atau nama ringkasnya JCKT Penang ini menjadi tumpuan pelanggan dari luar Pulau Pinang juga.
Antaranya Johor, Selangor, Kelantan dan macam-macam lagi. ’Ramai customer yang mengaku, datang hasil selepas google.’ ini diakui oleh Jerung Char Koey Teow Penang sendiri.
Malah, selebriti terkenal pun dah merasa kesedapan Jerung Char Koay Teow ni. Pelakon dan pengacara, Serina Chef Wan pun dah pernah sampai.
Begitu juga dengan pendakwah tersohor, Ustaz Abdullah Khairi dan pemain bola sepak Pulau Pinang, Zafuan Azeman.
Baca juga : Masak sambal udang petai kayangan yang mudah
Nanti Ambil Char Koay Teow, Tuanku Nak Ronda Kawasan Dulu
Lebih uniknya, Jerung Char Kuey Teow ini juga mendapat perhatian daripada golongan istana. Apabila Tuanku sudi mencemar duli untuk merasai keistimewaan char kuetiau Jerung ini.
Teruja baca perkongsian JCKT Perlis. Mereka tidak tahu bahawa sebuah kereta yang di ‘escort’ kenderaan polis yang berhenti betul-betul di depan JCKT Perlis adalah milik Tuanku Raja Perlis.
Pengiring yang menempah memaklumkan, “Nanti kami mai ambil char koay teow sebab Tuanku nak ronda kawasan dulu.”
Tentunya, momen itu menjadi kenangan manis buat JCKT Perlis sendiri.
Apa Istimewanya Jerung Char Kuey Teow Hingga Digemari Ramai
Daripada maklumbalas pelanggan, anaknya yang memang tak makan char koay teow di tempat lain. Tetapi tak boleh menolak keinginan untuk menikmati char kue tiau di Jerung Char Kuey Teow ini.
Sebabnya, masakan di JCKT baik di Penang atau Perlis ini ada rasa tersendiri yang digemari pelanggan. “Ramai yang suka dan kata sedap.”
Apa lagi bukti yang diperlukan. Kerana, maklumbalas pelanggan ini sudah pastinya membuatkan hati melonjak-lonjak mahu merasa.
Di JCKT Penang misalnya, terkenal dengan sambal nasi lemak yang mengimbau nostalgia.
“Persis sambal air tangan mak-mak zaman dulu.” Kata ramai pelanggan yang dah mencuba. Mana tidaknya, menurut pemilik Puan Salnita, resipi sambal ini diperoleh daripada kakak iparnya.
Ini paling saya suka. Restoran Jerung Char Kuey teow ini dah dikenali di kalangan pelanggannya dengan SERVIS YANG CEPAT.
Haa.. kita kan bila nak makan dekat mana-mana tempat, servis yang cepat tu pun jadi satu kemestian. Malah, boleh mempengaruhi mood nak menikmati makanan juga sebenarnya. Betulkan!
Rahsia Kualiti Rasa Jadi Jaminan Kepada Pelanggan
Orang kata kesedapan char kuey teow basah ini terletak pada sos char kuey teownya. Sebab itulah, ada peniaga yang sanggup masak sos lebih dari 12 jam sebab nak dapatkan rasa yang power itu.
Sama macam JCKT ini, sos char kuey teow adalah keutamaan dan menjadi resepi rahsia yang menyebabkan pelanggan suka.
Bahan mentah yang digunakan pun segar.
“Barulah rasa tu tak lari.”
“Resepi sos char koay teow kami dapat daripada anak saudara suami dan telah diolah sedikit oleh suami supaya rasa lebih baik dan sedap..” Gitu rahsia sedapnya.
Baca juga : Cara buat kuetiau goreng simple untuk beginner
Di Mana Nak Merasa Keenakan JCKT ini?
JCKT ini ada di Penang, dan cawangannya di Perlis
Jerung Char Kuey Teow Penang
Lokasi : Di Jalan Lengkok Kelicap, Mutiara Perdana, Bayan Lepas, 11900, Pulau Pinang, Bayan Lepas, Malaysia.
- Menawarkan pelbagai jenis char koay teow ( ada bubuh ketam, kambing, chicken chop di atas char koay teow)
- Nasi lemak ayam, nasi lemak chicken chop, nasi lemak kambing, nasi lemak superman (ayam+udang)
- Makanan western pula seperti kentang goreng, chicken chop dan lamb chop.
Top Menu Pilihan Pelanggan : Char Koay Teow dan Nasi Lemak Ayam.
Cawangan Jerung Char Kuey Teow Perlis
Lokasi : Di Jalan Behor Temak, Kangar, Perlis
- Menawarkan aneka char koay teow (sama seperti di Pulau Pinang)
- Nasi goreng udang, Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Ayam Goreng dan Nasi Goreng Kambing.
- Untuk makanan Western sama juga dengan di Penang.
Top Menu Pilihan Pelanggan : Char Koay Teow dan Nasi Goreng Udang.
Nak bagi ampa semua tak compius, kena ingat ini :
- Yang membezakan dua restoran ini adalah nasi lemak dan nasi goreng
Waktu Operasi
- Setiap hari kecuali hari Isnin, 5.30 petang hingga 12.00 malam.
Sejarah Nama Jerung Char Koay Teow
Mesti ada yang tertanya-tanya kan, kenapa pula Jerung? Menurut pemiliknya, nama Jerung Char Kuey Teow ini daripada seorang usahawan yang menjadi mentor Puan Salnita dan suami.
Mentor itu selalu sebut perkataan ‘Jerung’. Dari situ timbul idea untuk jenama ‘Jerung’ untuk perniagaan mereka.
Sebelum berniaga ini, mereka belajar dulu bagaimana hendak berniaga. Apatah lagi pasangan ini tidak ada asas perniagaan dan hanya bekerja kilang.
JCKT ini bermula hampir 5 tahun lepas di Penang, iaitu pada bulan Mac 2018.
Dimiliki oleh Puan Salnita Taharain dan suami, Azahar Aziz. Restoran ini terletak di Jalan Lengkok Kelicap, Mutiara Perdana, Bayan Lepas, 11900, Pulau Pinang, Bayan Lepas, Malaysia.
Setelah lebih 20 tahun bekerja kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pasangan ini berasakan tiba masanya untuk mereka berhenti kerja ‘makan gaji’.
Selepas berhenti kerja, mula tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dan ketika itulah terfikir untuk berniaga.
Waktu itu kebetulan anak saudara suami datang ke Pulau Pinang untuk belajar memasak Char Kuey Teow di sebuah kedai yang cukup terkenal di Pulau Pinang.
Pada saat itu juga timbul idea untuk Puan Salnita untuk turut berniaga Char Kuey Teow sedap.
Baca juga : Hatiku tertinggal di kota kinabalu, Sabah
Mula Buka Cawangan JCKT Perlis
Bermula Januari 2021, satu lagi cawangan telah dibuka di Perlis iaitu Jerung Char Koay Teow Perlis (JCKT Perlis). Waktu itu pula sangat mencabar kerana PKP namun Alhamdulillah mampu bertahan hingga kini.
Lokasi di Jalan Behor Temak, Kangar. Betul-betul berhadapan bertentangan dengan pintu pagar utama Hospital KPJ Specialist Perlis.
Pemilihan Perlis ni agak tidak profesional sebabnya ia merupakan negeri kelahiran Puan Salnita. Kata orang, sambil tengok kedai, boleh balik jengok famili. Kini, JCKT Perlis diuruskan sepenuhnya oleh anak sulung.
Manakala JCKT Penang diuruskan oleh anak yang tengah.
Harapan puan Salnita dan suami, adalah untuk bawa jenama ‘Jerung’ ini sehingga menjadi sebuah syarikat Sdn Bhd. Menjadi syarikat yang boleh membekalkan sos char koay teow, sambal tumis frozen bukan saja kepada penduduk sekitar Pulau Pinang dan Perlis saja. Semua orang boleh rasa dan bukan hanya setakat kedai makan saja.
– JCKT
Rahsia Kekal Bertahan Dalam Perniagaan Makanan
Ini kongsi pemiliknya, “Tak dinafikan, saingan sangat banyak sama ada di Perlis apatah lagi di Pulau Pinang yang memang orang kata ‘tempat char koay teow“.
Jerung Char Koay Teow mampu bertahan sebab mereka sangat mengekalkan kualiti dan rasa serta servis.
“Kami akan pastikan bila customer tu makan dan puas hati kali pertama dan bila datang lagi, kami akan dapat rasa yang sama. Tak mudah tapi itu yang diusahakan selama ini.”
Terkesan kan dengar perjuangan bisnes pasangan suami isteri ini. Anda yang mahu tahu lebih lanjut info berkaitan JCKT ini, boleh layari media sosial JCKT ini :
Facebook :
Jerung Char Koay Teow Enterprise (Penang)
Jerung Char Koay Teow Perlis (cawangan Perlis)
Instagram : Jerungckt
Nampak sedap char kuey teow tu. Nanti kalau turun utara mesti nak cari dan cuba char kuey teow campur lamb chop. perghh…
Antara fabret ni nett. konfim cari nanti bila ke Penang..
baca entry tengah malam..dan dan rasa lapaq! hurm,kalau ke perlis/penang nanti boleh la try
Nampak pun dah rasa best. Harap dia bukak cawangan di semua negeri. Char kuey tiaw memang suka sangat.
Gee suka makan char kuey teow ni. Faveret. Nampak sedap semua
Kalau masakannya sedap, dan layanan baik, confirm org mesti akan dtg lagi. Kdg2 pelanggan ni, biarlah harga sedikit mahal asalkan berbaloi makan.
Wah… Menarik ni… Boleh cuba juga bila ke Perlis nanti….. Masa ke Penang hari tu tak tau pula pasal restoran ni.. kalau tak boleh cuba…
Next kalau ke Perlis, pas ni nak singgah dekat sini, char kuey teow memang kesukaan saya.
tak pernah masuk lagi JCKT kat Perlis ni walaupun hari² lalu. Kedainya selalu ramai pelanggan. Ada rezeki nanti boleh pergi cuba makan situ. Eh wajib trylah
Ohh wow…so so tasty looking , I wish I’m there to enjoy a plate too. Cheers Siennylovesdrawing