pekan-sehari-temerloh

Benda Wajib Beli Di Pekan Sehari Temerloh

Pekan Sehari Temerloh I Bila boleh rentas negeri, apa lagi panjanglah langkahnya sampai ke bandar Temerloh. Hajat hati nak makan ikan patin masak tempoyak di gerai pakcik Zul dekat terminal bas Temerloh.

Area Terminal Bas Lurah Semantan itu juga terletaknya pasar pagi Temerloh juga dikenal pasar tani Temerloh, pasar sari Temerloh malah pasar pagi Ahad Temerloh.

Specialnya makan di situ, ada ikan patin goreng, yang saya boleh request untuk dimasakkan panas-panas. Garing dan sedap rasa ikan patin goreng ini.

Makan Ikan Patin Goreng Di Gerai Pakcik Zul

Benda wajib buat kalau ke Temerloh tentulah singgah makan di Gerai pakcik Zul. Gerai pakcik Zul ini memang menjadi port makan kitaorang.

Pernah lah try makan kat Gobang Maju dan Kancil Raja Patin di tepian sungai tu.

Sedap juga, cuma patin goreng macam air tangan isteri pakcik Zul masak ini tak dapat di mana-mana.

Lagi pula, boleh buat tempahan dulu. Nanti, sampai saja boleh terus makan. Di situ ruang makannya terhad. Jadi, bila dah buat tempahan senanglah nak makan dengan tenang.

Patin ini pun antara wishlist untuk dibeli waktu ke pasar pagi ahad Temerloh tu nanti.

Tandas Awam Terminal Bas Temerloh Yang Bersih

Sebaik selesai makan, Qaseh beria-ia nak ke tandas. En Yem kata moh le ke tandas awam belakang ini.

Selalu saya pergi yang dekat Petronas tu.

Kali ini saya ikutkan sajalah. Menapak belakang gerai saja. Sampai-sampai di area situ, terkejut tengok kebersihan Tandas Awam Lurah Semantan dekat Terminal Bas MPT (Majlis Perbandaran Temerloh) ni.

Memang tip top!

pekan-sehari-temerloh
Seb baik mak sporting nak bergambo. Siap pis yo!

Sampai mak nak bergambarlah dekat papan kenyataan sejarah Temerloh tu. Kata kakak yang jaga tandas itu, ramai suka bergambar di situ.

Letak situ, boleh orang baca sejarah Temerloh.” Bagus juga idea tu kan.

Ruang menunggunya pun selesa. Tak apalah bayar sampai 50 sen pun, janji kebersihan terjaga dan bebas bau hancing.

Patutlah pun dapat pengiktirafan Tandas Bersih Peringkat Kebangsaan pada Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2020.

pekan-sehari-temerloh
Abah risau, siap tunggu mak depan tandas.. hahaha.

Tidur Di Hotel Semalam

Sebab perjalanan ini memang tak dirancangkan. Jadi, lepas makan ikan patin itu kami mencuba nasib mencari hotel.

Membayangkan esok harinya mahu menerjah pekan sari Temerloh pula.

Mulanya tanyakan penginapan di Hotel Oyo. Tiada kekosongan pula. (mungkin juga kena buat tempahan online).

Kemudian, kami ke Hotel Green Park. Alhamdulillah, dapat bilik sebab ada yang cancel last minute. Cuma tak besar seperti sebelum ini (dulu pernah stay sini).

Berhimpitlah sedikit.

Kalau ke Temerloh dan sedang mencari penginapan boleh cuba 5 hotel Temerloh murah puas hati bermalam.

Mujurlah mak abah sporting. Malamnya kami tak keluar. Order saja Food Panda. Masing-masing dah kepenatan berjalan jauh sampai ke Felda Purun.

Saja menyinggah ke kampung suami membesar.

pekan-sehari-temerloh
Mak abah merakam kenangan di kebun bunga makcik Cah. Makcik Cah yang bertudung coklat tu.

Tiada siapa pun di situ. Rumah felda en Yem pun tak ada penghuni. Bersyukur sebab ada jiran, makcik Cah yang tolong tengok-tengokkan rumah itu.

Alhamdulillah, sejam dua di Purun, dapatlah abah dan mak berkenal-kenal dengan makcik Cah yang baik hati.

Sebelum balik itu, sempat makcik Cah hadiahkan mak abah sepasu pokok daun yang cantik betul. Tak tahulah apa namanya. Gambar pun lupa nak ambil. Tapi cantik betullah.

pekan-sehari-temerloh
Ini je gambo sempat ambik.. sedih betul.

Pagi-pagi Dah Gerak Ke Pekan Sehari Temerloh

Dah sampai pekan Temerloh tak sah kalau tak ke pasar panjang Temerloh. Juga dikenali sebagai Pekan Sehari Temerloh. Pasar paginya dibuka dari jam 7 pagi sampai 12 tengah hari setiap Ahad.

Ada juga yang memanggilnya pekan sari Temerloh. Ikut loghat situ barangkali.

Panjang pasar ini lebih dari 1 kilometer. Memang penat jugalah nak menapak. Lagi-lagi dah boleh rentas negeri ini, memang ramailah orang berkunjung ke situ.

Seronoknya sini sebab macam-macam sayuran kampung boleh jumpa.

Selain beli barangan yang unik di pasar, boleh juga tengok Sungai Pahang. Masa ini, airnya tinggi maklumlah musim tengkujuh kan. Pasar ini terletak di Lurah Semantan, tepi Sungai Pahang.

nettyahhiyer.com

Sebelum ke pasar, kami bersarapan dulu di gerai. Kali ini, en Yem bawa ke kedai makan dekat kawasan pekan. Ikut sajalah, sebab dia pun yang pandainya bab-bab jalan di pekan Temerloh ini.

Dah nama pun bersekolah di Abu Bakar School kan. Kalau tak reti juga, sajalah tu.

Dalam jam 9 pagi, pasar pun dah penuh orang. Kereta pun berderet di tepi jalan. Nasib tak baik, kalau tak bayar parking.. memang kena samanlah ceritanya.

Nak masuk pasar kena ikut SOP. Scan MySejahtera, ambil suhu, tulis nama dan jumlah pengunjung.

Masa ini memang dah nampak macam-macam barang dagang yang menarik di mata. Disebabkan saya cuma nak beli senarai barangan yang sedikit saja, maka tidaklah saya membeli yang lainnya.

Emak dengan abah jalan berdua. Kalau tak di depan, di belakang. Rupanya banyak juga emak memborong. Ada cendawan kukur, petai, tempoyak, gula kabung, parang dan ada lagi yang saya tak perasan.

Pantas betul mak abah membeli. Hahaha..

pekan-sehari-temerloh
Patin goreng di gerai pakcik Zul yang jadi idaman kami sekeluarga.

Mak Terkejut Dengar Harga Petai

Sampai kat anak dia, cekau mana ada dalam fikiran je. Sedih betul. Cuma memang tak dinafikan lah harga barang dia memang boleh buat kita telan air liur.

Tadi mak pulang balik petai satu ikat. Terkejut mak.. ambil dua ikat harga dia RM40.” Mak merungut dengan harga petai kayangan.

Lepas itu, bila balik rumah dan dikupas.. rupanya itu petai muda. Bagi saya muda sangat, kenapalah nak letak harga macam petai matang. Ke memang harga petai muda mahal?

Mereka dah lama rancang, saya je lalai.. eh!

Mencari Sayur Maman Di Pasar Pekan Sari Temerloh

Target saya pula selain mencari patin, saya nak cari sayuran maman. Susah betul nak jumpa maman dekat Meru Klang ini.

Ini senarai benda wajib beli di Pekan Sari Temerloh. Nak tahu belian saya di pasar pagi Pekan Sehari Temerloh simple saja :

  • Ikan patin, sebab nanti saya nak masak resepi patin tempoyak di rumah.
  • Daun maman,
  • Cari kopi Temerloh diproses sendiri (tapi yang ini saya tak dapat nak jumpa)

Sayangnya, saya tak dapat nak cari gerai kopi proses. Tak jumpa pula dekat area yang selalu pakcik itu ada. Kata adik peniaga tempoyak, lepas PKP ini banyak yang dah bertukar-tukar.

Nak tergelak rasa. Mak saya bolehnya tanyakan pada adik penjual tempoyak ke mana nenek peniaga jual tempoyak sedap yang dia pernah beli sebelum ini. Aduh! Mujurlah adik tu cool.

Dia relaks saja jawab pertanyaan dan borak dengan mak.

Adik itu pun nampaknya macam anak yang baik. Dia berniaga dengan emaknya. Bila emaknya nak bangun layan customer. Dia suruh emaknya duduk dan dia ambil alih.

Dan tempoyak yang dijual pun sedap, manis durian masih ada. Semoga dimurahkan rezeki adik peniaga ini.

Mujur jugalah saya jumpa juga maman yang puas hati saiznya. Sebab seronok, saya beli sampai 2 ikat. Harganya dalam RM10. Sebaik sampai rumah, saya kerjakan dan dapatlah satu balang besar jeruk maman.

Saya kongsi sini cara buat jeruk maman.

gerai-patin-tepi-sungai-pahang
Inilah gerai patin tepi sungai Pahang yang selalu kitaorang singgh. Kata en Yem, landmark dia dekat dengan sekolah.

Terjah Pula Gerai Patin Tepi Sungai

Ikan patin saya tak beli di pasar Temerloh. Sebaliknya beli di gerai tepi sungai, dekat dengan sekolah. Memang itu pun port ‘menjala’ patin kami.

Kata orang, membeli ikan patin di pasar lebih murah banding di tepian sungai. Tak tahulah betulnya. Sebab saya tak pernah lagi beli ikan patin dekat Pekan Sehari Temerloh ni.

Harga patin di gerai tepi sungai, ketika ini dah jadi RM18 sekilo. Naik seringgit.

Biasalah bila lepas musim PKP ini semua harga barang jadi naik. Nak kata kena hemah berbelanja pun, dah tak tau macam mana. Habis jimat dah kata orang.

Kasihan rakyat Malaysia ini, sebenarnya. Gamaknya, subsidi ‘orang kita’ sudah tiada erti lagi di bumi merdeka ini. Eh! Terfeeling pulak.

Apa pun ini cumalah kisah pengalaman saya dua hari semalam di Temerloh bersama keluarga. Mana yang baik, bolehlah dijadikan panduan.

Mana yang kurang sesuai, jadikanlah sempadan.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

16 Comments

  1. Hasnita Sawal November 24, 2021
    • nettyahhiyer November 24, 2021
  2. MAMA REEN November 24, 2021
    • nettyahhiyer November 24, 2021
  3. Zaidalifah November 25, 2021
    • nettyahhiyer December 1, 2021
  4. Nur Hazira Sahid November 25, 2021
  5. ziana eunos February 14, 2022
  6. mommylizz February 14, 2022
  7. Shida Rahmat February 14, 2022
  8. MrsPip February 14, 2022
  9. Atul Hamid February 14, 2022
  10. Bonde Zaidalifah February 15, 2022
  11. ombakbergigi February 15, 2022
  12. Maria Firdz February 15, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!