hantar-cerpen-ke-mingguan-wanita

Hantar Cerpen Di Majalah Mingguan Wanita

Hantar cerpen ke Mingguan Wanita? Untuk pengetahuan, saya tak lagi mengelola ruangan cerpen di Majalah Mingguan Wanita.

Majalah ini pun sudah ditutup operasinya dek penangan Pandemik Covid-19. Jadi tak dapatlah anda hantar cerpen ke majalah ini lagi.

Walau bagaimanapun, penulisan cerpen tidak akan mati. Malah, anda masih boleh menghantar karya ke Dewan Bahasa Dan Pustaka, malah beberapa penerbitan lain (boleh semak di media sosial).

Penulisan di bawah ini, saya kongsikan pada tahun 2010. Namun, tipnya masih boleh digunapakai untuk penulis muda.

Tip Penulisan Cerpen

Penghujung tahun 2010, saya mula mengelolakan ruangan cerpen di Mingguan Wanita. Agak tertekan ketika itu kerana sebagai orang yang baru memegang amanah tersebut membuatkan saya berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber (karya daripada penulis cerpen).

Kalau ada pun naskah cerpen yang dihantar dalam bentuk lembaran-lembaran kertas yang masih kemas di dalam sampul surat. 

Tak bermakna saya menolak penghantaran cerpen dengan kaedah pos, cuma proses mengedit cerpen itu akan mengambil sedikit masa; membuka sampul, memilih cerpen yang menepati syarat ‘boleh’ siar-menaip semula-mengedit-memastikan kualiti penulisan mengikut standard yang editor mahukan. Semua itu memerlukan penelitian yang panjang.

Mencari cerpen yang benar-benar terkesan di hati pembaca juga tidak sebegitu mudah. Waktu itu, saya masih belum membina jaringan kenalan dengan penulis cerpen.

Saya masih ingat bagaimana ada di kalangan penulis cerpen yang terasa hati apabila saya memotong naskah cerpen yang mereka hasilkan.

Bagaimana saya tahu tentangnya? Bukankah kini semuanya di hujung jari. Tanpa sengaja saya terbaca catatannya yang tidak begitu gembira apabila karyanya dirombak sesuka hati.

Penerbit Berhak Merombak Karya Cerpen Anda

Saya tidak terasa hati kerana saya juga seorang penulis, jadi saya faham bagaimana sulitnya perasaan berhadapan karya yang penat-penat dikarang lalu dirombak tanpa pengetahuan.

Namun, satu perkara yang penulis kena faham (termasuklah saya sendiri) setiap naskah atau karya yang telah dihantar kepada penerbit.

Penerbit berhak untuk merombak karya itu untuk disesuaikan dengan konsep atau jumlah mukasurat yang disediakan. Asalkan ia tidak mengubah jalan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.

hantar-cerpen
Gambar ini pun, boleh menjadi inspirasi untuk menghasilkan sebuah cerita pendek. Cerita tentang Mirza dan Tok Ngah menghantar rombongan pengantin. Cubalah!

Supaya hasil terbaru menepati standard yang kami mahukan. Sebenarnya, saya kurang gemar menolak mentah-mentah cerpen yang dihantar oleh penulis (yang berpotensi).

Kerana saya yakin, karya itu boleh diperbaiki sehingga menjadi ‘masterpiece’ untuk penulis dan juga ruangan yang saya kelolakan itu.

Pesanan pertama daripada editor, Puan Nuri Supian sentiasa saya semat dalam hati. Katanya, saya perlu memilih cerpen yang benar-benar terkesan di jiwa terutama pelukis ilustrasi kami, abang Kartekana. Mengapa sebegitu penting untuk menawan hatinya?

Kerana, sebelum ilustrasi cerpen dilukis, abang Kartekana akan membacanya dahulu untuk memperoleh ilham kesenian daripadanya. Jika isi cerpennya entah apa-apa, bagaimana mahu melahirkan emosi di dalam ilustrasi?. Namanya sahaja karya seni, biarlah seni itu bernar-benar berkualiti.

Sejak itu, langsung saya meletakkan standard yang tersendiri dalam ruangan yang saya kendalikan itu.

Syarat Hantar Cerpen Ke Majalah Mingguan Wanita

Sebagai langkah permulaan, saya berikan dahulu syarat-syarat penghantaran karya di ruangan comel ‘Cerpen’ di Mingguan Wanita: 

  • Tema karya adalah bebas
  • Jumlah perkataan yang diperlukan kira-kira 13 ribu characters (with space).
  • Gaya bahasa yang indah.
  • Jalan cerita yang menarik, mempunyai mesej, bermoral, tidak mengandungi unsur lucah dan terkesan di hati pembaca.
  • Muatkan dalam 2 dokumen atau file doc. yang mengandungi maklumat berikut:
  1. Naskah cerpen
  2. Maklumat penulis (nama, nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan no akaun bank) beserta surat pengakuan bahawa karya cerpen anda adalah asli dan tidak disadur dari mana-mana sumber.

Cerpen tidak pernah disiarkan di mana-mana majalah mahupun laman online.

Emelkan cerpen ke emel saya: netty@karangkraf.com.my

Jika mahu menggunakan kaedah pos, alamat kan ke : Ruangan Cerpen Mingguan Wanita Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Lot No 25, Premis No. 1, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Selamat mengarang!

UPDATE : Jangan hantar cerpen ke alamat ini atau emel saya itu. Kerana semua itu sudah tidak valid lagi. Saya simpan dalam blog ini untuk kenangan saya.

IKUTI KISAH LAIN DI SINI :

Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis

47 Comments

  1. hasni hanna September 9, 2013
  2. Nazrina Hussin September 9, 2013
  3. Nazrina Hussin September 9, 2013
  4. Unknown September 9, 2013
  5. Anonymous September 10, 2013
  6. Cik Tieka November 15, 2013
  7. Ctsha November 17, 2013
  8. Unknown November 19, 2013
  9. Netty Ah Hiyer November 20, 2013
  10. Netty Ah Hiyer November 26, 2013
  11. fauziah binti mohd. diah November 26, 2013
  12. fauziah binti mohd. diah November 26, 2013
  13. kucing comel January 11, 2014
  14. Netty Ah Hiyer January 14, 2014
  15. Unknown February 15, 2014
  16. Anonymous May 8, 2014
  17. Netty Ah Hiyer May 10, 2014
  18. Anonymous November 11, 2014
  19. Caraphernelia January 23, 2015
  20. Unknown January 28, 2015
  21. netty February 8, 2015
  22. nazifah awi March 9, 2015
  23. norfadhilah March 23, 2015
  24. Netty Ah Hiyer March 29, 2015
  25. Fafuz July 9, 2015
  26. mayleen nur'ain July 11, 2015
  27. nettyahhiyer July 31, 2015
  28. Unknown August 6, 2015
  29. Netty Ah Hiyer August 7, 2015
  30. Irri August 29, 2015
  31. Unknown October 26, 2015
  32. addinfarhani October 30, 2015
  33. Netty Ah Hiyer November 6, 2015
  34. Unknown November 30, 2015
  35. Unknown November 30, 2015
  36. Misz Fyya Novellis December 17, 2015
  37. Jainatul Ain January 14, 2016
  38. nurimas June 13, 2016
  39. Unknown September 21, 2016
  40. ayza December 31, 2016
  41. Anonymous September 13, 2017
  42. Unknown September 3, 2018
  43. Amirah Lee February 20, 2019
  44. nurul atiqah March 14, 2019
  45. Cumer cheriter August 24, 2019

Leave a Reply

error: Content is protected !!