Diam tak diam sudah dua bulan saya menjadi lady of leisure. Selesai karnival, berlanjutan dengan deadline yang tak putus-putus dan akhirnya bermulalah siri honeymoon yang amat panjang.
Bermacam-macam perkara yang terjadi dalam tempoh dua bulan saya menghilangkan diri dalam dunia ‘berbelog’ ini.
Kononnya tidak mahu saratkan fikiran dengan kehilangan MH370, pembunuhan kejam penyokong Dr Morsi, pejuang Ikhwanul Muslimin, jalan pembebasan Palestin yang semakin buntu sampailah keganasan Israel yang semakin menjadi-jadi, sayangnya saya kalah.
Saya terus memikirkannya sehinggalah ia semakin menghimpit perasaan. Sungguh ia mengganggu pemikiran saya yang cukup dangkal.
Terasa semuanya cukup dekat sekali. Maka, peristiwa-peristiwa itu akhirnya berjaya menggerakkan musim honeymoon saya panjang. Akhirnya saya perlu kembali ke alam maya ini.
Mungkin usaha kecil ini dapat membuka mata dan pintu hati saya sendiri untuk lebih sedar dan tidak terlalu alpa.
Seronoknya Jadi Lady Of Leisure
Lewat awal bulan lalu, saya mengalami sakit mata yang panjang. Dari satu hari MC membawa sampai ke empat hari. Dalam tempoh itu, saya bertenang dari memikirkan kerja-kerja yang mengganas di meja Mingguan Wanita.
Dan dalam tempoh bertenang itu jugalah saya lebih relaks menerima setiap ujian dan dugaan hidup bekerjaya.
Hampir sembuh mata itu, saya dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat dan bermacam-macam perkara itu langsung menyedarkan saya betapa singkat sebenarnya kehidupan ini.
Hari ini entah kenapa sejak dari pagi, saya diserang keserabutan fikiran yang sukar ditafsirkan. Tubuh saya telah memberi signal bahawa saya sebenarnya bakal berhadapan stress deadline yang bertubi-tubi.
Setiap tahun saya akan melalui fasa ini. Dan saya kira setiap warga kerja di Mingguan Wanita akan melaluinya. Itu yang paling ‘istimewa’, dan itu jugalah yang membuatkan saya seakan mahu hantar saja surat ‘resign’ pada ketua.
Dan inilah lawak bodoh yang selalu menjadi jenaka kami setiap kali menjelang deadline yang menyakitkan. Perasaannya sama sakit dengan berhadapan kekejaman Israel yang menggila. (Keterlaluankah perumpamaan saya ini? Terserahlah)
Baca : Call Man di lebuhraya, siapa mereka sebenarnya
Sibuk Ertinya Masih Ada Kerja
Dalam pahit pasti ada manisnya. Saya kira, jika mengambil pendekatan yang lebih positif sudah pasti manisnya akan lebih terasa. Saya bersyukur kerana kesibukan itu memberi erti yang saya sebenarnya masih punya pekerjaan.
Dapatlah hasil titik peluh itu dikongsi bersama emak, ayah, adik-adik, suami, anak-anak dan sesiapa sahaja.
Kegembiraan itu juga dapat saya abadikan dengan foto-foto yang saya rakam sendiri dengan ‘toys’ baru saya. Awalnya saya mahu kongsikan saja gambar anak-anak di kebun abah.
Sayangnya kad kamera itu telah hilang dan tak sanggup pula hendak mengejutkan suami semata-mata mahu bertanya di mana dia meletakkan kad kecil itu.
Esok-esok sajalah saya tanyakan padanya. Saya kongsikan saya gambar yang mana ada.
Haishlah! Dalam pada saya menaip-naip ini, ada bermacam-macam bunyian dia atas bumbung rumah saya. Ok! Jam pun dah masuk 1. 28 pagi. Tak mahu saya menegur-negur lagi. Fokus saja di sini.
Baca : Panduan hasilkan penulisan berjiwa
Layan Gambar Anak-anak
Perkongsian saya kali ini ala-ala mahu memanaskan enjin yang sudah lama terendam dalam air. Lembap dan basah. Jadi biarlah gaya pendekatannya lebih santai.
Santaikah? Awal-awal lagi sudah cerita perihal dunia. Tapi saya tak sampaikan sampai pening kepalakan? Kira masih ok lagikan?
Jom layan gambar-gambar yang saya ambil sendiri dengan Samsung NX300.
Oh! Kamera ini memang super hebat!
Bagi yang mahu berbisnes, tak salah memilikinya.
Bermacam-macam perkara menarik yang akan anda temui dengan NX300 ini. Satu kewajipan saya, setiap malam, pulang saja dari tempat kerja saya akan bermain-main dengan ‘anak angkat’ saya ini.
Nah! inilah antara hasil tangkapan saya. Dah macam bunyi menjala ikan.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Suka catatan dan gambar ni. Tq nett.
alhamdulillah. Segan saya bila kak aida tulis macam ni. Cerita saya ni lawak2 kartun budak tadika je.. hehe