makan-makan-di-kebun

Makan-makan Di Kebun Dalam Suasana Renyai Hujan

Makan-makan di kebun dalam suasana renyai hujan | Sabtu lepas adik saya, Anja tunjuk video dapur tanah yang dia buat dekat pondok abah buat.

Teruja pulak nak merasmikan. Makanya, peraplah ayam dua ekor, ikan tiga ekor kita buat makan-makan di kebun.

Tanah kebun ini bukan abah punya. Abah menumpang menanam pokok serai, pisang, keladi dan sayuran kampung di kebun wak Idah. Sekarang ini, pokok pisang sedang menjadi.

Bila abah tanam pokok pisang ini banyak pula haiwan perosak yang keluar. Merodok tanaman abah di malam hari. Itu yang akhirnya terjadinya pondok menjaga tanaman.

Pondok itu comel saja.

Terimbas Momen Makan-makan Di Kebun Zaman Kanak-kanak

Terimbas nostalgia zaman kecil-kecil dulu. Seingat saya, waktu saya kecil pernah ikut abah ke satu kawasan kebun (yang baru diusahakan), ada tasik dan pokok hutan yang tebal.

Abah bawa saya, emak dan kawan-kawannya, makan-makan di kebun.

Bila buat aktiviti sebegini, teruslah terkenang memori zaman kanak-kanak itu. Sweet pulak jadinya.

Kebetulan waktu itu hujan renyai-renyai. Walaupun hujan tak lah membantutkan aktiviti makan-makan di kebun petang hari itu.

Dah abah pun namanya tukang. Abah tambah kayu dekat tepi pondok itu, abah letak sekeping zink lama.

Terus jadi tempat teduhan dari hujan. Selesalah sikit waktu makan-makan di kebun itu, tak adalah kena tempias hujan.

makan-makan-di-kebun

Walaupun dalam renyai hujan, budak-budak ini seronok pula bermain. Tak hirau rintik hujan yang turun. Adik saya, Hasnol yang mulanya berteduh bawah pokok berbuaian akhirnya berdiri dengan payung.

Tak pula mahu duduk dalam pondok. Lebih selesa begitu barangkali.

Dalam pada berbual-bual tentang ikan cencaru 3 ekor untuk dibakar itu. Sempat Daus, berkongsi video menangkap ikan di Sitiawan Perak.

Memang kagum dengan hasil tangkapan itu. Katanya, bayar dalam RM30 untuk naik bot dan memancing.

Guna pancing Apollo cik Netty. Satu pancing itu ada 5 mata kail.” Haa.. padanlah meriah hasil tangkapannya.

Dan abah pun nampak teruja, cuma tak tahulah abah berdaya ke tak lagi kalau nak buat aktiviti memancing.

Baca juga : Jangan hilang ikhlas jaga ibu sakit tua

Adik Pandai Buat Bara Api Panggang Ayam

Bumbung ekspress yang abah baru buat itu, saya letak kerusi dua ketul. Dapatlah kitaorang makan tepi pondok.

Terlindung dari tempias hujan.

Saya cakap dekat anak buah. “Tempat wak duduk ni macam makan kat kedai. Papa Elina masak, wak order je.” Hahaha..

Bab membakar ini dan merempah ayam untuk dibakar ini saya memang serah dekat adik saya, Yanto. Dia memang cekaplah dari bab menghidupkan api sampai jadi bara dan membakar ayam.

Specialnya, arang tu buat pakai kayu yang ada. Bakar sampai jadi arang atas dapur tanah buatan adik saya, Anja.

makan-makan-di-kebun

Nampak macam senang pula. Selalu kalau dekat rumah mak, dia akan gunakan kipas untuk bakar arang menjadi bara.

Cuma tiba-tiba petang itu, Zarif bawa juga arang. Kata Zarif, nenek suruh beli. Hahaha.. mak tak yakin kot dengan kayu api kitaorang.

Tapi elok saja pun kayu api yang Yanto sediakan itu.

Mak lupa letak serai.” Kata mak cemas.

Mujurlah keliling tu pokok serai. Mak pun ambil parang, kerat batang serai. Basuh bersih, Yanto ketuk dengan hulu pisau.

Boleh campur dalam ayam dan lebihan serai diketuk tu celup dalam minyak masak (dalam cawan), renjiskan dekat ayam bakar. Harum, sedap nanti hasilnya.

Makan Sambal Asam Cili Padi Pedas Tak Hengat Style Mak

Waktu nak jayakan misi makan-makan di kebun hari itu saya belajar buat sambal pencicah cara mak saya. Saya kongsikan juga resepinya di sini.

  • Cili padi – lebih 15 biji
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Setengah biji bawang merah
  • Sedikit belacan
  • Bancuhan air asam jawa dan gula – guna air panas
makan-makan-di-kebun

cara buat sambal Asam Ayam Bakar

  1. Bakar cili padi, bawang putih dan bawang merah serta belacan. Mak pesan, “jangan sampai hangit.” Ampun mak terhangit jugak.
  2. Tumbuk halus termasuklah biji-biji cili tu. Masukkan gula sikit saja semasa menumbuk.
  3. Masukkan bancuhan air asam jawa dan gaul sekata.
  4. Adjust rasa (ni kalau saya buatlah. Mak buat dia takyah ejas dah. Sedap je pulak tu)
makan-makan-di-kebun
Mak terlupa letak serai dalam ayam. Terus ambil parang, cantas mana-mana serai depan mata.

Mak, banyaknya cili ni.
Takpe, biar orang cicah sikit je nanti.

Hahaha.. lucu pulak jawapan mak bila saya tanya kenapa banyak sangat guna cili padi. Memang pun pedas tak hengat. Dan adik saya anja, tak lepas nak makan.

Tercungap-cungap dia.

Kami, okay lagi. Masih boleh menikmati pencicah ayam bakar mak dengan enaknya.

Bagi Anak Leka Tengok Pokok Pula

Budak-budak ini kalau tak pergi rumah nenek. Duduk rumah memang hadap telefon 24 jam. Yang Qaseh pun sama jugalah.

Dengan ipadnya tak lekang dari tangan.

Saya pun sama juga, mengadap PC 24 jam. Hahaha.. apa nak jadilah anak beranak ini. Kalau hari biasa memang tak menang tangan.

Baca juga : duit gaji berilah mak ayah, biar berkat

Mujur ada budak-budak ini membantu di rumah. Walaupun tak adalah rasa bosan duduk di rumah, mungkin sebab banyak nak dibuatkan.

Tapi, kenalah juga bawa ke rumah nenek dan atuknya pada hujung minggu. Kalau tak sempat minggu ini, minggu depannya.

Begitulah selalunya.

Sebab dekat rumah nenek boleh buat aktiviti jalan-jalan ke kebun atau buat macam-macam aktiviti fizikal.

makan-makan-di-kebun
Seberang itu rumah adik saya. Depannya mak abah tanam pokok pisang. Kata mak pokok pisang rastali dia tanam sedang elok menjadi.

Makan-makan di kebun ini bukan kali ini saja. Sebelum itu, abah pernah juga masak keladi bakar dan masak megi dekat kebun.

Sempoi-sempoi saja aktivitinya. Melayan anak cucu.

Seronok sebenarnya untuk budak-budak ini. Dapatlah kenal pokok-pokok. Ada satu pokok mak tanam, saya bawa benihnya dari rumah kakak ipar, Kak Huda di Lenggong.

Pokok asam paya yang buahnya sedap dijadikan jem roselle mahupun jus. Buahnya lebih bulat-bulat. Daunnya sedap betul dicampur dalam masakan lemak kuning mahupun asam pedas melaka.

Saya tak masukkan asam keping bila guna daun asam paya ini. Sebab dia masam semulajadi.

Asal ke rumah mak, saya mesti bawa balik bekalan daun asam paya, cili, daun ubi, keladi, serai dan pisang.

Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk saya dari mak abah.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!