Ayam Sambal Tomato Ala Penyet, Senang Dimasak

Resepi ayam sambal tomato cara saya ini adalah olahan gabungan sambal ayam dan sambal ayam penyet. Serba campak-campak, yang penting senang saja membuatnya.

Rasanya seakan ayam penyet tapi versi cili kering.

Tapi ini bukan ayam masak merah tomato ya. Sebab saya tak gunakan sos cili atau sos tomato patah lagi bahan rempah.

Tersangatlah simple resepi sambal ini.

Bahan-bahan Untuk Ayam Sambal Tomato

  • 1/2 ekor ayam – potong sederhana kecil
  • Semangkuk kecil cili kering -rebus dan kisar.
  • Sebiji bawang besar – kisar
  • Sedikit belacan
  • Sebiji tomato – hiris nipis
  • Beberapa helai daun roselle – sebab ada kat rumah ini, mak bagi
  • Gula, garam, perasa

Resepi lain di sini : Cepatnya masak sardin tin, guna 3 bahan

Cara Memasak Ayam Goreng Sambal Tomato

  1. Ayam lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng tapi tak perlu garing sangat.
  2. Siap. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak lebihan goreng ayam. Kalau banyak, buang cuma amik jumlah untuk menumis.
  4. Tumis bahan kisar; cili kering dan bawang besar. Masa ini saya masukkan gula siap-siap.
  5. Agak dah naik bau, cili hampir masak, masukkan tomato dan belacan. Kacau bagi tomato sebati dengan sambal. Kalau pekat, bolehlah tambah air sedikit.
  6. Masukkan daun roselle, perasa dan garam.
  7. Nampak dah sebati masukkan ayam, gaul-gaul rata.
  8. Siaplah ayam goreng sambal tomato.
sambal-ayam-tomato
Gambar yang saya kongsi ini dari internet. Nak ambik dari pokok roselle rumah mak tak berkesempatan pulak lagi. Nak kena minta bantuan adik untuk snapkan juga nanti. Foto kredit : Lazada

Kenapa Letak Daun Roselle

Daun roselle ini boleh berikan rasa masam pada masakan. Kalau tak ada tak payah letak pun tak apa. Boleh perahkan limau kasturi atau lemon jika mahu.

Pokok roselle ini asalnya dapat dari kakak ipar. Bijinya beri kat mak suruh tanam dekat kebun wak Idah. Mak pun tanam.

Harapan nanti dapatlah makan buah roselle bila dah menjadi. Sekali, pokok-pokok roselle mak ni jadi mabuk daun.

Berdaun lebat tapi tak maunya keluar buah.

Macam-macam cara mak buat. Dah potong pun tetap gitu. Sudahnya mak kata, sedekah je dedaun pokok roselle tu pada siapa yang nak.

nettyahhiyer.com

Hari tu masa masak laksa, saya masukkan daun roselle jugak. Sedap je rasanya. Tak mengubah rasa laksa tu dan kitaorang pun takdelah jadi pening ke apa bila makan.

Lagipun kalau buah roselle tu boleh dimakan, tentu-tentu daunnya boleh dimakan. Macam tulah perkiraan suka hati saya.

3 thoughts on “Ayam Sambal Tomato Ala Penyet, Senang Dimasak”

Leave a Comment