Hilangkan Kesan Kunyit Batu Lesung, Guna Sabun Pes

Hilangkan kesan kunyit pada batu lesung ini, terbukti berkesan dengan penggunaan sabun pes. Tak sangka petua ini sebenarnya betul-betul menjadi dan berkesan.

Tak ambil masa yang lama pun untuk dicuba. Dan sabun pes yang digunakan pun tak banyak mana. Dalam satu dua sudu kecil saja.

Petua hilangkan kesan kunyit ini tersangatlah senangnya. Dan paling best, tip yang sama ni boleh digunakan untuk bersihkan kuali stainless steel yang hangus, malah membersihkan pengisar dari kesan kunyit degil.

Cuma, janganlah guna penyental jenis besi tu untuk cuci periuk atau kuali stainless steel. Mau bercalar balar karang. Sebaiknya guna saja span lembut.

Lesung batu takpe, dia dah semulajadi kental jiwa raga dia.. hahaha.

PS : Saya suka dan kerap menumbuk kunyit hidup dalam lesung ini, memang melekatlah kesan ‘tinggalan sejarah kekuningan’ kat situ.

Kesan Kunyit Lesung Batu

Guna Sabun Pes, Hilangkan Kesan Kunyit Pada Lesung Bat

kesan kunyit
Ni je bahan-bahan pembersih merangkap pencuci.

Mula-mula kenalah ada lesung batu yang ada kesan kunyit. Lepas tu sediakan sabun pes. Brand apa pun tak kisah. Sabun pes saya ni beli dekat kedai RM2 dah berbulan, masih utuh.

Sebab basuh lebih suka guna sunlight. Sabun pes ini cuma untuk kegunaan tertentu macam ini je.

kesan kunyit
Nanti macam nilah kejadiannya semasa proses membersih lesung.

Ambillah dalam satu ke dua sudu sabun tu, letak dalam lesung. Pusing-pusingkan lah dia punya alu lesung tu beberapa kali.

Nanti pes kuning pekat akan dikeluarkan dari situ. Itulah kesan kunyit yang tertanggal.

Selepas beberapa ketika cucilah bawah air paip. Katakan masih tak berpuas hati dengan hasilnya, buatlah semula langkah di atas sampai dapat yang kita nak.

kesan kunyit
Berbeza kan selepas dah cuci guna sabun pes itu. Jadinya, memang betul-betul berkesan kan.

Haa.. ini selepas dua kali percubaan.

Ada lagi sedikit kesan kunyit degil yang tinggal pada alu lesung. Dekat lesung itu, dah tertanggal kesan kuning kunyit tu. Bahagia pulak rasanya.

*Mak ni gi memana mesti ada abah. Dulu saya fikir, dari manalah sikap ‘suka melekat’ kat suami ni saya dapat. Rupanya dari mak sendiri. Hahaha.

Lesung Batu Lejen Hadiah Daripada Mak

Sebenarnya lesung batu ini hadiah dari mak saya. Dari saya mula kahwin dulu. Kecil saja saiznya. Hajat hati memang nak tukar dengan lesung batu Ikea tu.

Hari tu masa ke Ikea habis pulak stoknya. Sudahnya, pakai sajalah lesung batu mak bagi ini. Dah lama sangat berjasa untuk kitaorang sekeluarga.

Mak saya ini orang lama-lama. Pernah mak pesan kat saya, “kak jaga betul lesung tu jangan sampai pecah. Nanti kena buat kenduri.

Saya gelak je. “Mana ada lesung batu pecah kena buat kenduri. Biar betul mak.” Saya selalu kata tak logik betul. Tapi bila dah tua-tua ni difikir-fikir balik.

Ada betulnya juga. Katakan lesung tu pecah kena kaki ke, hempap jari jemari masa menumbuk ke. Kan cedera tu namanya. Jadi, memang betullah kena buat kenduri doa selamat.

Orang dulu-dulu ni kadang beri pesanan berkias sungguh. Kitalah nak kena pecahkan code tu satu-satu bagi jelas. Tapi, nasib-nasiblah kan.

Kalau tepat, tepatlah. Kalau tak, terus jadi teka teki.

Saya share cara simpan dan jaga lesung batu di sini. Tahan bertahun, masih elok lesungnya.

Tip EKSTRA!
Cara Tajamkan Lesung Batu

Sebelum ini pernah buat story berkenaan tip ini daripada Chef Abang Brian tu. Katanya, kalau nak buatkan lesung batu kembali tajam,

  • Kena rajin tumbuk garam kasar. Nanti dia tajamkan semula mata lesung batu tu.

Selain lesung batu, saya juga suka nak kongsikan cara mudah tajamkan pisau dapur. Rumah saya tingkapnya jenis nako, jadi sambil-sambil menghiris bahan mentah dekat sinki tu, saya geserkan mata pisau dekat kaca tingkap nako tu.

Buat beberapa kali. InsyaAllah, memang tajam baliklah pisau tu.

Tapi kalau ada pengasah pisau dekat dapur tu tak payah lah susah payah buat cara saya tu. Eh! tapi sebenarnya tak susah pun. Kira sambil-sambil je buat tu.

CUBA RESIPI LAIN :
- Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja
- Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat
- Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC
- Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi
- Cara cepat cairkan santan kotak beku, yang berbulan simpan freezer

Leave a Comment