Motivasi menulis bagi pemula | Awal-awal lagi, saya rancang mahu karang entri ini pendek sahaja.
Biar terus tepat pada isinya dan informasi yang mahu saya kongsi. Kita cerita pula tentang ‘motivasi untuk menulis’.
Inilah tajuk posting dan tajuk kategori saya juga. Bagaimana mencari motivasi untuk menulis. Bukan semua orang dianugerahkan penulisan yang berkesan dan dekat di hati pembaca.
Kadangkala berjam-jam duduk depan komputer, idea masih juga belum keluar. Lalu bagaimana mahu mencari dan membangkitkan motivasi untuk menulis.
Jalan yang paling baik adalah mencari mentor atau guru atau pembimbing atau seseorang yang dekat di hati yang boleh mendorong anda untuk menulis.
Motivasi Menulis Bagi Pemula
Bagaimana kehadiran mentor/guru/pembimbing/orang tersayang boleh membangkitkan motivasi untuk mengarang cerita?
- Guru akan mengingatkan kita tentang apa yang kita alpa dan kurang dalam satu-satu perkara. Baik tatabahasa, gaya bahasa, penghasilan idea mahupun info yang mahu dikongsi dengan pembaca.
- Kehadiran mereka merangsang emosi yang suam-suam-lemau, menggerakkan minda yang masih terlena dan mengejutkan anggota tubuh yang masih bermalas-malasan.
- Orang tersayang juga boleh menjadi inspirasi untuk kita bergerak lebih laju dengan momentum yang sama. Biarlah tidak banyak dan laju, asalkan konsisten gerakannya. KONSISTENSI amat penting dalam dunia penulisan blog. Sama pentingnya dengan penulisan 44 entri tanpa henti.
- Carilah mentor yang betul, yang ikhlas membimbing. Bimbang kesilapan mencari guru membuatkan anda terabai langsung hilang fokus terhadap dunia penulisan.
- Guru biasanya sudah mempunyai panduan yang terbaik untuk anak murid ikut model busines yang telah disediakan olehnya. Penting untuk anak murid tidak langgar ‘pantang’ atau menderhaka dengan model busines yang guru ajarkan. Dalam menghasilkan penulisan yang serius juga sama konsepnya. Perlu tahu apakah sasaran dan kelebihan penulisan kita itu.
- Biar sehebat manapun model busines itu, andai penulis hilang motivasi menulis ia tidak akan menjadi luar biasa. Sebab itulah, penggerak model busines iaitu diri penulis itu sendiri adalah tiang serinya. Jika dirinya tidak teguh mahupun takut melawan arus, akhirnya dia akan menjadi tiang yang hilang seri dan lapuk dimakan anai-anai.
Baca : Menulis dari hati biar sampai ke jiwa pembaca
Justeru, carilah motivasi untuk terus menulis agar terhasil sebuah karya yang padat dengan inspirasi kepada para pembacanya. Amin.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 9 Disember 2013
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
heheh tgh takde mood lah nih .. so ternampak entry nih .. heheh
Hihi.. harap posting ini membantu kengkawan blogger.
kalau nak ada sentiasa ada motivasi menulis…perbanyakkan membaca buku sehingga minda terlalu banyak idea untuk dikongsikan
Sungguh.. membaca akan memperbanyakkan idea nak menulis sebenarnya.