Dalam tak sedar, melalui ketabahan hidup, mak terapkan satu ‘nilai’ dalam diri saya. Dan dalam diam itulah cara mak melatih anak sifat kepimpinan.
Kerana dari sudut mata saya, emak saya ini sememangnya seorang isteri dan ibu yang kental. Emak melalui saat susah dan senangnya bersama abah dengan penuh ketabahan.
Jarang dengar dia merungut depan orang lain atau anak-anaknya. Malah, saya masih ingat lagi waktu saya temankan mak ke Kursus Bina Insan (tak ingat dah tahun bila).
Waktu itu ada sesi sharing depan semua orang.
Saya tak boleh bayang macam mana mak saya yang tak pernah berucap depan orang itu, akhirnya boleh kongsi kisah anak-anaknya.
Satu saya ingat sampai hari ini, mak kata, “Anak acik baik-baik. ‘Kakak’ pun banyak tolong acik.”
Kakak itu panggilan untuk saya.
Galakan Mak Untuk Saya Sertai Aktiviti Kampung
Sebak sungguh waktu tu. Walhal, saya tahu sangat betapa saya ini ‘gonjeng’nya macam mana. Dalam kursus itu kami dapat sama-sama solat dhuha, baca Al-Mathurat dekat-dekat.
‘Kakak.. jangan tinggal mak jauh-jauh. Mak banyak tak faham ini.’ Pesan mak bila saya terlajak ke depan, atau bertukar kumpulan dalam sesi team building.
Saya faham.. mak tak biasa semua itu. Beza dengan saya, yang dari sekolah rendah sudah sertai macam-macam kem bina insan.
Baik yang sekolah anjurkan. Atau ketua kampung offer mak abah untuk hantar anaknya. Iya, itu pun atas jasa mak yang tak jemu nak anaknya tambah ilmu.
Oh! Saya rindu momen itu. Betapa saya bersyukur sebab punya orang tua yang berjiwa kental.
Baca juga : Doa lindungi dari wabak, pesan mak hafalkan
Tumpang Motor Arwah Wak Mono Nak Menoreh
Dulu mak abah mana ada kenderaan. Bila masuk darjah satu, mak tumpangkan saya naik motor dengan arwah ‘Wak Mono’ dengan baju motong (menoreh) getahnya.
Pagi-pagi jam 6 dah bertolak dari rumah.
Tapi, tetap sampai sekolah lambat, sebab tunggu seorang lagi kakak yang menumpang sama dengan kami. Hahaha.. kenangan ini lucu.
Saya akan kenang sampai bila-bila.
Sayangnya saya tak ingat berapa lama saya tumpang motosikal arwah. Bila dah senang sikit, barulah dapat naik van sekolah arwah Cik Din.
Masuk sekolah tingkatan 6 lagi mencabar perjalanan saya nak ke sekolah.
Bila mak dan abah bekerja, tiada siapa yang dapat mengambil saya pulang dari sekolah.
Dulu ikut-ikut angin saja bas nak ke masuk kampung saya tu. Kalau tiada atau terlepas bas, saya duduk saja tepi batang paip air yang besar.
Kalau nampak orang yang saya kenal, saya tahan saja guna tangan. Hahaha.
Dulu kita tak perlu bimbang sangat. Rasa kepercayaan pada orang lain itu masih tinggi. Lagipun, Meru, Kampung Budiman masih kawasan yang belum terbuka pada orang luar (waktu itu)
Sekarang ini, dah banyak perumahan baru, kilang-kilang dengan warga asing.. bila terbuka dan terdedah.
Inilah antara harga yang perlu dibayar oleh penduduk jatinya.
Rupanya Cara Mak Melatih Anak Sifat Kepimpinan
Dari kecil saya memang suka explore banyak benda. Masuk pertandingan nyanyian, tarian di kampung, atau sekolah. Berani betul time tu. Rasa glamour je.
Dan kami ada grup. Berkumpul pagi-pagi untuk pergi jogging sama-sama, sama-sama balik malam bila ada aktiviti kampung, belajar berzanji sama-sama (saya ikut mak sebenarnya).
Mudahnya, mak memang sokong apa saja saya buat.
Kata mak, setiap kali saya berkumpul, bermain dengan kawan-kawan, ‘Kakak mesti nak jadi ketua.’ Hahaha.. bagi saya itu kisah budak-budak yang mak sengaja perbesar-besarkan.
Dalam tak sedar itulah doa mak untuk saya.
Tapi, tidaklah saya jadi ketua dalam mana-mana pun. Cuma saya jadi ketua dalam jiwa sendiri.
Dan biar pun bukan ketua, apa jua tanggungjawab yang diamanahkan perlulah dilunaskan dengan sebaiknya dan terbaik.
Baca : Ibu belajar erti syukur melalui anak-anak
Latih Anak Sifat Kepimpinan ‘Bukan Semata Jadi Ketua’
Kerana, memupuk anak sifat kepimpinan itu bukan semata menjadi ketua.
Tetapi, bagaimana kita menjadikan diri seorang yang bertanggungjawab dengan baik terhadap diri sendiri dan orang lain.
Bagaimana kita memimpin diri agar tidak menyusahkan orang lain.
Bila faham akan maksud ini, insyaAllah di mana pun kita ditempatkan hati akan terasa LAPANG dan BAHAGIA.
Bila saya imbas balik dan fikirkan satu persatu, pesanan-pesanan mak inilah sedikit sebanyak, melatih anak sifat kepimpinan dalam diri saya.
- “Belajar betul-betul kak.. mak abah tak sekolah. Kau kena buktikan yang kau tak mewarisi susah mak abah.” Mak pesan macam nilah hari-hari masa saya kecil. Takdelah tertekan pun. Saya bahagia je belajar, sampai sekarang pun Alhamdulillah. Takkan berhenti belajar.
- Jangan main-main bila buat kerja. Sebab, rezeki yang kita dapat tu nanti akan dikongsi dengan anak-anak dan mak ayah juga. “Macam mana nanti ‘dikira’ duit gaji kau tu kak?” Saya faham mak sedang bicarakan tentang keberkatan rezeki. (Sayangnya, waktu emosi turun naik, banyak juga saya terpancit bab yang satu ni.)
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis