Kadangkala anak jadi terlalu berkira dengan mak ayah, bila tiba bab bagi duit gaji. Alasannya, duit makan sendiri pun tak lepas, manalah nak cukup bagi ke mak atau ayah.
Sebenarnya, besar rezeki yang kadang kita tak nampak, bila ikhlas beri duit kepada mak ayah.
Lagi-lagi waktu kita sesak, itulah sebenarnya waktu tepat untuk bersedekah duit pada ibu bapa sendiri.
Waktu serah hadiah duit gaji untuk ibu bapa, minta mak doakan sekali. Mohon ibu doakan agar dimurahkan rezeki. Baik diri sendiri mahupun ahli keluarga.
Bukankah doa ibu itu tiada hijab, Allah makbulkan.
Dulu waktu gaji saya cuma RM800, RM500 tu saya beri ke mak. Walhal waktu itu dah duduk di Kuala Lumpur.
Kalau dicongak, mana lepasnya balance RM300 itu untuk survival di kota besar.
Mana nak agihkan untuk bayar duit bilik sewa, makan, transport bagai. Tapi magiknya, setiap bulan mencukupi untuk saya.
Malah, boleh simpanan untuk tabungan berkahwin.
Diuji Gaji Kecil, Tetap Beri Duit Untuk Ibu Bapa
Lepas itu, bila gaji dah bertambah, Alhamdulillah. Adalah saya beri mak lebih sedikit. Hulur juga ke abah. Seposen dua kata orang. Gembira tengok muka mak abah bahagia.
InsyaAllah, duit bulanan untuk ibu bapa sentiasa ada bahagiannya.
Bukanlah duit itu punca bahagia, tapi ingatan anak-anak itu yang buatkan mereka terasa berbaloi bela dari kecil. Begitulah saya fikir.
Sejak saya sendiri dah jadi mak-mak ini dan seiring peningkatan usia, begitulah gaya berfikirnya. Sebenarnya, mak abah bukannya hadap semua duit anak-anaknya.
Orang tua pun tahu macam mana struggle anak-anaknya nak meneruskan kehidupan yang sudah berkeluarga.
Sebab setiap kali saya memberi duit kepada ibu bapa, mak akan tanya, “Cukup ke duit kau tu nanti.” Nampak muka mak cuak sama.
Takut anaknya ketidak cukupan.
Alhamdulillah, sepanjang berkongsi rezeki dengan kedua ibu bapa ini. Tidak pernah tidak cukup untuk kegunaan diri sendiri mahupun keluarga.
Alhamdulillah, Allah beri berganda daripada apa keperluan kita.
Tidaklah mewah, tidaklah juga kesempitan. Segalanya serba cukup seadanya. Maka, bersyukurlah kerana doa ibu bapa yang masih ada itu, anak-anak masih direzekikan untuk menerimanya.
Barangkali cara begini pun boleh jadi tips rezeki mencurah untuk seseorang yang bergelar anak.
Biar lebih berkat duit gaji yang diterima itu pun iya.
Macam mana pun, kecukupan itu juga kena melibatkan pengurusan perbelanjaan, hutang dan apa yang berkaitan kewangan.
Ini memang kena banyak membaca dan belajar dari yang berpengalaman.
Bersedia Dari Sebelum Pandemik Covid-19
Sebenarnya, sebelum pandemik Covid-19 lagi saya sudah buat persediaan serba sedikit bab survival bila tak bekerja tetap nanti.
Waktu itu sudah ada planning mahu berhenti kerja.
INFO : Belajar Cara BEBAS HUTANG di sini : Jom Bebas Hutang
Jadi segala hutang yang menyakitkan, saya usahakan dulu untuk langsaikan. Macam hutang kereta. Yang tinggal waktu itu cuma hutang rumah sahaja.
Dalam masa yang sama, saya tak juga buat hutang baru. Tapi dalam dok planning nak sekat hutang itu, terlajak juga sudahnya.
Saya terbeli handphone secara kontrak.
Sekarang ini, kalau mahu beli apa-apa. Simpan duit siap-siap. Cukup haul, kita beli saja barang itu CASH. Orang kata ‘cash is KING’.
Betullah tu. Tak payah nak pening kepala lepas tu.
Kalau duit tak cukup, duduk diam-diam. Telan keinginan itu. Berangan boleh. Tapi nak beli dengan hutang.. BIG NO!
Anak-anak Tak Bagi Duit Kepada Ibu Bapa, Pun Boleh Berbakti Sama
Ketahuilah anak-anak, kalau pun tak berupaya, tak berkemampuan untuk beri duit untuk mak ayah sedikit duit gaji. Anak-anak masih boleh berbakti untuk mereka.
Lagipun, sedekah itu bukan semata berbentuk wang ringgit. Kadangkala hulur bantuan dengan tenaga dan kudrat yang ada pun amalan yang baik untuk berbakti kepada kedua orang tua masing-masing.
Saya faham, yang setiap anak-anak itu rezekinya tak sama.
- Ada anak-anak, tuhan lebihkan wang ringgitnya.
- Ada anak-anak, tuhan lebihkan bantu mak ayah dari segi tenaga fizikalnya.
- Mungkin dia bagi duit untuk ibu bapa, tapi bila mak ayah minta tolong hantar ke pasaraya, atau klinik anak itulah yang boleh diharapkan.
Kalau disempitkan pengertian REZEKI untuk gembirakan mak ayah itu, maka hati akan jadi lagi susah. Rasa sempit, sesak dada sudahnya.
Jangan takut untuk belanja ibu bapa, murah rezeki nya nanti. Berusahalah untuk mencari gaji yang berkat.
Amalkan juga baca al mathurat pagi dan petang setiap hari. Selain mohon rezeki seluas lautan, mohonlah sama agar hati-hati saling disatukan.
Perkongsian ini bukan bermaksud apa-apa. Cuma mahu berkongsi pengalaman diri. Dan ujian keimanan itu pun ada turun naiknya. Hari ini begini, esok begitu.
Setiap hari tidak sama. Setiap hari ada tingkat tingkatnya. Begitulah.
Hukum Memberi Duit Kepada Ibu Bapa
Tertanya kan adakah bagi duit kepada ibu bapa ini wajib ke atas setiap anak-anak. Maka mencarilah saya info berkaitan. Dan ini yang saya temui.
Baguslah kiranya dapat dikongsikan agar menjadi kefahaman diri saya dan semua.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan soal memberi nafkah kepada ibu bapa ini wajib kepada anak lelaki mahupun perempuan sekiranya ibu bapanya fakir dan tiada mata pencarian.
Jadi di sini, anak-anaklah kena bersatu hati berbincang macam mana cara untuk membantu mak ayahnya. Memberi nafkah kepada mak ayah yang tak mampu.
Nak-nak ada anak-anak yang berkemampuan dan melebihi keperluannya.
Sebagaimana setiap hari tetapkanlah azam dalam diri untuk mencari rezeki lebih agar dapat membantu mak ayah yang telah membesarkan kita. Menjaga kita dengan sebaik dan penuh kasih sayang sewaktu kita masih kecil lagi.
Semoga tuhan memperluaskan rezeki saya. Agar dapatlah dikongsikan rezeki untuk orang tua saya. Bagi saya ini pun ultimate goal dalam hidup saya. Doakan saya ya.
Baca juga :
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
memang perlu untuk keberkatan rezeki dalam hidup.. tapi ada juga yang jenis dia tak beri duit cash tapi menyumbang barang2 keperluan.. rasanya sikit sebanyak membantu jugak bertambahnya rezeki..
Kita bagi duit byak mcm mana pun xkan dapat balas jasa ibu dan ayah.. Tp sbgai anak kita mau juga bahagiakan mereka dgn hasil keringat kita kan.. Apatah lg jauh dr ibu bapa.. Sedekah yg paling afdal adalah bila kita memberi dgn keluarga kita.. InsyaAllah akan peroleh keberkatan dan redha ibu bapa..
tq puan.
sy belajar banyak mengenai rezeki dari post ni. setuju part rezeki pada anak tu datang dalam pelbagai bentuk. syukur dengan apa yang ada
Betul kalau mak ayah masih ada boleh terus beri kepada mereka tapi bagi yang telah tiada boleh sedekahkan dekat surau atau masjid atau pada tempat yang betul InsyaAllah… ada pahalanya
Why sis why beli handphone secara kontrak, nangis jela nak tunggu habis hutang tu .. memang tanggungjawab kita untuk gembirakan ibu bapa, diorang tu kalau kita belanja barang keperluan dapur or bawak keluar makan pun dah happy gila
Betul sangat. Walaupun dari sekecil-kecil nilai . Diorang gembira pahala untuk kita
Ni betul sangat.
Kalau ada rezeki , kongsi dgn mak bapa. Rezeki Tak banyak, tapi sentiasa cukup.
Tak bekerja, boleh ringankan tulang bantu mak bapa permudahkan urusan mereka spt jadi driver hantar mereka ke klinik jika diperlukan, Insya Allah hidup sentiasa gembira dan mudah.
Wah hebat lah nett. K.azni tak de mak ayah dah. Tp bulanan tetap bagi mak tiri. Dah janji dengan arwah bapak dr dulu
Alhamdulillah… perkongsian yang amat baik… betul tu, sedekah yang utama ialah sedekah kepada ibu ayah dan juga kaum kerabat.
Aya setuju. Berilah dan usahalah untuk memberi jugak pada ibu bapa kita. Kadang2 mereka tak nak pon. Tapi ingatan kita pada mereka tu yg buat mereka gembira.