Sebuah perjalanan yang panjang

Malam semakin larut, sebenarnya dah tiada istilah malam pun. Pagi2 buta dah ni. Demi cuti Raya Haji yang bakal menjelang dua tiga hari lagi, aku tidak kisah andai terpaksa berjaga hingga ke malam hari demi menyudahkan bahan2 yang masih belum terlangsai. Tak sanggup rasanya nak biarkan wajah Kak Rose merah padam bila aku terbabas deadline (sebab aku perasan kalau Kak Rose tension muka dia akan jadi merah padam..hiks)

Dalam pada itu, masih sempat lagi mengikuti aktiviti mendengar taklimat penerangan mengenai produk SNE di De Palma Shah Alam. Jam 8 lebih kelas bermula. Hampir satu pagi baru sampai rumah. Uruskan anak2, sempat siapkan satu artikel dan layan blog lagi. Macam2 input yang diperoleh. Bukan sekadar cerita MLM biasa. Aku pernah juga ikuti beberapa seminar MLM tetapi SNE jauh berbeza. Tiada yang glamor di dalam SNE tetapi konsep membantu itu begitu dekat di hati. Seakan ada satu kuasa tarikan yang Maha Hebat agar aku terus bertahan dengan SNE ini.

Aku tidak berani untuk memperkatakan tentang ‘Jihad Perniagaan’ kerana perkataan itu terlalu suci dan begitu dalam maknanya. Tetapi setiap paparan testimoni yang diperkenalkan oleh Tuan Haji (maaf pagi2 buta nih ingatan aku tak berapa baik sangat..memang tak ingat langsung nama penceramah tuh) betul2 mengkagumkan lalu menjadikan aku lebih dekat dengan Maha Besar Allah.

Setiap kali aku jauh dariNya, perniagaan ini, pekerjaan ini menjadikan aku kembali tabah dan kuat. Bukankah setiap hari yang dilalui itu merupakan perjalanan ibadah. Sebab itulah sejak akhir-akhir ini aku kerap mendengar berbuatlah baik setiap masa. Kita tidak akan tahu bilakah nanti kita akan berjumpa dengan Allah.

‘Bukan mudah untuk menjadi mudah dan bukan susah untuk menjadi susah’. Suatu ketika dahulu aku pernah menginterview seorang peniaga MLM (bukan produk SNE). Dan ungkapan inilah yang aku dengar dari mulutnya. Sebagai wartawan yang tidak mempunyai jiwa terhadap perniagaan, aku hanya menganggap ungkapan ini biasa-biasa sahaja. Setelah belajar perlahan demi perlahan, bagaimana sukarnya memiliki kerjaya dalam masa yang sama membuat perniagaan sampingan, ternyata ungkapan ini memberi makna yang cukup mendalam dan terkesan sehingga melewati setiap urat nadiku. Benar….bukan mudah untuk menjadi mudah.

Terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan. Namun, setiap pengorbanan itu tumpuannya adalah untuk mencari keredhaan Yang Esa. Lagipun, aku ini tidak punya apa2. Segalanya adalah milik Yang Esa. Tapi sebagai insan yang lemah amat sukar sekali merealitikan maksud “segalanya adalah milik Yang Esa”. Dalam hati tetap ada sedikit kenegatifan sifat yang begitu sukar untuk dineutralkan.

Semoga aku akan terus tabah dan bertahan dalam sebuah perjalanan yang amat panjang ini. Amin

Leave a Reply

error: Content is protected !!