transfer-maybank-ke-tabung-haji

Transfer Maybank Ke Tabung Haji Tanpa Caj Guna THiJARI

Transfer Maybank ke Tabung Haji tanpa caj guna THiJARI | Cara pemindahan duit Maybank2u ke Tabung Haji ini tiada sebarang cas waima RM1.

Ada dua cara yang boleh digunakan untuk buat pindahan duit dari bank lain ke Tabung Haji.

Pertama adalah menggunakan perkhidmatan JomPay dan cara kedua adalah melalui pemindahan wang di laman web THiJARI Tabung Haji itu sendiri.

Tetapi, saya tidak akan berkongsi akan cara menggunakan JomPay. Kerana, servis di JomPay ini akan mengambil masa sehari untuk update jumlah amaun yang sudah masuk dalam akaun.

Kalau anda boleh sabar menunggu, silalah guna.

Macam saya ini jenis penakut sikit. Jadi, saya pilih jalan selamatlah. Sebelum ini saya transfer duit Maybank ke Tabung Haji guna Maybank2u saja.

Dan saya dikena caj RM1 untuk setiap transaksi. Kalau buat simpanan Tabung Haji untuk diri sendiri dan anak-anak, bermakna sebulan kena potong RM4.

Itu baru simpanan di Tabung Haji, tak melibatkan lain-lain transaksi pengeluaran Tabung Haji ke Maybank misalnya. Banyak jugalah untuk servis pemindahan wang itu.

Kebetulan terjumpa info cara transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji melalui THiJARI. Saya pun cuba. Mudah rupanya dan betullah tidak dikenakan sebarang caj perkhidmatan.

Begini Cara Transfer Maybank Ke Tabung Haji Melalui THiJARI

Saya berikan tutorial bergambar ya. Lebih mudah nak memahamkan nanti.

  • Log in ID Pengguna – masukkan ID pengguna yang dah didaftarkan di Tabung Haji.
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan.
  • Jika belum ada akaun, boleh rujuk informasi di bawah untuk pendaftaran.
Bila ada akaun Tjahari, barulah boleh buat transaksi simpanan Tabung Haji tanpa caj secara online ini.
transfer-maybank-ke-tabung-haji
  • Pada dashboard, klik pada ruangan pindahan.
  • Pilih Pindahan – Bank ke Akaun TH
transfer-maybank-ke-tabung-haji
  • Pilih akaun TH yang anda mahukan. Sebenarnya ini kali pertama saya cuba menyimpan di laman web Tjahari ini. Cuba pada akaun anak dulu.
  • Kemudian, saya masukkan amaun simpanan. Cuba dengan RM10 dulu. (kalau gagal pun risiko kegagalan tu taklah besar. Kalau anda tak yakin, cuba saja dulu dengan RM1.. hahaha)
  • Masukkan rujukan penerima. Saya memang selalu guna ‘simpan TH’ atau ‘keluar TH’.
  • Tarikh transaksi tu dia auto.
  • Masukkanlah emel yang aktif ya. Ini untuk pemberitahuan kepada anda juga.
  • Klik button hijau berikutnya.
transfer-maybank-ke-tabung-haji
  • Cheklah akaun tu betul atau tak.
  • Scroll Pilih bank mana. Macam saya pilih transfer Maybank ke Tabung Haji.
  • Klik butang hijau Teruskan.

Baca : Guna secure2u pindah duit Tabung Haji Ke Maybank

Step Ini, Simpan Duit Tabung Haji Tanpa Caj

transfer-maybank-ke-tabung-haji
  • Pastikan maklumat dah betul, baru klik continue.
  • Perhatikan Fee Amount tu, kosong kan. Haa.. bermakna tanpa caj lah tu.
transfer-maybank-ke-tabung-haji
  • Buat permohonan TAC.
  • Bila dah dapat nombor TAC dari telefon bimbit anda, sila isikan dalam ruangan kosong SMS TAC tu.
  • Tekan butang kuning Confirm.
transfer-maybank-ke-tabung-haji
  • Bila dah sampai tahap ini, bermakna transaksi transfer Maybank ke Tabung haji itu telah berjaya dilakukan.
  • Klik Return to Merchant’s Page

Baca : Cara transfer duit guna DUITNOW Maybank

Cara Simpan Duit Tabung Haji Tanpa Caj Telah Berjaya

  • Seterusnya, anda akan dibawa ke bahagian resit online. Masa ini kalau nak save atau screenshot resit online ini pun boleh.
  • Sebaik selesai di sini, anda akan terlog out dengan sendirinya.

Baca : Simpan RM5, cabaran menabung dengan gaji kecil

Semak Untuk Kesahihan Pemindahan Wang TH Tanpa Caj Melalui Tjahari Berjaya

Ini pilihan ya. Nak buat boleh tak nak buat pun takpe. Terpulang pada anda.

Macam saya, sebab nak buat tutorial ini kenalah betul-betul pastikan kejayaannya. Kang beriya tulis sini, sekali salah kau. Hahaha.. naya pak karim.

transfer-maybank-ke-tabung-haji
  • Saya log in semula akaun THiJARI,
  • Pada dashboard, saya klik Ringkasan Akaun.
  • Pilih akaun mana saya nak periksa. Macam kes ini akaun anaklah kan.
  • Pada sejarah transaksi, klik Semua Transaksi
  • Di ruangan Tempoh, pilih Hari Ini.
  • Tekan butang hijau Cari Transaksi
  • Dan jumlah transaksi akan dipaparkan nilainya.
  • Confirm telah berkaya.

Alhamdulillah, nampaknya proses ini tidaklah rumit mana. Bermakna bulan ini dan seterusnya boleh buat cara macam ini sajalah.

Cuma, bila nak pindah duit Tabung Haji ke Maybank masih kena guna aplikasi Maybank2u online. Nak buat macam mana kan.. sesekali bila datang sesak tu kenalah keluar juga.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!