Nak Bersedekah Tak Perlu Tunggu Kaya ‘Power Of Sedekah’

Sedekah Tak Perlu Tunggu Kaya Baru Nak Buat

Berkongsi rezeki melalui amalan sedekah itu sebenarnya amat mudah pada sebutan. Namun, mahu menjadikannya benar amat sukar dilakukan. Terutama buat ‘mereka’ yang belum celik iman.

Dari hari ke hari saya semakin memahami makna ‘The Power Of Sedekah’.

Perbandingannya mudah; cuba berikan sebiji gula-gula kepada salah seorang anak kecil kita. Kemudian, minta mereka membahagikan gula-gula yang sudah di tangan.

Apa reaksi spontan anak kecil kita. Geleng kepala tidak mahu, buat muka bengang, tantrum sebab bahagian dah makin mengecil. Paling ganas terus lari dengan gula-gula di tangan.

Saya juga pernah jadi sebegitu. Sangat sukar mahu mengeluarkan sebahagian ‘besar’ duit yang Allah pinjamkan. Mungkin juga disebabkan saya ini dibesarkan dalam keadaan ‘wang’ itu amat penting untuk survival.

Kisah Ini Mengubah Konsep Sedekah Saya

Jelas terlihat betapa susahnya emak dan abah mahu mencari rezeki. Jadi, bila ada duit saya amat menghargainya dan ‘jatuh’ sayang. Kalau boleh simpan saja diam-diam.

Suatu hari, sekitar tiga tahun lalu saya ke tugasan menemuramah seorang remaja perempuan yang terlantar di hospital.

Kisahnya, remaja ini mahu pulang ke institusi pengajian yang tak jauh dari rumahnya di Sabak Bernam.

Tiba di satu simpang, sebuah kereta telah melanggar motosikal yang dipandu sehingga adik ini melambung menghentam tiang elektrik.

Itu tragedi langgar lari. Akhirnya, adik itu ‘paralyse’. Hendak menggenggam bola pun nampak seksanya adik ini berusaha. Apatah lagi mahu mengenal ibu, ayah dan abang-abang yang amat menyayanginya.

Dan, jangan mimpi pemandu itu mahu menjenguk, mengenang tentang kejadian langgar lari itu pun belum tentu dia mahu fikirkan. 

Apa dia ingat dia langgar nyamuk?

sedekah
Ok, saya mengaku gambar ini tak nampak pun kaitannya dengan entri kali ini. Memang pun saja letak, sebab nak ‘bagitau’ inilah muka-muka ‘hepi’. Cuba saya lebih ikhlas waktu bersedekah mesti saya lebih ‘hepi’ kan? Tapi ikhlas itu pun bukan kita boleh ukur, Allah jugalah sebaik-baik penjaga hati.

Jangan Takut Sedekah

Walaupun cuma seketika saya melawat adik itu di hospital cum menemuramah ahli keluarganya, perasaan sayu tetap berbekas di hati.

Adik itu anak kesayangan keluarga, sentiasa dijaga baik oleh abang-abang dan ibu ayahnya. Bila sudah begitu takdirnya, apa lagi yang dapat dikisahkan oleh keluarga itu.

Hanya berserah pada Yang Esa, moga diberikan petunjuk yang sebenar-benar petunjuk.

Bak kata kawan saya, Anies Suzana yang juga berhadapan musibah sebegitu. Barangkali kemalangan itu adalah asbab Allah mahu memanggil hambanya yang terpilih untuk pulang ke kampung Akhirat.

Tetapi yang melanggar itu, jangan sampai Allah hilang dalam hatinya. 

Dan sebelum pulang, saya masuk ke bilik air membelek dompet. Yang ada cuma RM20 dan RM50. Hati ini benar-benar mahu meringankan beban ahli keluarga ini.

Tapi dalam masa yang sama, saya masih berkira-kira.

Mahu beri yang kecil atau yang besar. Kalau beri yang besar, bulan gaji masih di tengah-tengah. Boleh sesak, kalau keputusan bekalan. Hati saya masih juga begitu.

Terus berkira-kira. “Tak pernah-pernah aku derma sampai RM50. Isk!” Itulah yang sesekali terdetik di hati saya.

Rupa-rupanya, proses mendidik hati agar berani berkongsi rezeki melalui bersedekah ini telah mengubah persepsi saya bahawa konsep ‘menderma itu tidak membuatkan saya bertambah miskin’. 

Sebaliknya, kata-kata nakal saya itu telah Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih besar. Bukan sahaja soal wang ringgit tetapi tentang hadiah rezeki itu sendiri.

Baca : Karipap berderai, ada teladan perlu difahami

Bila Hati Tenang, Segalanya Jadi Mudah  

Dan ada satu ketika, dalam tempoh setengah bulan, saya pernah mencatatkan aliran keluar masuk wang saya setiap hari. Setiap apa yang saya dapat, saya catat.

Begitu juga bila wang yang saya keluarkan. Hatta memberikan 10 sen kepada anak-anak pun saya tandakan dalam buku biru itu.

Tapi cukup setengah bulan saja sebelum saya ambil keputusan berhenti mencatat. Kenapa? Sebabnya saya nampak aliran itu lebih banyak keluar dari yang disimpan.

Tapi keluar bukan dalam konteks ‘shopping’. Lalu saya fikir tidaklah perlu saya terlalu berkira-kira dengan Allah.

Syukurlah, sampai hari ini saya masih jelas tentang The Power Of Sedekah. Ia mengundang; ketenangan hati; tidaklah menjadikan saya kaya raya (walaupun dalam hati kata Nak Kaya!) tapi tidaklah sampai kesempitan.

P/S: Pemahaman ini saya kaitkan untuk diri saya sendiri ya. Orang lain saya tak tahu.

Hakikatnya, rezeki itu bukan saja ada duit yang banyak. Tapi segala aspek yang berkaitan ketenangan hati. Suami yang amat-amat memahami.

Anak-anak yang manja-manja nakal saja. Urusan kerja yang akhirnya dipermudahkanNya (walaupun stressnya nauzubillah).

Berkongsi Lagi Rezeki Melalui Bersedekah

Hari ini, saya berkongsi rezeki melalui bersedekah dengan insan kesayangan ‘hamba’. Rupa-rupanya membuatkan insan kesayangan gembira, akan Allah gantikan dengan kebahagiaan yang berganda.

Tak semena-mena, malam ini, ramai pula yang whatsapp bertanyakan tentang serbuk cheese yang sudah seminggu saya kepamkan jualannya.

Ada juga perkhabaran mendebarkan. Namun, akhirnya Allah hadirkan ketenangan apabila adik yang saya temuramah berpihak kepada saya.

Sampailah hari ini, sudah tiga hari saya mencari kereta mainan elektrik untuk shooting hari Isnin yang bakal menjelang. Puas saya bertanya ke sana ke mari.

Malam ini juga, saya telah jumpa kereta itu. Dan kata anak buah saya, Tasha Emaliza yang baik hatinya, kereta itu boleh diambil esok hari.

Zarif yang kebiasaannya sedikit manja dan nakal, malam ini baik-baik saja. Boleh pula cari roti sendiri dan makan ‘maggie’ dengan tenang.

nettyahhiyer.com

Ok, saya tahu maggie itu tidak bagus. Tapi sesekali makan, nikmatnya pemakan maggie saja yang tahu. 

Sedikit perkongsian saya tentang konsep rezeki melalui bersedekah di facebook peribadi.

P/S: Mood selepas separuh membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Al Fatihah. Semoga kita dapat memanfaatkan idea ‘The Power Of Sedekah’ ini.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 5 Mei 2015

Leave a Reply

error: Content is protected !!