Bilik tidur minimalis selepas banjir | Pertengahan Disember lalu, rumah saya dilanda banjir separas lutut. Tak terkata bila tengok air banjir bercampur lumpur memenuhi setiap ruang rumah; ruang tamu, dapur, bilik tidur malah bilik kerja.
Banyak jugalah perabot yang tak dapat diselamatkan. Ada juga beberapa peralatan elektrik yang tak berfungsi dan terpaksa dibuang.
Saya teringat, waktu malam pertama di Pusat Pemindahan Sementara mangsa banjir, saya dan suami duduk di satu sudut. Saya kata, “Abang.. kita total lost.. allahuakbar.” Air mata tu tak pasal-pasal mengalir laju.
Suami pegang bahu saya.
“Sabar..” Itu saja yang dia sebut. Magiknya, kata-kata itu cukup menenangkan. Dan dalam hujan yang masih lebat itu, saya kembali berdoa.
Semoga apa yang saya sebutkan tadi tuhan tak makbulkan.
Dalam hati saya sebut, “Ya Allah, aku melihat musibah mu ini sebagai hidayah untuk ku.” Selepas itu, kami jalan terus. Tak mahu dah fikir sedih-sedih.
Sesekali saya kongsi memori banjir di facebook. Sebagai kenangan untuk saya simpan dan jadikan pedoman diri sendiri. Alhamdulillah.. saya tak ambil masa yang panjang untuk menyelesaikan urusan melibatkan banjir.
Dari proses mohon bantuan banjir, mengemas rumah (yang major), membaiki kereta yang terendam dan hal-hal lain dapat diselesaikan. Sebenarnya ada lagi yang lain-lain belum selesai tu.. tapi tinggal yang kecil-kecil saja.
Kita buat saja pelan-pelan.
Tak perlu paksa diri.
Macamana Terciptanya Ruang Bilik Tidur Minimalis
Sisih Dan Beri Kain Baju Elok Pada Orang
Selepas banjir, semua perabot termasuk seketul tilam dalam bilik tidur utama di rumah saya rosak dan perlu dibuang. Bayangkan, bila dah tak ada perabot.
Mana nak letak kain baju yang banyak tu.
Akhirnya, saya fikir lebih baik beri dekat orang mana yang masih elok. Maka, bermulalah proses ’sorting’ kain baju termasuk langsir bagai.
Toto-toto lama itu packing siap-siap, boleh bawa balik kampung. Di kampung pun selalu kami menumpang tilam kakak. Lepas ini, boleh pakai yang sendiri punya.
Nah! ada 3 bungkus plastik hitam (lebih kot!) yang semuanya kain baju, langsir toto bagai boleh diberi pada orang lain.
Yang tinggal cuma ini saja. Di rak tergantung dan dalam almari Vuku. Ada juga yang saya bagi Qaseh sebab elok muat di badan dia.
Ok, selesai bab kain baju.
Baca : Rentas negeri, jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh
Cantikkan Semula Dinding
Lepas banjir ini, dinding akan jadi berbekas dengan kesan air banjir lumpur. Dinding pun jadi lembap. Sebab saya malas nak pening-pening.
Saya belikan wallsticker 3D di shopee. Sehelai tu dalam RM1.85 – RM1.87 sen (tengok harga promo dia bagi). Tampal dekat bahagian bawah saja.
Sebabnya tak begitu rajin nak tampal penuh. Kita buat slow-slow dulu. Anggaran dalam 30 keping, dapatlah comelkan balik dinding (bahagian bawah) ruang bilik ini.
Ini cara paling cepat untuk saya. Sebab malas nak cat-cat bagai.
Bilik Tidur Tanpa Katil
Bila katil pun dah musnah, sementara nak beli baru, letaklah tilam atas lantai. Eh! cantik pulak letak atas ni tanpa katil. Kebetulan, kak Laila beri set cadar warna hijau bunga-bunga.
Pasanglah siap-siap. Alhamdulillah. comel juga.
Maka, kami pun buat keputusan tak payah beli katil. Bawah katil pun tak lapik apa-apa. Lantai rumah ini jenis marble. Jadi, tak adalah tilam jadi lembab ke apa.
Maka, terhasillah bilik tidur simple dengan tilam tanpa katil.
Pilih Rona Putih.. Menyerlah Ruang Bilik
Entahnya.. tiba-tiba terberkenan pulak dengan warna putih ni. Maka, segala perabot termasuk rak dan langsir semua dipilih dengan warna putih.
Dan dari Ikea.. kikiki.
Pembelian perabot baru di rumah ini pun daripada sedekah kawan-kawan. Alhamdulillah.. dapatlah beli meja komputer dalam bilik tidur saya ini.
- Meja komputer MICKE – RM199
- Kerusi LOBERGET – RM99 (boleh dilaras dengan cara pusingkan)
- Pelapik kerusi – RM29
- Rak atas tilam LACK – RM99
- Kabinet putih MALM 6 drawer – RM659
Ada seketul lagi almari rendah rona putih dalam wishlist. Cuma, hari tu masa recce-recce tak jumpa lagi. Tanpa disedari, rupanya warna putih ni beri impak luas pada bilik tidur.
Rasa tenang je. Budak-budak pun seronoklah. Asal masuk bilik mak diaorang.. mula lah jeles. Lagi-lagi si Zarif, “takpe mak.. mak ada bilik cantik. Adik bilik pun takde.”
Hahaha.. begitulah si Zarif.
Sebenarnya, bagus bila dalam rumah tak banyak barang. Rasa lapang saja. Kadang bila nak melepaskan sesuatu yang kita sayang tu memang susah, tapi insyaAllah boleh sebenarnya.
Projek dekorasi bilik tidur minimalis ini masih panjang lagi.. jauh lagi nak selesai. Saya share dulu proses awalnya. Semoga yang sedikit ini boleh beri manfaat pada orang lain juga.
Hasil Selepas Beberapa Minggu
Masa ini saya dah letak pokok keladi atas rack. Letak juga bekas lampu lantera ikea, urskilja.
Harganya dalam RM19.90.
Nanti boleh letak lilin aromaterapi dalam tu dan nyalakan malam hari. Bila nak tidur malam kan, semerbak tenang bau bilik ni.
Tapi ikut mood juga. Bila datang malas, wangi ke mana.. lilin pun ke mana. Hahaha.
Cukuplah hiasan atas tu. Tak mau berlebih-lebih.
Biar simple gitu, minimalis kan katanya.
- Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis
- Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Wahh rasanya mmg lagi best dari dulu kaaaan … tambah lampu nett
Saya memang jenis tak suka rumah banyak perabot… Style rumah Nobita sudah je… Simple but nice je tanpa perabot asalkan pandai susun…
Moga dipermudahkan urusan mengemas selepas banjir… banjir dah pernah rasa dia punya penat nak kemas tak tahu nak mula yg mana satu… menung tgk semua yg musnah…