Ramadan 2024 Ahlan Wa Sahlan

ramadan
Sentuhan fotografer Indonesia, Jody Zulkarnaen. Subhanallah..cantik! Sesuai sangat digunakan untuk jadi gambar latar entri kali ini.
Selamat datang bulan Ramadan, bulan untuk umat Muhammad s.a.w. Bulan penuh keberkatan untuk kita semua mengambil peluang mensucikan dosa, mengambil ikhtibar dalam setiap ujian yang Allah berikan untuk meningkatkan ketaqwaan hambanya.Kembara iman ini terus dilalui dengan penuh nikmat kesyukuran. Sesungguhnya Ramadan kali ini aku mengharapkan nikmat keberkatan dan keredhaan dari rabbul alamin. Sebagai hamba yang hina dan tidak pernah bebas dari melakukan dosa baik kecil mahupun besar, sama ada sengaja mahupun tidak, aku memohon keampunan dariNya. Moga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik buat diriku, suamiku dan juga kedua-dua belah ibu bapaku serta adik-beradikku dan umat Islam sekalian.

Ramadan Terbaik

Alhamdulillah, sepanjang 8 hari menjalani ibadah puasa, Allah beri kemudahan untuk aku meneruskan kembara iman ini. Walaupun bebanan tugas begitu mencabar minda, aku dapat melalui kepayahan itu dengan bantuanNya. Setiap tugasan yang dirasakan begitu sukar sekali untuk diperoleh dan mustahil untuk dilaksanakan, dapat juga disudahkan dengan pertolonganNya. Bukankah kita perlu kembalikan setiap perkara dan ibadah yang dilakukan sehari2 kepadaNya.

Sesungguhnya Allah jualah yang menggenggam hati setiap manusia. Dan dialah sebaik2 pertolongan. Semoga Allah tidak memutuskan hidayah yang telah diberikan untuk kami sekeluarga. Amin.

Ramadan ini baik juga ambil ikhtibar dari ummul kitaab yang merupakan induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi intisari dari kandungan Al-Quran sendiri (sumber wikipedia.org)

Terjemahan Surah Al-Fatihah ayat 1-7

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin…perkenankanlah doa hambamu ini Ya Allah.

Baca juga : doa 10 malam terakhir ramadan bertemu lailatul qadar

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!