sup ayam simple

Resepi Sup Ayam Simple Jernih No.1 Tersedap Ala Samgyetang

Paling mudah sebenarnya buat resepi sup ayam simple yang jernih ini. Sajian sihat yang tak perlu tumis bahan sup dengan minyak. Cuma perlu mereneh ayam dahulu. Bawang goreng asing dan tuang dalam kuah sup kemudian.

Akan membangkitkan aroma wangi yang bergabung dengan rasa semulajadi renehan isi ayam itu. Sedap betul. Sebab itu, saya cukup gemar memasak resepi istimewa sup ayam simple macam ni. Clear chicken soup ini tersangat sedap, tak sarat rempah-rempah. 

En yem dan anak-anak pun suka. Sup ayam jernih ini juga tak gunakan sup bujut. Isi ayamnya boleh dipotong kecil-kecil. Nak lagi feel macam sup samgyetang Korea tu, ayam dibelah 4 saja. Sup ayam simple tanpa sup bunjut ni senang je nak buat.

resepi sup ayam Simple Dan Sedap Ala Samgyetang

Durasi memasak : 1 jam

sup ayam simple
Ayam belah 4 untuk dapatkan feel sup ayam kosong jernih ala samgyetang Korea. Makan pula dengan bubur kosong dan sambal sup ayam power.

Bahan-bahan Untuk Rebus Sup Ayam Simple

  • 1 ekor ayam – cuci bersih dan potong kecil/belah 4
  • 1 inci halia – hiris sederhana
  • 3 akar daun ketumbar (optional)
  • 1 batang lobak – potong bulat
  • 2 biji kentang – belah empat
  • Sedikit biji ketumbar – ditumbuk halus
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil (saiz sudu KFC) perencah pati ayam Tumix

Bahan-bahan Untuk Digoreng

  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris 
  • 1 batang kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan Untuk Hiasan

  • Daun ketumbar /daun sup /daun bawang – dihiris
  • Sedikit jus limau nipis (optional)

Cara Masak Sup Ayam Simple

  1. Masukkan ayam dan halia dalam periuk. Isikan air secukupnya untuk merenehkan ayam. Jumlah air itu biarlah sampai ayam tenggelam.
  2. Gunakan api perlahan untuk merebus ayam. Rebus sampai ayam empuk. Bolehlah masukkan sayuran lobak mahupun kentang waktu ini. 
  3. Kemudian, masukkan biji ketumbar yang dah ditumbuk tadi, sos ikan dan perencah tumix. Kalau tak ada boleh tukar kepada stok ayam atau perasa Knorr ayam. Boleh juga perasakan dengan garam. Biarkan sup merenah sehingga ayam dan sayuran menjadi empuk.
  4. Sementara itu, boleh goreng halia, bawang besar, bawang putih, kayu manis dan bunga lawang. 
  5. Bila ayam dah empuk betul bolehlah masukkan bahan gorengan tadi. Boleh jika nak masukkan minyak gorengan sekali. Kalau tak nak pun ok. Saya masukkan sedikit saja. Lebihan minyak tu nanti boleh guna untuk menumis.
  6. Boleh matikan api. 
  7. Akhir sekali boleh masukkan hirisan daun ketumbar atau daun sup dan daun bawang serta jus limau nipis. Cara ini akan membangkitkan rasa wangi dalam masakan sup ayam mudah ni. 

Baca juga : Resepi ayam ungkep 30 minit siap, rempah jawa mak tak tumis

Sambal Sup Ayam Power

Durasi penyediaan : 15 minit

Bahan-bahan 

  • 3 biji cili hijau – dihiris
  • 6 tangkai cili padi – dihiris
  • 3 sudu kicap cair
  • 11/2 sudu sos ikan
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu gula
  • Sedikit paprika
  • Sedikit asam jawa
  • Perahan limau nipis

cara membuat sambal Sup Ayam

  1. Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati.
  2. Siap.

Tip Jadikan Sup Ayam Jernih Sedap Berganda

  • Semasa merenah ayam, akan naik buih putih nanti. Buangkan buih putih untuk menjadikan sup ayam yang jernih.
  • Mereneh sup ayam simple lama sehingga 45 minit akan membuatkan rasa semulajadi ayam sebati dengan kuah sup.
  • Selain mencampurkan sayuran lobak dan kentang. Boleh juga masukkan cendawan dan tomato malah cili padi merah.
  • Jika tiada daun ketumbar. Boleh saja gantikan dengan daun sup dan daun bawang. Saya masukkan juga daun ketumbar jawa untuk membangkitkan aroma sup yang lebih kuat. 
  • Sup ini akan ada sedikit persamaan rasa dengan sup ayam thai yang sedap.
  • Nak lagi sedap, gunakan ayam yang dibelah empat. Ia akan menghasilkan rasa sup yang lebih enak.
  • Hidangkan sup ayam simple dan makan dengan nasi panas.
  • Selalu makan sup ayam campur sambal kicap sup ayam kan. Kali ini cuba buat sambal sup ayam power saya kongsi tu. Sedap sungguh dimakan bersama sup ayam kosong saya kongsi ini.

Baca juga : 2 resepi maggi kari sedap masak tumis, sup dan goreng termudah

sup ayam simple

Jenis-jenis Sup Ayam Mudah Boleh Dicuba

Ikutkan ada bermacam versi cara memasak sup ayam ini. Ada yang perlu ditumis dahulu. Terus rebus ayam saja pun ada. Ada yang guna rempah sup, sup bunjut dan sebaliknya.

Apa pun setiap jenis masakan sup ayam ini mempunyai keistimewaan dan rasa unik yang tersendiri. Ini senarai sup ayam yang boleh dicuba.

  • Resepi sup ayam Khairul Aming – ada penggunaan rempah sup dan rasanya lebih pekat.
  • Resepi sup ayam Che Nom – sup ayam simple yang perlu ditumis dahulu bahan masakannya.
  • Resepi sup ayam bunjut – ada penggunaan sup bunjut dalam pembuatan sup.
  • Resepi sup ayam tumis darat – sup direbus dahulu, bahan tumisan dimasukkan kemudian.

Kenapa Sup Ayam Bagus Untuk Diet Seimbang

Bagi anda yang agak selektif dalam pemilihan makanan. Sajian sup ayam simple antara pilihan yang boleh dicuba. Ayam mempunyai protien yang baik untuk tubuh. Begitu juga sajian ini rendah lemak.

Jika sedang berdiet, anda boleh membuang lemak ayam dan mereneh ayam tanpa lemak untuk dijadikan sup. Tentunya bahan masakan yang digunakan dalam sup mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh. Lobak bagus untuk penglihatan malah bawang juga bagus untuk anti oksida. 

FAQs

Adakah boleh menggunakan ayam beku untuk resepi ini?

Ya, boleh menggunakan ayam beku. Pastikan untuk defrost ayam dengan betul sepenuhnya sebelum memasak.

Berapa lama sup ayam boleh disimpan dalam peti sejuk?

Sup ayam boleh disimpan dalam peti sejuk selama kira-kira 3-4 hari dalam bekas yang tertutup rapat. Usahakan juga untuk simpan ayam dengan cara yang betul dalam peti sejuk.

Bolehkah saya menambah lebih banyak sayur-sayuran dalam sup ayam?

Tentu! Anda boleh menambah pelbagai sayur-sayuran untuk menambah nutrisi dan citarasa.

Adakah sup ayam sesuai untuk kanak-kanak kecil?

Ia adalah hidangan yang sesuai untuk kanak-kanak, terutamanya jika bahan-bahan dipilih dengan teliti.

Bolehkah saya menyimpan sup ayam dalam peti beku (freezer)?

Ya, sup ayam boleh disimpan dalam peti beku dalam bekas yang sesuai selama kira-kira 2-3 bulan. Cara terbaik untuk simpan lauk adalah sejukkan dahulu pada suhu bilik. Kemudian, masukkan bekas. Tutup rapat dan masukkan dalam peti beku. Sebaiknya tandakan tarikh simpan lauk untuk memastikan lauk yang disimpan masih berkualiti baik untuk dimakan kemudian hari.

Tags:

5 Comments

  1. Shida Rahmat December 22, 2023
  2. ziana eunos December 25, 2023
  3. MrsPip December 26, 2023
  4. MAMA REEN December 26, 2023
  5. SiennyLovesDrawing December 27, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!