terung berlada

Resepi Terung Berlada Wong Solo Sedap No.1

Resepi terung berlada ini antara menu terkenal di restoran Wong Solo. Terungnya boleh dibakar atau digoreng dahulu baru dicurah sambal balado.

Sangat sedap dimakan bersama nasi ayam penyet dan sambal ayam penyet ala Indonesia. Nak-nak dapat nasi panas-panas.

Bila mana dapat makan resepi terung berlado ini, memang tak pandang kiri kanan. Cara penyediaan terung berlada ini pun mudah saja dan tak ambil masa yang lama. 

Resepi Terung Berlada Wong Solo Yang Sedap

Durasi memasak : 40 minit

Bahan-bahan

  • 2 batang terung panjang – dibelah dan dipotong kecil
  • 3 biji bawang merah – ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • Segenggam ikan bilis – ditumbuk
  • 2 tangkai cili merah besar – ditumbuk
  • Sedikit pes asam jawa
  • Garam, gula, perasa
terung berlada

Cara penyediaan terung goreng berlada

  1. Terung yang dipotong kecil tadi boleh dibakar atau digoreng dalam minyak yang banyak. Jika anda memilih untuk menggoreng, toskan minyak sebaik terung siap digoreng.
  2. Sementara itu, boleh panaskan minyak dalam kuali. 
  3. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau. Boleh masukkan sedikit pes asam jawa dan perasakan dengan garam, gula dan perasa. 
  4. Bahan tumisan boleh letak atas terung goreng yang dah ditos. Cuma, saya tak begitu rajin, selepas padamkan api dapur, saya masukkan juga terung dalam tumisan dan kacau sekejap.
  5. Bolehlah diangkat terung berlada itu.

Resepi Terung Berlada Simple Sos Thai Tumis

Bahan-bahan

  • 2 batang terung – dibakar atau goreng
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 5 tangkai cili padi – dihiris
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit taucu
  • Daun ketumbar
  • Gula dan perasa

Cara Masak Sambal Terung Berlada

  1. Bakar atau goreng terung hingga masak. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi sampai naik bau. Masukkan sos ikan dan taucu.
  3. Kacau sebati dan perasakan dengan gula dan perasa (optional). Tak perlu masukkan garam sebab taucu dan sos ikan dah masin.
  4. Tuang sos thai tumis atas terung tadi.
  5. Sambal terung berlada sedia untuk dinikmati.

Info Masakan

Terung tidak perlu dibuang kulit, kerana khasiat terung terletak pada warna ungu kulit terung itu. Kalau dah dibuang, tiadalah khasiatnya nanti.

Jika tak boleh makan ikan bilis, boleh gantikan ikan bilis dengan udang kering, Rendam udang kering, toskan dan tumbuk.

terung berlada
Kredit foto : Pexels by Amanda Lim

Terung Masak Apa Sedap

Sayur terung ini, dimasak apa pun sedap sebenarnya. Macam-macam bahan masakan boleh digandingkan dengan terung ini.

Antara masakan sedap menggunakan terung adalah :

Baca juga : Sayur masak lemak

terung berlada
Kredit foto : Pexels by Zen Chung.

Kenali Jenis Terung Di Malaysia

Walaupun saya pernah jejak pasar ke pasaraya, tapi kadangkala tu terkejut juga dengan banyaknya jenis terung dekat Malaysia ini. 

Ada macam-macam nama rupanya. Yang selalu digunakan untuk masakan surirumah adalah terung panjang, terung bulat, terung pipit, terung bulat hijau.

Tapi ada lagi yang lainnya. Antaranya, terung botol ungu, terung botol hijau, terung asam, terung susu, terung panjang hijau, terung panjang putih, terung kedut putih, terung telunjuk, terung ulam ungu, terung rapuh, terung telur malah terung meranti. 

Haa.. sebegitu meriah rupanya ya. 

Read More

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!