pulut-durian-kuah-santan

Makan Pulut Durian Kuah Santan Cara Mentua Perak

Makan pulut durian kuah santan cara mentua Perak | Campur pula dengan sedikit gula. Ikutlah nak makan cubit tangan ke guna sudu.

Resepi pulut durian kuah santan ini arwah mak mentua saya yang ajar. Nak-nak durian itu jenis manis pahit-pahit.

Gandingan itu akan jadi tersangatlah sedap dan autentik. Durian tak perlu dimasak ya. Sebaliknya, kuah santan itu yang perlu dimasak atas api.

Itu pun cuma kacau-kacau gitu campur sikit garam.

Tersangatlah mudah sebenarnya. Dulu mungkin jadi sesuatu yang sukarlah bagi saya. Bukan sebab durian atau santan, sebaliknya cara nak tanak pulut itu yang jadi kebimbangan.

Dulu sebelum ada periuk spherical Tefal, pulut tanak saya selalu je hangitlah, lembiklah. Berkerak tebal pulak tu. Bila dah berjaya masak pulut guna rice cooker Tefal ini. Alhamdulillah, hasilnya cantik dan tak ada pun berkerak.

Okaylah, saya terus saja kongsikan resepi pulut durian santan mentah dan gula putih ini.

Tak rugi tau mencuba. Sedap tak tau nak habaq lah.

Beli Durian Longgok Lebih Berbaloi

Saya tak pastilah pula sekarang musim durian ke tidak. Cuma baru ini waktu ke Pahang ternampak juga beberapa peniaga berjualan durian di tepi jalan.

Kalau teringin sangat bolehlah cuba. Pesan adik saya, kalau hendak beli durian yang berbaloi baiklah beli yang longgok. Kalau ikut timbang kilo ini harga dia memang cekik darah.

Hai! lah durian pun kan. Dia punya mahal dah macam emas sekarang. Ini belum musim.. tunggu musim dia. Macam-macam gelaran nanti boleh jumpa bila cerita bab durian ini.

Kalau anda ada tips cara berbaloi membeli durian di tepi jalan itu, mehlah kongsi dengan saya. Nak juga tahu kan.

Sejak durian harga kayangan ini, memang boleh kiralah setahun tu berapa kali je saya dapat merasa. Sedih betul.

pulut-durian-kuah-santan

Ada satu ketika itu, en Yem beli durian IOI. Memang manis-manis pahit rasa dia. Harga durian waktu itu pun taklah semahal macam sekarang.

Yang dalam gambar resepi pulut durian santan saya share ini dah bercampur-campur. Saya pun tak ingat mana satu yang durian IOI tu.

Baca : Rentas negeri, jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh

Resepi Pulut Durian Kuah Santan Gaya Orang Perak

Bahan-bahan :

  • Durian – belah ambil isi
  • Santan segar
  • Pulut
  • Gula

Cara Buat Kuah Santan Pulut Durian

  1. Nak sedap sebenarnya guna santan original. Santan kotak pun boleh, cuma tak dapatlah rasa lemak asli santan tu.
  2. Kalau ada sepeket santan tu, tuang je dalam periuk, panaskan api buh garam sikit.
  3. Guna api kecil kacau sampai santan menggelegak.
  4. Matikan api

Masak Pulut Tanak Dalam Rice Cooker

  1. Pulut tanak itu saya masak dalam rice cooker. Cuma perlu guna sukatan dari pot beras sedia ada. Saya tak rendam pun pulut itu. Hahaha.. basuh dan terus masuk rice cooker.
  2. Tekanlah punat ‘glutinous’
  3. Nanti masaklah pulut saya itu. Pulut ini buat makan pulut mangga pun sedap sungguh.
pulut-durian-kuah-santan

Cara Makan Pulut Durian Kuah Santan Simple

  • Masukkan beberapa ketul durian dalam mangkuk.
  • Siramlah santan atas dia.
  • Taburkan sedikit gula.
  • Sila nikmati dengan bismillah.

Inilah resepi pulut durian kuah santan belah hulu Perak yang mudah dan sedap betul nak disediakan.

Peh! sambil menaip pun boleh terkenang-kenang resepi pulut durian dan santan campur gula ni. Nak-nak pulak layan drama TV3 sambil makan pulut durian kuah santan ni.

Baca juga : https://nettyahhiyer.com/ku-akad-kau-dengan-bismillah/

Ada Sebab Kena Minum Air Pangsa Durian

Tapi janganlah sambil makan pulut durian kuah santan, minum kopi pulak ya. Mau berpinar mata hitammu nanti. Hahaha.. orang kata itulah makanan yang tak boleh dimakan selepas makan durian.

Kalau nak hilangkan sebu-sebu perut itu, pesan orang tua-tua dulu. Minum air guna pangsa durian atau kulit durian.

Pangsa durian tu bahagian daripada kulit durian dekat bahagian dalam yang warna putih. Rupanya bukan petua biasa-biasa, malah saintis, Dr Suri Roowi pun sarankan berdasarkan kajian yang dah dibuat.

Tuan minum air guna pangsa durian itu untuk elakkan perut rasa kurang selesa.

Manakala durian yang berlebih atau kurang cantik untuk dimakan. Boleh dijadikan tempoyak. Begini cara buat tempoyak style saya.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!