sambal telur puyuh

Sambal Telur Puyuh Zarif Ikut Resepi Azie Kitchen

Sambal telur puyuh Zarif ikut resepi Azie Kitchen | Sebelum puasa hari tu, anak kedua saya, Zarif rajin betul beli telur puyuh.

Sebungkus telur puyuh tu dalam RM3 harganya. Tak silap lebih 10 biji telur dalam tu. Tak kira pula berapa. Boleh tahan harga dia, dulu masa saya jualkan untuk abah (masa itu abah bela burung puyuh) 10 biji baru RM1.50.

Selalu Zarif rebus saja, entah macam mana dia teringin nak buat sambal telur puyuh. Saya suruh dia google saja resepi sambal telur burung puyuh di internet.

Resepi Sambal Telur Puyuh

Durasi memasak : 45 minit

sambal telur puyuh
Hasilnya.. sedap juga air tangan Zarif ni.

Bahan-bahan Sambal

  • Sebungkus telur puyuh – basuh, rebus dan goreng.
  • Sebiji bawang besar – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 7 tangkai cili kering – rebus dan kisar
  • Garam
  • Gula
  • Asam keping

Cara Masak Sambal Telur Puyuh

  1. Zarif kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering yang dah siap rebus sampai halus. (selalu saya tambah sikit bilis masa kisar untuk bagi lemak ).
  2. Masukkan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai naik bau.
  3. Kemudian, masukkan gula. Kacau lagi sampai cili benar-benar matang.
  4. Bila dah matang tu masukkan asam keping. Saya suruh Zarif guna sikit je, sebab tak suka masam sangat. Dan masukkan garam buh perasa.
  5. Rasa dah sedang elok, masukkan telur burung puyuh goreng tadi.
  6. Kacau sampai sekata.

Baca juga : sambal tomato cili padi simple paling sedap

sambal telur puyuh
Kredit foto : Pexels by Ksenia Chernaya

Cara Kupas Kulit Telur Puyuh Dengan Mudah

Boleh cuba tip ini waktu nak masak sambal telur puyuh itu :

  • Sebaik telur puyuh siap direbus, rendamkan telur-telur ini dalam mangkuk berisi air sejuk.
  • Sediakan tisu dapur agar serpihan kulit telur tidak bersepah sewaktu mengupas telur puyuh di atas kaunter dapur.
  • Keluarkan telur-telur puyuh dari mangkuk berisi air sejuk tadi. Dan letakkan di dalam pinggan bersih.
  • Ketuk setiap telur puyuh tadi di kaunter dapur untuk memecahkan cengkerangnya.
  • Perlahan-lahan anda golekkan telur puyuh tadi sebelum mengupas. Cengkerangnya akan terpecah di sesetengah bahagian telur. Dan memudahkan kerja-kerja mengupas kulit telur puyuh tadi.

Baca juga : Resepi sambal pedas berapi guna 3 bahan

Telur Puyuh Masak Apa Sedap

Selain dibuat sambal, telur puyuh ini sedap juga jika dibuat jenis masakan yang lain. Saya belum pernah cuba lagi, tapi saya senaraikan dahulu.

Nanti kalau dah cuba, saya kongsikan resepinya dalam blog ini ya.

  • Telur puyuh masak kicap.
  • Resepi telur puyuh masak lemak.
  • Telur puyuh masak paprik
  • Resepi telur puyuh masak sup.
  • Sambal santan telur puyuh
  • Resepi sambal petai telur puyuh
  • sup cendawan telur puyuh

Okay, saya baru senaraikan gini pun dah kecur air liur tau.

Tak Digalakkan Makan Telur Puyuh Setiap Hari

Telur puyuh ini sama memberi manfaat kesihatan macam telur ayam juga. Cuma, dari segi kandungan lemak tentulah telur ayam lebih menyihatkan berbanding telur puyuh (quail egg).

Ada yang memberi pesanan agar menghadkan pengambilan telur puyuh ini. Lagi-lagi jika anda mempunyai kolesterol yang tinggi.

Sebabnya telur puyuh tu kan kecil saiznya. Masa makan itu, memang boleh jadi tak sedar.. eh! eh! rupanya dah termakan telur dengan banyaknya.

Kalau teringin sangat baru buat sambal telur puyuh ini ya Zarif. Tak boleh selalu.

sambal telur puyuh

Pengalaman Ajar Anak Kedua Memasak Sambal Di Dapur

Resepi sambal yang Zarif jumpa di Google itu sebenarnya, resepi sambal tumis telur puyuh kak Azie Kitchen. Saya suruh Zarif ikut saja arahan resepi yang dikongsikan. Alhamdulillah menjadi.

Mudah je sebenarnya nak memasak ini. Zarif punya bangga bila dah siap tau. Terus dia nak beli lagi telur puyuh banyak-banyak katanya.

Kan main ya kau Zarif bila dah berjaya buat resepi sambal telur puyuh.

Cuma, dia tak ikut sebijik resepi burung puyuh Azie Kitchen tak pastilah.. tapi rasanya macam ada derhaka-derhaka sikit tu.

Tapi itulah, nama pun anak lelaki, dia punya kecoh-kecah semua ada.

Tiga jam nak bagi siap memasak resepi telur puyuh tu. Bercampur dengan bebelan mak dia tak berenti. Begitulah.

Baca juga : 3 cara goreng telur mata cair kuningnya

Tags:

2 Comments

  1. Eswati Azni Jaafar April 13, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!