Kerana ibu itulah yang melahirkan suami saya. Anak lelakinya yang kemudian berjodoh dengan saya. Menukar status saya dari seorang gadis-gadis kepada isteri.
Maka, selayaknya untuk saya hormati dan kasihani. Sebagaimana, kasihnya dia menjaga suami ketika anaknya itu masih kecil. Lalu, mendidiknya menjadi anak lelaki yang baik budi.
Kalau isteri itu tak meletakkan tempatnya di sisi suaminya. Siapa lagi kan?
Dan sebab itulah, dengan rela hati saya menukar status kerjaya dari seorang wartawan yang bebas bergerak ke sana sini. Menjadi penulis digital yang cuma duduk rumah.
Serampang dua mata, menjaga ibu mentua yang ketika itu diuji sakit dementia di penghujung usianya.
Percayalah, ujian menjaga orang tua yang sakit itu tetap akan mana-mana anak-anak yang masih punya ibu bapa akan lalui.
Rupanya tiga tahun lebih bersama-sama en Yem mengharungi susah senang berdua. Berlima (campur anak-anak) sebenarnya, menjadikan kami lebih bersyukur melalui rutin-rutin hidup serba mencabar ini.
Takut Susah Jaga Ibu Sakit ?
Satu hari, entah macam mana tiba-tiba terberbincang dengan En Yem pasal ‘jangan takut susah jaga mak ayah’ ini.
Lagi-lagi bila ibu sakit itu sudah uzur dan lanjut usianya; melepasi tahap warga emas yang semua urusan diri dah tak boleh buat sendiri.
Kata En Yem, kalau nak kongsi citer jaga orang tua macam ni. Jangan beri harapan pada mereka (anak-anak) jaga mak ayah akan dilimpahi kekayaan rezeki dan kesenangan.
Takut, hilang keikhlasan.
Sambung En Yem lagi, jaga ibu sakit atau jaga mak ayah lanjut usia ini satu tanggungjawab. Bila sampai seru kena buat. Buat sajalah.
- Susah tolak tepi.
- Nak harap senang kemudian hari, pun jangan fikir macam tu.
- InsyaAllah, bila terima ujian tuhan ini dengan lapang hati. Tuhan mudahkan.
- Itu side en Yemlah.
Bukan Semua Orang Direzekikan Jaga Mentua
Pada saya pulak, ini semua berbalik soal rezeki menjaga ibu bapa. Tak semua menantu (dalam konteks saya) direzekikan menjaga mentua yang dah lanjut usia.
Rezeki jaga mak ayah macam ni tak datang dengan mudah. Tuhan beri pakej ujian kesabaran kaw-kaw yang boleh buat syurga/neraka kau betul-betul atas garisan.
nettyahhiyer.com
Apa pun kita tetap manusia yang tak bersifat maksum. Dan tuhan berikan anugerah solat, baca Quran, doa, istighfar untuk tarik balik kau ke track asal bila mana kau tergelincir.
InsyaAllah, bila hati terima.. hidayah tuhan datang dalam macam-macam bentuk. Dan paling penting dalam bab ujian menjaga orang tua uzur ini adalah macam mana kau handle emosi kau sendiri.
Bukannya handle emosi orang sekeliling. Memang kau takkan berjaya pun.
Sebab hati diaorang semua tu dalam genggaman tuhan. Termasuklah hati kita ni. Cuma, kita kan ada akal untuk kontrol diri kita tu.
- Jadi, bila emosi terdesak kelaut dalam, belajarlah berbagi rasa dengan suami.
- Jangan pendam sorang-sorang.
- Sharing saja apa yang tak kena.
InsyaAllah suami, anak yang baik ini akan mendengar luahan isterinya walau terasanya cuma disebabkan suami tak peluk.. hahaha..
Beruntung sebenarnya anak-anak yang tuhan beri rezeki menjaga ibu bapa. Lagi-lagi ibu bapa yang sakit tua. Semoga kita jangan mudah ‘give up’ bila perlu jaga ibu sakit atau ayah yang sakit ya.
Baca juga : Cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank
- Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis
- Follow : Instagram Netty Ah Hiyer
InshaAllah, semoga kita dikurniakan keikhlasan ketika brhadapan dengan apa jua ujian yang melanda. Lagi-lagi yang melibatkan ibubapa..terima kasih berkongsi cerita, peringatan untuk saya juga ..
Sy ada pengalaman menjaga mentua yg sakit, yang sedihnya masa menghembuskan nafas terakhir bukan depan mata sy, tak dapat nak luah kesedihan itu, Arwah Mak sendiri masa tu saya ada disisi terkilan juga sebab arwah Mak sy tak sakit apa masa tu… meninggal masa nak tidur… Allah Al Fatihah untuk arwah… Pada yang masih ada ibu bapa jagalah sebaiknya semasa hayatnya ada. Sedih tau kehilangan dan kerinduan tak bertepi.
saya pun jaga mentua yang berusia dekat 80 tahun.Alhamdulillah tak banyak ragam…Cuma dia banyak mulut je
Tapi anak-anak terhibur.
Suami saya anak lelaki tunggal dan kitorang pon dah 9 tahun tinggal dengan mak mertua. Hihi..macam-macam asam garam moga Allah rahmati semua.
aduhai…
teringat ke arwah mak mertua (Mami) 🙁 baru saje meninggal bulan Mei yg lepas. sebelum tu, 3-4 tahun tak sihat sehingga ke akhir hayat…
husband 3 beradik. so, kami menantu bertiga menguruskan Mami. tapi kakak2 ipar berdua la yg lebih menjaga Mami sebab anak2 mereka da besar. aida, anak2 masih tak boleh nak ditinggalkan terutama time PKP. weekends aida & asben balik kampung. baru la kami tgk tgk kan Mami.
paling membahagia kan kami, urusan jenazah Mami, kami menantu bertiga yg uruskan 100%. dari menggunting kain kafan, memandikan jenazah dan mengkafankan Mami. alhamdulillah…
aduhai… rinduuuu…