Mula2 singgah rumah kakak ayah (tapi aku dah tak ingat nama tempat tuh..hehe). Bertolak jam 8 dan lebih kurang tengahari sampai tempat itu. Kalau tak silap aku kat situ adalah kawasan gunung yang terkenal dengan kristal yang pelbagai. Gunung Keriangkah? Rasanyalah..nanti aku tanya lagi sekali kat en. Yem.
Belah petang terus bertolak ke Kampong Pulau Timbul. Uniknya nama kampung nih. Tempatnya pun unik, seakan-akan sebuah pulau yang dikelilingi sawah padi. Mirza dan Zarif memang tak pernah ada peluang tengok pokok padi. Inilah kesempatan kami untuk beri sesi national geography kat bebudak tu.
Seb baik bermalam kat rumah adik ayah yang pandai dan sedap betul masam kuih tiram. Jadi, belah petang, kami berjalan sambil bawa kamera Lumix (perlu ke sebut jenama nih?). Sambil menerangkan kat Mirza tentang asal usul padi, aku kasi can sama dia untuk main sekam padi sekali. Wah seronok kan main. Meh tengok gambo2 yang aku amik petang2 hari itu.