Belajar mensyukuri nikmat menjadi seorang isteri | Tajuk ni sebenarnya pecahan daripada salah satu artikel yang saya baca hasil tulisan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang sudah sekian lama menjadi penulis tamu di Mingguan Wanita.
Dalam tulisan terbaru beliau, saya betul-betul tertarik dengan kata-kata ‘belajar mensyukuri nikmat menjadi isteri’.
Barangkali kita ini terlalu alpa atau ‘take things for granted’ atau ambil mudah sampai ambil kesempatan dengan kebaikan suami (ini untuk kes-kes isteri yang dapat suami baik k! Baik ker?)
Baiklah kalau suami rela jaga anak waktu isteri ada kerja lain (assignment atau MLM ke kan isteri sekarang nih sibuk memanjang.
Basuh kain untuk isteri, mengemas rumah, basuh bilik air malah memasak yang mana semua kerja rumah suami buat ini, tak mungkin dilakukan oleh ayah-ayah kita waktu dema muda-muda dulu.
Belajar Mensyukuri Apa Yang Ada Di Sekeliling
Bersyukur dalam konteks ini maksudnya kenalah belajar redha dan ikhlas menjalankan tugas seorang isteri. Termasuklah ikhlas bekerja untuk tujuan membantu suami.
Ikhlas menerima apa-apa pun cubaan yang dihasilkan oleh karenah anak-anak yang sukarnya untuk mendengar kata.
Tapi saya tetap percaya bahawa anak-anak adalah acuan ibu bapanya.
Macam mana perilaku anak itu, ibu bapalah yang mencorak mereka. Lepas tu barulah ke pengasuh dan persekitaran.
Tadi waktu keluar untuk mengambil baju shooting raya untuk team MW, salah seorang teman bertanya, betulkah cara didikannya untuk anak-anaknya yang masih kecil.
Tambahnya dia perlu ke kelas keibubapaan untuk tahu kaedah terbaik mendidik anak. Daripada isu yang pernah saya buat sebelum ini di majalah.
Antara tip yang saya ingat, asuhlah anak dengan kasih sayang. Yang mana, benda-benda ini telahpun diajar oleh ibu bapa kita sejak dulu lagi.
Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri Dari Emak
Air Tangan Mak Rahsia Sayangnya Abah
Mak saya walau sesibuk mana sekalipun dia, walau sepenat mana sekalipun dia, tak pernah mak mengabaikan tanggungjawab memasakkan abah. (cuma bila mak merajuk-rajuk manja tu ter’miss’lah juga)
Sampai saya pernah terfikir, kenapalah mak sanggup susah payah macam itu. Bukan dapat apa pun, tengok abah kadang-kadang tak ada emosi pun kat mak.
Tak ada pun abah loving loving kat mak? Jadi untuk apa mak buat semua itu? Tak penat ke? Bila dah semakin lama, akhirnya saya belajar sendiri.
Itulah namanya air tangan isteri.
Hasilnya walau ke mana pun abah pergi, abah tetap akan cari masakan mak. Kata abah masakan mak yang terbaik. Dulu sebelum kahwin dia kata masakan emaknya lah (nenek) yang paling sedap.
Selepas berbelas tahun kahwin barulah abah rasa masakan mak yang paling sedap di dunia. Wah! Lama ya… tapi kasih sayang mak dengan abah tak pernah renggang.
Haa.. itu pun tip belajar mensyukuri nikmat menjadi isteri. Mana-mana yang sedang membuat persediaan menjadi isteri bolehlah hadam sisap-siap.
Baca : Tips bahagia dengan pasangan, suami rajinlah di dapur
Mak Tak Sekat Hobi Abah, Ini Pun Cara Belajar Mensyukuri Nikmat Jadi Isteri
Lagi satu yang saya ingat tentang cara mak adalah mak tak pernah sekat hobi abah. Abah ini cara orang kampung, kegemarannya memburu, masuk hutan, memancing.
Kadang-kadang sampai tak lekat langsung kat rumah.
Mak tak pernah sekat hobi abah yang satu itu. Dan amalan sebegini turun kat saya pula. Hobi en Yem yang suka sangat ke Low Yat dan mencari barang-barang komputernya saya biarkan sahaja.
Tak mahu ambil tahu sangat, tapi sikit-sikit kena tahu juga. Sebab zaman sekarang cabarannya banyak. Jadi, bila orang lelaki dibenarkan untuk melakukan hobinya dia akan happy. Bila dia happy, kitapun happy.
Dan percaya atau tidak, seiring dengan peredaran masa.. hobi-hobi suami ini akan terhenti atau terkurang dengan sendirinya.
Orang kata tak lagi seligat dulu.
Macam abah, dah tak lagi buat aktiviti-aktiviti yang dia suka melainkan berkebun saja. Berkebun pun sama-sama dengan emak.
En Yem pun sama, ada ketikanya kalau hendak mencari barang komputer dibawanya saya sama. Walau pun kadang-kadang dia sebal. Tetap juga en Yem izinkan saya ikut sama.
Jadi, janganlah terlalu susah hati ya bila suami terlalu asyik dengan hobinya. Asalkan tidak lupa tanggungjawab pada isteri, kita support sajalah.
Dan dalam melayari kehidupan berumah tangga ini, saya sentiasa kembalikan segalanya kepada Yang Esa. Kerana hanya dia yang menggenggam hati manusia, dan dia jugalah yang membolak-balikkan hati makhluk-makhluknya.
Mohon padaNya moga kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang diberkati dan dirahmati. Amin.
Wallahualam.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 26 Julai 2010
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
wah…menarik tip ini..
boleh dipraktik oleh semua pasangan yang ada di luar sana