tanda-tanda-panic-attack

10 Tanda-tanda Panic Attack, Maya Karin Pun Alaminya

Jaga-jaga kalau ada tanda-tanda panic attack ini. Ketika bersiaran langsung anugerah FFM32, pelakon Maya Karin kena serangan panik.

Tahulah betapa panic attack ini bukan satu hal yang boleh dibuat main-main. Apatah lagi digelak-gelakkan. Untungnya waktu alami, Maya Karin sedang menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32.

Dan Maya juga berjaya mengatasi serangan panik yang dialami dengan baik. Bayangkan jika dia sedang memandu, tentu tidak mudah. Malah, bagi yang gagal boleh mengakibatkan kemalangan.

Kadangkala en Yem mengadu juga yang dia ada alami tanda-tanda panic attack ini.

Bila en Yem dah kata gitu, rasa berdebar pula hati saya. Macam mana kalau tiba-tiba alami semasa memandu. Tapi, bila saya periksa balik tidak sampai empat tanda serangan panik itu.

Alhamdulillah. Mungkin itu cuma perasaan yang en Yem alami saja.

Apa pun kena juga ambil tahu berkenaan simptom panic attack ini. Sebab sekarang ini, ada yang alaminya.

Apa Itu Panic Attack

Panic Attack atau serangan panik ini termasuk dalam kecelaruan panik. Dan keadaan sebegini boleh dialami penghidapnya untuk setiap episod serangan antara 15 ke 30 minit.

Ianya menyebabkan perasaan takut yang teramar sangat sehingga menyebabkan reaksi fizikal tertentu kepada penghidapnya.

Sebagaimana dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab atau penyebab terlalu trivial (remeh).

Bila-bila boleh jadi dan boleh hilang sekelip mata.

Serangan yang diikuti dengan kerisauan yang melampau berpanjangan didiagnosis sebagai penyakit panik. Dengan kata lainnya ia juga sejenis penyakit.

Simptom panik ini boleh sama seperti penyakit lain misalnya ritam jantung atau masalah tiroid. Bila mana seseorang alami serangan panik yang teruk, ia boleh menyebabkan kehilangan pentingan dalam sosial, pekerjaan dan personaliti.

Kalau alami 4 tanda daripada tanda-tanda panic attack ini, anda mungkin berdepan dengan serangan panik.

tanda-tanda-panic-attack

Tanda-tanda Panic Attack (Serangan Panik)

  1. Jantung berdebar
  2. Rasa tercekik
  3. Berpeluh
  4. Rasa loya
  5. Rasa seperti terpisah dari realiti
  6. Tangan menggeletar
  7. Sesak nafas
  8. Pening kepala
  9. Kebas tangan
  10. Takut akan mati
  11. Takut diri hilang kawalan

Keadaan sebegini juga membuatkan pesakit merasakan seolah-olah mahu mati.

Dan kebanyakan individu yang mengalami panik attack ini juga mengalami masalah kemurungan.

Sebagaimana yang dikongsikan Maya dalam portal Metro memaklumkan yang dia sudah pun alami panic attack ini sejak 4 tahun lalu. Tapi dia sendiri belum membuat sebarang rawatan.

Kesibukan bekerja membuatkan masanya tiada untuk bertemu doktor pakar.

Baca : Ketahui penyakit Alopecia dideritai isteri Will Smith

Malah Maya sendiri tak tahu macam mana boleh berlaku. Sebab serangan panik ini dia datang tiba-tiba. Terutama bila ada tekanan. Boleh nampak dengan jelas, Maya menggigil waktu membacakan senarai calon anugerah.

Maya juga terpaksa membuka kasut malah berkaki ayam ketika menyampaikan trofi kepada pemenang.

Sungguh, ia bukan penyakit main-main ya.

tanda-tanda-panic-attack

Rawatan Panic Attack Yang Boleh Dilakukan

Saranan KKM, mereka yang berdepan masalah sebegini berjumpalah doktor dengan segera. Boleh dapatkan bantuan pakai psikiatri.

  • Hospital kerajaan juga menyediakan pegawai psikologi (klinikal) dan psikiatri.
  • Boleh juga ke klinik kesihatan terdekat dengan anda untuk mendapatkan surat rujukan daripada doktor.
  • Sekiranya anda melihat rakan-rakan alami gejala panic attack, mintalah dia untuk mendapatkan bantuan professional.
  • Anda juga boleh amalkan teknik relaksasi seperti relaksasi pernafasan, relaksasi otot progresif, teknik ibadah dan meditasi sebagai langkah awal rawatan.

Beza Panic Attack Dan Anxiety Disorder

Mungkin ada yang beranggapan panic attack ini sama macam anxiety disorder. Sebenarnya, ia berbeza sama sekali.

Anxiety Disorder ini adalah perasaan cemas yang berlaku dalam diri pesakit kerana adanya penyebab yang jelas. Misanya fobia dengan ketinggian dan lain-lain penyebab.

nettyahhiyer.com

Ia berlaku selama beberapa minit, jam, hari, minggu kadang berbulan-bulan. Bergantung ikut tahap sakit yang dialami pesakit.

Gejala atau tanda-tanda kecelaruaan kegelisahan (anxiety disorder) ini hampir serupa dengan panic attack. Misalnya sesak nafas, sakit di bahagian dada dan gejala fizikal yang lain.

Namun ada perbezaannya misalnya, pesakit anxiety alami gangguan tidur malah sakit otot.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!