Pencetus fenomena: Akulah..hehehe
Pengikut fenomena: Geng2 kayangan + sikit geng2 island kat bawah
Ada apa dengan fenomena Assyaima?
Tiba-tiba, aku terjumpa satu website nih. Fuh! dan Fuh! dan Fuh! best gila. Aku nyatakan hasrat hati dekat Has. Tanya dia nak tak join aku beli kain cotton ke tidak? Kalau beli setakat beli sehelai harganya agak mahal. Dalam keadaan pokai nih manalah mampukan? So, misi pun bermula. Mencari geng2 kain cotton untuk menempah sekali. Target nak cari dalam 20 orang..maknanya 20 helai kain dan dapat harga borong.
Tup2 petang itu, kak maswa bercerita pasal baju MW yang bakal kami miliki. Terus aku terbuka cadangan untuk membeli kain ela bagi membuat baju MW. Kan ke cantik nanti kalau kami sedondon-dondon memakai baju yang sama pada hari Jumaat. Nampaklah keunikan dan kesatuannya. Impian jadi kenyataan, bila kak Maswa setuju dan geng2 MW lain pun setuju.
Esoknya, kak Nuri bagi green light baju pilihan yang perlu ditempah. Tak lama lepas itu bermulah fenomena Assyaima. Beberapa hari kemudian, warga Kayangan terkenan panahan Assyaima. Hari Jumaat waktu rehat jadi acara shopping online Assyaima blogspot. Fuh! dan Fuh! dan Fuh! Inilah penangan paling hebat setakat bulan April ini.”