keropok-kerak-nasi

Cara Buat Resepi Keropok Kerak Nasi Mudah

Kerak nasi ini popular di Korea. Nama kerak nasi Korea dipanggil Nurungji. Orang Korea suka makan keropok kerak nasi yang dijemur kering.

Jadi macam keropok kerak nasi nanti rasa dia. Saya cukup tertarik bila tengok video youtuber Indonesia ini membuat resepi keropok kerak nasi.

Snek ringan yang murah dan jimat dari kerak nasi.

Cara Buat & Resepi Keropok Kerak Nasi

Bahan-bahan

  • Anggaran 3 senduk nasi sejuk/semalam
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara Membuat Kerak Nasi

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati. Manja-manja saja ya.
  2. Masukkan dalam kuali non stick. Tekan-tekan bagi leper.
  3. Masak atas api dapur yang kecil.
  4. Tutup kuali dan biarkan sehingga bahagian bawah nasi menjadi kerak.

Cara Membuat Keropok Kerak Nasi

  1. Nasi yang sudah menjadi kerak keluarkan dari kuali tidak melekat itu.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Potong kerak nasi jadi kepingan kecil dan goreng sehingga kekuningan.
  4. Bolehlah diangkat dan dinikmati keropok nasinya dengan anak-anak

Teknik membuat kerak nasi ini macam kita masak nasi dalam periuk atas dapurlah juga. Kalau tak jaga itu yang jadi kerak dan hangus tu.

Ini sebab guna kuali tak melekat, mungkin tahap hangus tu terkawal.

Okay, bolehlah makan kerak nasi versi keropok itu dengan anak-anak. Nampak rangup pula. Mudah dan murah jajan dari kerak nasi ini.

keropok-kerak-nasi

Cara Membuat Kerak Nasi Korea (Nurungji)

Katakan anda nak beri sentuhan resepi kerak nasi itu Korea Korea sikit. Boleh cuba cara yang dipopularkan kumpulan BTS ini.

Cara buat kerak nasi Korea : Semangkuk kecil nasi sejuk, air masak secukupnya. Masukkan nasi dalam kuali teflon, masukkan air sedikit dan tekan-tekan sehingga nipis. Hidupkan api dapur kecil dan masak hingga bahagian bawah menjadi kerak dan berwarna kecoklatan. Balik-balikkan agar kedua-dua bahagian nasi menjadi kerak.

Kerak nasi yang dah jadi keropok garing ini boleh dimakan terus.

Anda juga boleh jadikan bubur nasi Korea yang sedap.

Masukkan kerak nasi ala Korea itu dalam periuk, masukkan air. Tambah sedikit garam dan daun bawang. Rebus sehingga menjadi bubur.

Kalau tak faham, boleh baca perkongsian saya masak bubur nasi ala Korea yang sedap.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

4 Comments

  1. ammi January 14, 2023
    • nettyahhiyer January 15, 2023
  2. Myzan January 14, 2023
    • nettyahhiyer January 15, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!