Memeluk ipad penuh keceriaan

Mirza seronok melayan ipad. Ada cerita Toys Story yang interaktif habeess

Tulisan dalam ipad itu kita boleh baca dan rakamkan semula dengan suara sendiri. Sure anak2 lebih seronok dengan aktiviti sebegitu kan?

Tengok saiznya…compac kan? dan cukup mudah untuk dibawa ke sana ke mari… buat suri rumah..harus minta suami hadiahkan satu… kalau rumah guna streamyx lebih bagus… boleh online cari resipi dan memudahkan kerja2 memasak… tapi rahsiakan dari mak mentua k! hiks…

Awalnya nak masukkan story Yayasan Nur Karangkraf. Sekali en Yem beritahu dia bawa balik ipad. Tak adalah teruja sangat. Lepas masak daging dan ayam panggang plus makan salad saja malam ni, en Yem keluarkan ipadnya itu.

Syoknya menggodek benda teknologi nih. Mirza yang dekat sebelah tengah menenyeh itouch tiba2 tersipu2 malu… biasalah dia kalau nampak benda2 baru wajahnya akan berubah jadi macam itu. Hm, fotostat ayahnya. Tak boleh nak kata apalah kan…

Antara fungsi ipad yang menawan hati aku:

  • Saiznya compac, senang nak dibawa ke hulu ke hilir.
  • Sesuai untuk diletakkan di ruang dapur, terutama bagi suri rumah sebab boleh belek2 resepi online..isk tak dapat aku bayangkanlah…ingatkan dalam citer Astro Boy jer ada benda2 cam gini… rupanya kita juga bakal menikmatinya.
  • Boleh rakam suara sendiri sambil2 kita bercerita dengan anak2. Lebih interaktif daripada buku. Sambil2 baca boleh ajak anak2 main Mari Mewarna.
  • Sebagai penulis, penting ada benda ini. Sambil2 dalam pc atau dalam bas pun boleh taip story terus. Ini bukan benda2 untuk diriakkan tapi teknologi ini cukup memudahkan.
  • Sambil baca majalah boleh tengok iklan online. Kiranya dua dalam satu.

Sebenarnya kalau nak disenaraikan betul2 memang banyak kelebihannya. Buat masa ini, setakat lima dahulu. Tak sabar rasanya nak menantikan kedatangan mr. ipad ke Malaysia. Sure ramai yang menanti dengan penuh debaran dan ketidaksabaran… en Yemmmmmm…. nanti belikan satu ya! (dalam nada penuh manja)

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!