misi-mencari-sotong

Misi Mencari Sotong, Hikmah Terjumpa Kawan Baru

Misi mencari sotong | Aku memulakan misi mencari sotong. Entah kenapa minggu lepas teringin benar hendak makan sotong.

Agaknya terkenang masakan en Yem tak berapa lama dulu kot. Bukan masak apa pun, sotong digaul dengan garam dan goreng. Rasanya best tak terkata.
 
Jadi malam sabtu, dah plan dengan Ina (jiran saya) pepagi dalam jam 7 kami akan bertolak dan menuju ke pasar yang baru di buka.

Tempatnya tak jauh dari perumahan Taman Sri Putri, Meru. Kitaorang jalan kaki saja, tak jauh pun dari rumah… kira senaman di pagi Sabtu yang indahlah.

Kebetulan Indah Ketika Misi Mencari Sotong

Elok je di pertengahan jalan, seorang kakak menegur kitaorang. Bila dia tahu tujuan kami, dia pun pelawa kami naik kereta dia dan sanggup bawa ke pasar Batu 7 yang katanya jauh lebih murah.

Sebenarnya bukanlah pasar sangat pun. Lebih kedai jual ikan dan sayur-sayuran secara borong. Dahlah segar-segar belaka, harganya memang murah.

Patutlah pun kereta berderet di situ.

Tapi jangan beli lepas jam 9, dah kurang segar. Sedang eloklah kami keluar pagi itu pun. Apa lagi aku pun boronglah sotong, udang, kerang dan sayuran.

Lauk pauk tengah hari kami anak-beranak berasaskan hidupan laut… seafood habeess! Dahsyat betul penangan misi mencari sotong ni.

Mencari Sarapan Pula

Habis shopping kat situ, kakak yang senang di panggil Ina bawa kami mencari sarapan. Nama kakak ini Ina juga!

Kebetulan namanya sama dengan Ina dan asal kampungnya pun dekat-dekat dengan kampung Ina. Kebetulan yang indah kan.

Sampai dekat gerai makcik (dari loghat makcik itu macam orang Indonesia) sempatlah aku beli karipap, kuih cara berlauk dan nasi kerabu.

Tak puas hati punya pasal, sebab tak dapat cari nasi lemak, kak Ina pun teruskan perjalanan dan sampai di satu kawasan surau Munawarah.

Yang menariknya dekat sini, hampir kesemua nasi lemak, nasi goreng, mee dan lain-lain dijual dengan harga RM1. Bersyukur sungguh harga makanan waktu itu kan.

Ingatkan nasi kosong je rupanya siap ada sayur kangkung lagi dalamnya. Murahlah rezeki makcik penjual itu. Kat situ aku cuma beli nasi lemak dan mee goreng.

Baca : Baca Al-Mathurat Sughra Pagi Hati Jadi Tenang

misi-mencari-sotong

Ini Hikmahnya

Misi mencari sotong aku pagi itu, bukan sekadar mendapat sotong. Malah kami dapat kenalan baru. Sweetkan kebetulan nih!

Sesungguhnya kita tak pernah tahu perancangan Allah dan rezeki yang akan Allah berikan untuk kita setiap hari.

Jadi aku ingatkan diri, jangan takbur dan sentiasa mengembalikan setiap nikmat dan kesyukuran itu kepadanya.

Mungkin dalam proses itu ada juga cacat celanya, tapi sebagai insan yang penuh dengan salah dan silap. Aku mohon perlindungan dan limpah rahmat rabul alamin.
 
Mohon kemaafan sekiranya sepanjang melayari bahtera kehidupan ini, aku ada berbuat salah pada sesiapa. Moga dipermudahkan nanti jalan untuk bertemu denganNya.

Disclaimer : Catatan ini bertarikh 24 Mei 2010

Leave a Reply

error: Content is protected !!